BTC USD 41,759.6 Gold USD 1,813.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perutusan Khas PM (15 Jun, 5PM, TV1/TV3/Awani) - Pelan Pemulihan Negara

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,718
Reaction score
306
Points
91
d38f4b58a5ac66e38383b43f8057193e5ea2c27853d62.jpg

Kerajaan sedang kaji langkah beri bantuan tambahan kepada rakyat - Mustapa


KUALA LUMPUR, 16 Jun -- Kementerian Kewangan sedang mengkaji dengan teliti langkah-langkah bagaimana kerajaan boleh beri bantuan tambahan kepada rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan sedar sebahagian rakyat mengharapkan pengumuman pakej bantuan tambahan yang baharu, susulan daripada pengumuman Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

“Kerajaan cukup faham denyut nadi rakyat….bantuan masih ada kerana tidak semua peruntukan yang diumumkan sebelum ini telah dibelanjakan.


“Perdana Menteri sudah mengarahkan Menteri Kewangan untuk mengemukakan cadangan, dan saya percaya beliau (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) sedang giat mengkaji cara-cara bagaimana kerajaan boleh memberikan bantuan tambahan (kepada rakyat),” katanya semasa temu bual dalam program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV, hari ini.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM380 bilion atau bersamaan 28 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menerusi pakej-pakej rangsangan ekonomi.

Mustapa berkata setakat ini hanya lebih daripada RM200 bilion sudah dibelanjakan dan masih terdapat baki.

-- BERNAMA



nasib kerajaan pn ibarat telur dihujung tanduk selepas statement Agong, terus cakap sedang kaji...

nak kaji sampai bila tu? tak nyatakan bulan dan tarikh pun macam takiyudin bagi alasan.?
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,543
Reaction score
13,794
Points
2,376
PELAN PEMULIHAN NEGARA | Semua Pihak Perlu Gembleng Tenaga, Capai Imuniti Kelompok

Pengurus dana terbesar negara, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan syarikat-syarikat di bawahnya menyatakan sokongan dan sentiasa bersedia membantu kerajaan menjayakan Pelan Pemulihan Negara.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,543
Reaction score
13,794
Points
2,376
PELAN PEMULIHAN NEGARA | Korporat Malaysia Sokong Strategi Kerajaan

Malaysia berpotensi untuk pulih secara progresif melalui Pelan Pemulihan Negara yang memberi hala tuju jelas bagi menangani krisis kesihatan dan ekonomi.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
  • Like
Reactions: WnB

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,543
Reaction score
13,794
Points
2,376

Rangka strategi urus, tangani sindrom pasca COVID-19


maepskovidf_1623899707.jpg


Perancangan perlu dalam memastikan kualiti hidup pesakit COVID-19 yang sembuh tidak terjejas. - Foto hiasan​


PELAN Pemulihan Negara diumumkan kelmarin dilihat usaha persediaan untuk keluar daripada situasi pandemik COVID-19.

Secara keseluruhannya, ia meletakkan sasaran akhir pembukaan penuh sektor ekonomi dan sosial pada fasa empat yang dijangka boleh dicapai penghujung 2021.

Namun, pembukaan penuh sektor ekonomi dan sosial hanya akan berlaku sekiranya nilai ambang ditetapkan dicapai awal Oktober.

Ia merangkumi penurunan purata kes harian COVID-19 kepada kurang 500 kes, kadar vaksinasi pada 60 peratus jumlah populasi dan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) mencukupi.


Sektor ekonomi dan sosial sememangnya sangat terkesan dengan situasi pandemik dan memberi bebanan berlebihan kepada sistem kesihatan awam.

Oleh itu, masyarakat akan kembali kepada kehidupan normal prapandemik dengan lebih cepat sekiranya sasaran akhir Pelan Pemulihan Ekonomi dapat dicapai seawal mungkin.

Lantas, kerjasama semua pihak, termasuk setiap individu penting untuk memastikan kejayaannya.

Jika dilihat, Pelan Pemulihan Ekonomi sememangnya direncanakan untuk mengurus dan menangani pandemik COVID-19.

Namun, ia tidak mencakupi isu pasca pandemik. Jumlah mereka yang sembuh daripada COVID-19 sudah melebihi setengah juta orang.

Ada antara mereka masih menunjukkan tanda dan gejala jangkitan yang berlanjutan sehingga 12 minggu atau lebih. Tanda dan gejala pasca jangkitan dikenali 'long COVID' atau sindrom pasca COVID-19 ini boleh menjejaskan kualiti hidup mereka yang sudah sembuh.

Ini sudah pasti memberi impak kepada pekerjaan, keluarga, masyarakat dan kesihatan mental. Lebih membimbangkan, kesan jangka panjang kepada kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19.

Dengan jumlah kes kanak-kanak dijangkiti mencecah puluhan ribu, maka impak dalam kalangan kanak-kanak yang sudah sembuh perlu diberi perhatian.

Kanak-kanak mempunyai masa hadapan panjang dan sindrom pasca COVID-19 boleh menjejaskan perkembangan diri dan pembelajaran.

Pengetahuan berkenaan sebab dan bagaimana berlakunya sindrom ini masih kurang kerana fenomena ini baharu dan masih banyak perlu dipelajari.

Mengikut data, 10 hingga 70 peratus pesakit COVID-19 mengalami sindrom pasca COVID-19 dan mereka yang mempunyai komorbiditi akan lebih berisiko.

Mengikut kajian klinikal membabitkan 1,004 pesakit COVID-19 daripada kategori 4 dan 5 yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM), 66 peratus daripada jumlah itu mengalami sindrom ini.

Tidak kedengaran dan tidak diuar-uarkan tindakan susulan diambil atau dirancang untuk mengurus dan menangani kesan sindrom pasca COVID-19, selain daripada pemeriksaan kesihatan susulan bekas pesakit COVID-19 di klinik atau hospital.

Tidak seperti mengurus dan menangani pandemik yang mana pelbagai usaha dilakukan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyediaan prosedur operasi standard (SOP), Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan ujian saringan.

Jadi, apa perancangan untuk mengurus dan menangani kesan sindrom pasca COVID-19 yang menjejaskan kualiti hidup mereka yang sudah sembuh?

Adakah Pelan Pemulihan Ekonomi terlepas pandang perkara ini? Diharapkan strategi pelan tindakan ini akan memberi perhatian kepada isu sindrom pasca COVID-19.

Penulis adalah Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia (USM)


 

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,292
Reaction score
628
Points
161
Frust rasa bila tengok rupanya tak cukup ikhtiar daripada pihak berwajib.
Buat keputusan pun fickle minded,tak konsisten,sampai terbuang dua minggu lepas.
Pantauan ala kadar sambil lewa,kilang buat hal balik.
Yg jadi mangsa,sektor yg tak ada kaitan.

sekarang nak elak kena blame secara total,elok buat keputusan dalam kabinet,semua tanggung,tak boleh tuduh menuduh lagi.
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
9,076
Reaction score
382
Points
91
Frust rasa bila tengok rupanya tak cukup ikhtiar daripada pihak berwajib.
Buat keputusan pun fickle minded,tak konsisten,sampai terbuang dua minggu lepas.
Pantauan ala kadar sambil lewa,kilang buat hal balik.
Yg jadi mangsa,sektor yg tak ada kaitan.

sekarang nak elak kena blame secara total,elok buat keputusan dalam kabinet,semua tanggung,tak boleh tuduh menuduh lagi.
Selama ni mmg keputusan dlm ahli kabinet...
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,543
Reaction score
13,794
Points
2,376
’POVERTY CIRCLE’ | Kerajaan Serius Tangani Kemiskinan Terutama Ketika Pandemik

Kerajaan bakal menubuhkan ‘Poverty Circle’ yang dianggotai wakil kerajaan, swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan tokoh akademik bagi merangka strategi terbaik menangani kemiskinan, khususnya ketika pandemik COVID-19.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,543
Reaction score
13,794
Points
2,376

Pelan sedia garis panduan untuk perniagaan, rakyat​


tzzafrul_1623921881.jpg


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz​

PUTRAJAYA: Pelan Pemulihan Negara membolehkan semua pihak melaksanakan peranan masing-masing untuk memangkin pemulihan dari segi pematuhan prosedur standard operasi (SOP) dan vaksinasi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata dalam masa yang sama, sektor perniagaan dapat membuat perancangan berkaitan pelaburan dan penggajian pekerja.

Seterusnya, beliau menegaskan bahawa strategi yang dikongsi itu juga mampu memberi harapan dan menggalakkan semua rakyat mendokong usaha ke arah peralihan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"SOP bagi setiap aspek kehidupan kita dari segi ekonomi, kawalan pergerakan dan sosial juga diperjelaskan dengan terperinci. Begitu juga cadangan pembukaan sektor diperincikan.

"Adalah diharapkan bahawa perincian ini akan memberi rakyat dan perniagaan satu garis panduan yang jelas dan nyata bagi membantu mereka membuat perancangan awal bagi menghadapi cabaran COVID-19, seterusnya sama-sama menyumbang kepada penurunan kes COVID-19 selaras dengan peningkatan kadar vaksinasi seluruh rakyat Malaysia.

"Kementerian Kewangan juga sentiasa memantau dan menambahbaik inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan bagi meringankan beban rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-57, hari ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, subsidi bahan api dan minyak masak akan dikekalkan ekoran peningkatan mendadak harga komoditi antarabangsa yang akan memberi kesan kepada produk petroleum seperti petrol RON95, diesel dan LPG serta minyak masak.

"Kerajaan akan meneruskan pelbagai langkah menyeluruh dan bersasar sebagai usaha menghadapi situasi pandemik yang masih mencabar bagi membantu rakyat dan perniagaan.

"Ini termasuklah langkah yang membantu mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi di peringkat global terhadap kos sara hidup rakyat," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,543
Reaction score
13,794
Points
2,376

Pelan Pemulihan Negara tidak dirangka secara terburu-buru​


pelan_pemulihan_negara_1623940358.jpg


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak terburu-buru dalam merangka Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan baru-baru ini, sebaliknya ia telah mula dirangka secara berperingkat sejak awal tahun lagi.

Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Johan Mahmood Merican, berkata PPN adalah antara sebahagian daripada semua pelan termasuk pakej rangsangan yang diatur kerajaan sejak awal tahun.

Namun katanya, apa yang orang ramai nampak ialah setiap kali kerajaan mengumumkan pakej rangsangan, mereka hanya nampak pakej itu secara individu dan tidak nampak kaitan setiap satunya.

"Dalam konteks terburu-buru, sebenarnya semua elemen kepada PPN sudah mula dirangka dan diatur sejak awal tahun.

"Tetapi mungkin apa yang orang ramai nampak, setiap kali kerajaan mengumumkan sesuatu pakej, mungkin isunya ialah mereka hanya nampak pakej itu secara individu dan tidak nampak apa kaitannya antara satu pakej dengan pakej lain.

"Begitu juga dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkini, rakyat tidak nampak apa hala tujunya. Namun, dalam konteks ini kerajaan sebenarnya telah menyusun aspek utama untuk semua faham, iaitu bagaimana kita mahu bergerak dari situasi sekarang ke situasi yang banyak sektor dapat dibuka kembali," katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk 'Pelan Pemulihan Negara: Kelangsungan Sektor Ekonomi' yang disiarkan secara langsung di Bernama TV malam ini.

Mengulas lanjut Johan berkata, adalah tidak adil untuk menyatakan PPN dirangka secara terburu-buru kerana apa yang menjadi isu ialah mungkin segala pelan atau pakej yang dibuat kerajaan tidak disatukan dalam satu dokumen.

"Ini bagi membantu rakyat dan sektor swasta memahami logik di belakang apa yang telah dibuat oleh kerajaan selama ini," katanya.

Ditanya mengapa sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan adalah longgar sehingga banyak sektor dibenar untuk beroperasi, Johan berkata semua negara apabila melaksanakan sekatan pergerakan penuh masih memastikan sektor ekonomi perlu untuk terus berjalan.

"Yang pentingnya adalah untuk kehidupan rakyat. Sekurang-kurangnya keperluan makan dan minum rakyat tidak terjejas, kerana itu sektor pertanian yang mempunyai 1.8 juta pekerja dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

"Begitu juga keperluan utiliti dan telekomunikasi masih perlu dibenarkan beroperasi untuk memastikan kelangsungan kehidupan seharian," katanya.

Namun pada masa sama katanya, terdapat beberapa sektor yang strategik kepada ekonomi negara yang mana jika ditutup akan bawa kemudaratan jangka panjang.

Ini seperti sektor eksport utama termasuk minyak dan gas atau elektonik yang mana sektor elektronik di Malaysia telah berintegrasi dengan rantaian pembekalan dunia, katanya.

"Ini bermaksud, komputer di Amerika Syarikat bergantung kepada cip yang dibuat di Malaysia. Isunya jika sektor ini ditutup, bukan sahaja akan menggugat penghasilan komputer atau peralatan perubatan di hospital di seluruh dunia.

"Tetapi ia juga menjejaskan masa depan Malaysia dari segi potensi kehilangan pelanggan yang beralih ke negara lain. Ia akan mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan semula pelanggan itu.

"Apabila ini berlaku, ia juga boleh mengakibatkan kehilangan pekerjaan dan pengangguran yang berpanjangan kepada rakyat kita," katanya.


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,210
Reaction score
4,101
Points
236
SKMM Menyokong Pelan Pemulihan Negara

Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu pelaksanaan panduan untuk Malaysia boleh keluar secara berfasa daripada pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil langkah bagi menjayakan agenda PPN tersebut.

Sebagai sebuah badan kawal selia yang bertanggungjawab ke atas sektor Komunikasi meliputi telekomunikasi dan Internet, pos dan kurier serta penyiaran, SKMM memaklumkan bahawa pelbagai program telah dibangunkan bersama industri seperti Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk kesalinghubungan, Pelan Accelerator Kurier Negara (PAKEJ) untuk penghantaran barangan, Transformasi Pejabat MCMC Negeri untuk lebih tangkas mengatasi isu perkhidmatan dan pembangunan Pusat Internet Komuniti (PIK) untuk membantu komuniti setempat baik bagi kesalinghubungan serta pembangunan ekonomi setempat.

SKMM juga menyambut baik kebenaran yang diberikan kepada sektor penyiaran untuk terus beroperasi semasa tempoh PKP.

SKMM berkata, pendigitalan negara terus menjadi fokus utama mereka bagi membantu negara dalam menyediakan landasan yang mantap bagi pemulihan ekonomi.

Sumber: SKMM
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register