BTC USD 100,678 Gold USD 2,715.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesalah mahu dihukum gantung, tak mahu penjara

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,181
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,181
Reaction score
1,248
Points
201
ALOR SETAR - Seorang warga Pakistan memohon Mahkamah Persekutuan yang bersidang di sini pada Rabu mengekalkan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atasnya kerana membunuh dengan cara memancung leher majikan yang didakwa menghina agama kira-kira 13 tahun lepas.

Sebelum persidangan khas Mahkamah Persekutuan di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada Rabu bermula, Syafaqat Ali Ghulam Nabi, 43, secara tiba-tiba bangun memohon rayuan agar hukuman gantung ke atasnya dikekalkan atas alasan tidak mahu lagi meringkuk dalam penjara.

Syafaqat Ali terlepas hukuman mati mandatori setelah Mahkamah Persekutuan menggantikan dengan penjara 36 tahun dan 12 sebatan ke atas dirinya.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan.

Tengku Maimun memerintahkan hukuman penjara ke atas lelaki berkenaan dijalankan dari tarikh dia ditangkap pada 24 Ogos 2011.

Peguam pemohon, Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud kemudiannya mengemukakan hujah termasuk berkaitan masalah mental lelaki itu yang disahkan pakar di Hospital Seberang Perai, Pulau Pinang.

Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abd Aziz memohon agar hukuman berat ke atas lelaki berkenaan yang bertindak memancung majikannya itu.

Pada 25 Ogos 2015, Mahkamah Persekutuan Putrajaya mengekalkan hukuman mati terhadap Syafaqat yang bekerja di kebun tanaman pokok kemboja mangsa oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Harjit Singh Bachan Singh, 51, di Kampung Sungai Padang Sertik, Bentong, Pahang pada 8.30 malam, 23 Ogos 2011.

#sinarharian

6273996816664083957_121.jpg

 
Sponsored Post

Salah majikan dia lah.. Sape suruh provoke.. Kalau xde provoke sure xde kes ni

Majikan dia salah sbb hina agama kita memang da kene pancung

Warga pakistan ni betul
Dia buat keje

Tak sepatutnya kene hukum

Ini undang2 british
Tgk nama hakim aduiii

Kita belum merdeka
 
Wah..berhati waja sungguh org Pakistan ni

kalau baca berita lama..Dr Sing tu kena pancung dgn Org Pakistan ni sebab hina Kaabah.
Tak tau detail

Klau tengok satu sitcom lama..."Mind your language"..si Ali Nadim dgn Si Ranjeet Sing tu memang dlm kelas pun asyik nak berbunuh 😅



Dr Sing ni tokey..dgn perkerja pakistan dia...
Tapi org sinkh ni memang akan pi Pakistan kalau dpt..nak p tempat lahir Guru Nanak d Pakistan..

mcmana kejadian dia dikata hina kaabah?..tapi Org Pakistan ni marah sgt lah sampai Pancung kepala dia

yg pasti..Org Pakistan ni kena hukum bunuh..sebab memang dia bunuh Dr Sing..ini Undang2 Malaysia.

Tapi..keyakinan dia..dia tak takut mati...macam dia yakin kebahagian dia di sana nanti...

Wallahu a'lam....
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register