Pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan dijangka merosot

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,389
Reaction score
20,847
Points
1,661
Najib Razak
7 hrs ·

Saya terbaca "penulis media sosial" PH yang masih tuduh bahawa ekonomi masa saya PM telah jahanam.

Oleh itu, saya nak tanya:

1. Adakah pemimpin PH boleh sangkal data-data rasmi ini?

2. Adakah data-data ini menggambarkan satu ekonomi yang sudah jahanam dan Rakyat ditindas?

RM1.15 Trilion (RM1,150 bilion) aset dan kekayaan dibina dalam tempoh 9 tahun itu, Bukan kecil. Dividen tinggi-tinggi sepanjang tempoh - bukan satu tahun sahaja. Gagal ke tu?

3. Dan jika data-data ini adalah tipu, kenapa ianya masih dipakai oleh kerajaan PH dan kenapa tidak ada sebarang dakwaan ke atas mana-mana akauntan atau auditor atas dakwaan pemalsuan data sejak PRU14?

 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,389
Reaction score
20,847
Points
1,661
Najib Razak
9 hrs ·

Kerajaan melaporkan prestasi perdagangan antarabangsa untuk keseluruhan tahun 2019.

Semua menjadi negatif!
(yang positif cuma ujian kencing pemimpin-pemimpin PH)

Eksport tahunan 2019 jatuh 1.7%
Import tahunan 2019 jatuh 3.5%

Ini adalah kejatuhan yang besar berbanding 2018:

Eksport tahunan 2018 naik 6.7%
Import tahunan 2018 naik 4.9%

Dan jauh berbeza masa BN pada tahun 2017 di mana kita catatkan kadar pertumbuhan perdagangan antarabangsa paling besar sejak 13 tahun yang lalu.

Eksport tahunan 2017 naik 18.9%
Import tahunan 2017 naik 19.9%

Moga prestasi Malaysia akan memulih pada tahun 2020 ini dan kita mencatat kenaikan semula.

Harap jangan gaduh-gaduh lagi tahun ini.

Harap jangan negatif lagi.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,389
Reaction score
20,847
Points
1,661
Najib Razak
16 hrs ·

Genap setahun dahulu, Guan Eng mengeluarkan siaran media selepas dikritik dan ditanya kenapa prestasi tahun 2018 lebih rendah berbanding masa BN.

Alasan dia ialah ekonomi Malaysia lebih baik berbanding Arab Saudi, Sepanyol dan Mexico dan hanya sedikit di bawah negara Poland.

Dengan pengumuman prestasi hari ini yang sebut pertumbuhan ekonomi paling lembab sejak 10 tahun lalu, Rakyat Malaysia tak sabar nak tengok negara-negara apa yang akan dibandingkan oleh Guan Eng tahun ini.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,389
Reaction score
20,847
Points
1,661
Najib Razak
16 hrs ·

Rakyat diminta abaikan laporan-laporan berita dari Gabenor BNM, media-media tempatan dan antarabangsa yang menyebut prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia sekarang adalah paling lembab sejak 10 tahun yang lalu dan bakal menurun lagi tahun 2020 ini.

Semua itu adalah FAKE NEWS yang sengaja diwujudkan untuk memfitnah serta mencemar prestasi dan pencapaian ekonomi kerajaan PH.

Menteri Kewayangan sudah bagi amaran dua minggu lalu.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,389
Reaction score
20,847
Points
1,661
Najib Razak
18 hrs ·
Kerajaan PH telah umumkan kadar pertumbuhan KDNK negara bagi suku ke-4 tahun 2019 adalah 3.6%.

Ini adalah kadar pertumbuhan suku tahun paling lemah sejak lebih 10 tahun dahulu.

Ianya satu lagi pencapaian gemilang bagi kerajaan PH.

Ini bermakna pertumbuhan KDNK untuk keseluruhan tahun 2019 ialah 4.3%.

Prestasi ini adalah jauh di bawah andaian asal Guan Eng sebanyak 4.9% semasa umum bajet 2019 dan juga di bawah ramalan 4.7% semasa dia umum bajet 2020.

Ini bermakna, bajet tahunan 2019 sudah lari kerana satu lagi andaian asas (serupa dengan harga minyak dunia) sudah jauh dari sasaran.

NOTA: Warna merah dalam graf melambangkan tempoh selepas PRU14 di mana ekonomi Malaysia yang kononnya sudah bankrap telah "diselamatkan" oleh PH.

"12 Feb 2020: BNM: Malaysia’s 2019 GDP at 4.3pc, lowest since 2009 amid commodity disruption"

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,389
Reaction score
20,847
Points
1,661
Najib Razak
9 hrs ·

Selepas kerajaan PH umum pertumbuhan ekonomi Malaysia paling rendah sejak 10 tahun lalu, penganilis-penganalisis ekonomi mula turunkan unjuran mereka untuk kita bagi tahun 2020 ini.

Syarikat penarafan antarabangsa Fitch turunkan unjuran Malaysia dari 4.5% ke 3.7%.

- RHB Bank: 4% (dulu 4.3%)
- ING research 3.5% (dulu 4.5%)
- Ambank 4% (dulu 4.8%)

Kebimbangan mereka ialah:

"Jika ekonomi sudah begitu lembab tahun lepas sebelum wabak Coronavirus COVID-19 maka ianya akan lagi lembab tahun 2020 ini."

Mereka juga memberi amaran bahawa unjuran mereka mungkin diturunkan lagi jika wabak berterusan untuk tempoh masa yang lebih lama.

Bagaimanapun, unjuran Guan Eng masih tetap 4.8% bagi tahun 2020.

Menteri ekonomi PH juga tak goyang.

Dia kata prestasi ekonomi Malaysia masih lebih baik berbanding serantau.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,389
Reaction score
20,847
Points
1,661
Najib Razak
16 hrs ·

Ada propaganda yang dikeluarkan oleh "penulis media sosial" yang mendakwa pertumbuhan ekonomi 4.3% untuk tahun 2019 di bawah PH bukan paling teruk sejak 10 tahun yang lalu walaupun ini ialah apa dinyatakan oleh Gabenor BNM dan dilaporkan oleh semua media.

Mereka kata pertumbuhan KDNK paling teruk sejak 10 tahun yang lalu sebenarnya adalah kadar 4.2% pada tahun 2016 masa harga minyak dunia jatuh lebih 80% secara tiba-tiba dan Najib "buat-buat lupa."

Saya nak kata kepada mereka. "Sorry! Try again"

Ini ialah kerana pada bulan Mei 2019 lalu, kerajaan PH tiba-tiba membuat pengasasan semula harga untuk mengira KDNK negara supaya angka pertumbuhan KDNK tahun 2019 nampak cantik sikit dan angka nisbah hutang kepada KDNK tidak nampak naik terlalu tinggi di bawah PH.

Akibat pengasasan semula itu, kadar pertumbuhan KDNK rasmi untuk tahun 2016 telah dinaikkan dari 4.2% kepada 4.4% manakala kadar untuk tahun 2017 diturunkan dari 5.9% ke 5.7%.

Ini bermakna pertumbuhan KDNK 4.3% secara rasminya adalah paling rendah sejak 10 tahun yang dahulu.

Dan pertumbuhan KDNK sebanyak 3.6% bagi suku ke-4 2019 juga adalah paling rendah sejak 10 tahun dahulu.

Hadapilah realiti itu.

Gelaran pasaran saham Malaysia sebagai terburuk dalam dunia tidak berlaku dengan tanpa sebab.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,389
Reaction score
20,847
Points
1,661
Najib Razak
21 hrs ·

Semalam, rata-rata media melaporkan pertumbuhan ekonomi Malaysia di bawah kerajaan PH adalah paling lemah sejak 10 tahun yang lalu - iaitu sejak 2009.

Tetapi apa yang berlaku pada tahun 2009?

Saya mula menjadi Menteri Kewangan pada akhir bulan September 2008 dan mula merancang bajet tahun 2009.

Masa itu, seluruh dunia dilanda krisis ekonomi yang digelar "The Great Global Recession".

"The IMF has concluded that it was the most severe economic and financial meltdown since the Great Depression and it is regarded as the second-worst downturn of all time."

Krisis ekonomi ini adalah paling teruk sejak tahun 1930an dan jauh lagi teruk berbanding krisis ekonomi Asia tahun 1997-1998 yang hanya memberi kesan kepada beberapa negara Asia sahaja.

(Sudah tentu juga krisis ekonomi dunia masa itu adalah jauh lagi teruk berbanding perang dagang tahun 2019 lalu.)

Sebab itu, prioriti utama saya masa itu ialah untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia yang menerima kesan yang amat hebat sekali.

Alhamdulillah!

Hasil dari bajet dan pakej-pakej rangsangan ekonomi yang kita laksanakan, ekonomi Malaysia berjaya dipulihkan pada tahun 2009 juga walaupun banyak negara lain terkesan sehingga tahun 2012.

Oleh kerana langkah-langkah kita berjaya dalam tempoh yang agak singkat, kebanyakan Rakyat tidak sedar sehingga kini bahawa ekonomi kita telah diselamatkan dari krisis ekonomi dunia kedua paling teruk dalam sejarah dunia kerana kesan kepada kesejahteraan Rakyat masa itu tak begitu besar.

Namun, ekoran langkah-langkah rangsangan yang diambil untuk selamatkan negara, nisbah hutang berbanding KDNK pada 2009, meningkat 11 peratus. Nisbah ini naik sedikit lagi untuk tahun 2010 dan 2011 kerana pakej rangsangan masih diperlukan dalam mendepani kemeseletan ekonomi dunia.

Ironinya ialah hutang negara yang naik akibat pakej-pakej rangsangan ekonomi masa itu menjadi senjata makan diri yang digunakan oleh musuh politik saya selama bertahun-tahun untuk tuduh saya naikan hutang sehingga Malaysia kononnya bankrap.

(Mereka yang tuduh saya naikkan hutang masa itu sebenarnya salahkan kita menyelematkan ekonomi Malaysia dari krisis paling teruk sejak tahun 1930an)

Realitinya ialah, dengan kawalan ketat defisit bajet seterusnya, nisbah hutang ini berjaya diturunkan pada tahun-tahun seterusnya kepada tahap 48.7% pada akhir suku pertama 2018 dan tidak tinggi lagi jika dibanding dengan sejarah.

Paling ironi ialah mereka yang menang setelah tuduh saya banyak meminjam dan berjanji untuk kurangkan hutang juga adalah mereka yang kini pinjam pada kadar yang lagi pantas berbanding purata kenaikan hutang masa saya PM.

Hutang negara sudah naik ke RM820 bilion dari RM686 bilion sejak PH menang dan dijangka naik RM55 bilion lagi tahun 2020 ini walaupun dana yang amat besar telahpun dijarah dari Petronas.

Lagi lanjut tentang krisis ekonomi tahun 2008-2009:

 
Sponsored Post
Top
Log in Register