BTC USD 102,740 Gold USD 2,711.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peruncit jual rokok seludup kepada penduduk felda, pekerja asing ditahan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,177
Top Poster #9
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,177
Reaction score
6,705
Points
881
Awards
1
Peruncit jual rokok seludup kepada penduduk felda, pekerja asing ditahan

Kangar: Pemilik premis runcit ditahan kerana dipercayai menjual rokok seludup yang disasarkan kepada penduduk dan pekerja warga asing di sebuah felda di Perak, bulan lalu.

Lelaki berusia 49 tahun ditahan bersama 263 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM10,527.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, lelaki itu bukan hanya menjual rokok seludup secara terbuka, malah turut mempunyai satu bilik stor untuk menempatkan stok, dengan sasaran utama penduduk dan pekerja asing di kawasan felda berkenaan.

Katanya, taktik itu terbongkar susulan pemeriksaan di sebuah premis kedai runcit di Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak, hasil maklumat awam.

"Pemeriksaan menemui 263 karton rokok atau 46,745 batang rokok yang dijual secara terbuka, selain diletakkan di bawah kaunter pembayaran, ruang tingkat atas dan sebuah bilik (stor) yang terdapat sebelah premis itu.

"Kita percaya pemilik kedai ini memperdagangkan pelbagai jenis rokok seperti rokok putih dan kretek daripada 23 jenama yang diperoleh dari Lembah Klang," katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Negeri Perlis, di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati, daripada 23 jenama rokok seludup yang dirampas itu, 18 daripadanya tidak mempunyai setem cukai manakala bakinya pula mempunyai setem cukai palsu.

"Rokok ini pula dijual dengan harga murah di bawah RM10.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.

Menurutnya, sejak awal tahun ini, Kastam Perlis sudah membongkar sebanyak 10 kes membabitkan 150,725 batang rokok seludup bernilai RM131,703.

Disiarkan pada: October 15, 2024 @ 3:13pm
 
Back
Top
Log in Register