BTC USD 64,059.0 Gold USD 2,371.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perut Bumi Sarawak Ada Emas, Galian Mineral Bernilai RM1.25 Trilion

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,785
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,785
Reaction score
6,533
Points
916
Awards
1
19.06.2024 - Kerajaan negeri Sarawak bercadang membawa masuk teknologi perlombongan terbaharu dari Kanada untuk menggali sumber logam berharga di negeri itu, yang dianggarkan bernilai lebih RM1.25 trilion. Ini susulan kejayaan Jabatan Geologi negeri itu yang baru-baru ini menemui lebih banyak kawasan tanah yang mengandungi galian mineral, termasuk emas, bauksit dan bahan nadir bumi. Timbalan Premier Menteri Sarawak Awang Tengah Ali Hasan dilaporkan berkata terdapat juga potensi untuk menemui lebih banyak kawasan yang mempunyai bahan mineral berharga dengan nilai yang besar.

c2ac24e6d4fe7ac5a5408bce6d0ede70.jpg


“Hasil kajian Jabatan Geologi, dianggarkan nilai mineral yang ada mencecah lebih daripada RM1.25 trilion. Jadi kita akan perluaskan lagi kajian kita, kalau tidak dapat seluruh Sarawak sekurang-kurangnya tambahan 20 peratus keluasan tanah lagi. Selain emas, antara mineral yang terdapat di negeri ini ialah bauksit, pasir silika, batu kapur dan nadir bumi dan terdapat potensi besar untuk lebih banyak penemuan,” katanya kepada media, baru-baru.

Menurut Awang Tengah, Sarawak juga menemui simpanan emas yang besar di daerah Sri Aman. Sebelum ini, emas hanya ditemui di daerah Bau.

4c37794732b7d78e5206ca10d1b33edb.jpg


Timbalan premier itu yang baru-baru ini mengetuai delegasi Sarawak mengadakan lawatan penanda aras ke Micassa Gold Mine yang terletak di Kirkland, Toronto, Kanada, berkata kerajaan negeri itu merancang untuk menggunakan teknologi dari Kanada di Sarawak.

"Kami di Sarawak akan menggunakan teknologi mereka di sini," katanya lagi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/709141
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register