Pesakit cirit-birit `ditendang macam bola’

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PUTRAJAYA: “Sanggup dia marah-marah saya depan orang ramai sedangkan adik saya sakit teruk,” kata Noranita Abdul Rani, 26, dari Kampung Bukit Changgang, Banting, mengenai sikap biadab seorang kakitangan sebuah hospital, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, Noranita membawa adiknya, Noraini Abdul Rani, 20, yang mengalami cirit-birit ke Bahagian Kecemasan hospital itu untuk mendapat rawatan.

Bagaimanapun, katanya, apabila sampai di situ, seorang kakitangan lelaki mengarahkannya mendapatkan rawatan di Bahagian Pesakit Luar.

“Saya membawa adik saya ke Bahagian Pesakit Luar, tetapi dimaklumkan seorang kakitangan supaya pergi semula ke Bahagian Kecemasan berikutan bahagian itu ditutup sementara kerana waktu rehat.

“Kakitangan itu juga memaklumkan penyakit adik saya itu di tahap kritikal dan perlu mendapat rawatan di Bahagian Kecemasan,” katanya.

Noranita berkata, dia sekali lagi membawa adiknya itu ke Bahagian Kecemasan dan memaklumkan kepada seorang lagi kakitangan bahawa Bahagian Pesakit Luar mengarahkan adiknya mendapat rawatan di situ.

“Ketika di kaunter Bahagian Kecemasan, kakitangan yang memarahi saya tadi datang dan terus mempersoalkan mengapa saya kembali ke bahagian itu. Saya maklumkan itu arahan daripada Bahagian Pesakit Luar.

“Bagaimanapun, saya diherdik di depan ramai orang dan dia bertanya apa yang saya cakap dengan kakitangan di kaunter bahagian itu,” katanya.

Apabila dimarahi seperti itu, dia menghubungi abangnya memaklumkan kejadian itu.

Abangnya meminta dia mengambil nama kakitangan berkenaan.

“Kakitangan tadi terdengar perbualan itu dan terus menanggalkan tanda nama serta pasnya, tetapi dalam masa sama, mencabar saya melaporkan kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, selepas kejadian itu, adiknya dibenarkan mendapat rawatan di Bahagian Kecemasan oleh seorang kakitangan lain.

“Apa salah saya dan adik diperlakukan seperti itu kerana kami ke hospital itu untuk mendapat rawatan, bukannya cacian,” katanya.

Katanya, pengurusan hospital itu perlu bertindak ke atas kakitangan seperti itu demi memastikan imej hospital kerajaan itu tidak terjejas.

Noranita berkata, Julai lalu, dia turut dilayan seperti itu ketika sarat mengandung.

“Pada minggu lalu pula, saya membawa jiran ke hospital itu yang menghidap demam panas teruk tetapi hanya dimasukkan air dua botol sebelum diarahkan pulang.

“Berikutan keadaannya yang semakin teruk, kami membawanya mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Seremban sebelum disahkan menghidap demam denggi,” katanya.

Katanya, pengurusan hospital itu perlu bertindak tegas terhadap kakitangan seperti itu demi memastikan imej hospital kerajaan itu tidak terjejas.

Memang kaki tangan kerajaan banyak yang kurang ajar...
 
Sponsored Post

DDos

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,110
Reaction score
690
Points
166
report je, aku baru report satu nurse kat klinik kesihatan melaka, terus org atasan telefon aku dan antar surat meminta maaf dan kes aku dalam siasatan.

baru padam muka nurse tu, klau nak byk rilek keje sendiri le, jgn makan gaji ngan kerajaan, ko tu makan duit hasil rakyat.
 

Mr. K®

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Nov 4, 2008
Messages
9,590
Reaction score
70
Points
75
malang la kaki saper yg tendang org tgh cirit birit tu...kene samak kaki tu :D
 

AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,629
Reaction score
258
Points
91
[/QUOTE]Memang kaki tangan kerajaan banyak yang kurang ajar...[/QUOTE]

aku sokong...ramai kakitangan kerajaan ni kerja sambil lewa. Bonus hujung tahun nak, keje slow... :">
 

amira88

Legendary Member
Joined
Mar 5, 2008
Messages
12,032
Reaction score
12
Points
115
huh...

lain kali kena g spital swasta
 

osopp

Fun Poster
Joined
Jan 13, 2008
Messages
554
Reaction score
1
Points
25
memang kurang ajar.... :mad: :-?
 

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
tunggu la time dia sakit.mesti kena lagi teruk..
 

Mr. K®

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Nov 4, 2008
Messages
9,590
Reaction score
70
Points
75
PUTRAJAYA:
Memang kaki tangan kerajaan banyak yang kurang ajar...
sbb dh kurang ajar la jd mcm tu. kalo dh cukup ajar..surely sikapnyer akn lbh sopan menangani pelbagai karenah pesakit..:-?
 

DDos

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,110
Reaction score
690
Points
166
segelintir saja ni, memang tak dinafikan ramai yg kurang ajar, tapi yg bagus pun ramai, yg tak tahannya akibat dari satu kes macam ni, satu spital dapat nama buruk, tetapi kekadang ok gak, bagi mereka tingkatkan kualiti
 
Sponsored Post
Top
Log in Register