Pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan dijangka merosot

CG Sponsors

naning

Active+ Member
Joined
Mar 3, 2013
Messages
4,149
Reaction score
433
Points
41
KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka merosot kepada 4.5 peratus tahun depan daripada 4.8 peratus tahun ini, dengan permintaan domestik memberikan sedikit kelegaan di tengah-tengah prospek yang lebih mencabar bagi eksport, kata Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW).

Penasihat Ekonomi dan Pakar Ekonomi Asia Untuk Oxford Economics, Sian Fenner, berkata inflasi yang lebih tinggi, pengetatan kadar dasar, pertimbangan kestabilan kewangan yang timbul daripada kadar faedah yang lebih tinggi di Amerika Syarikat (AS) dan pembangunan dalaman juga mungkin menyederhanakan permintaan.

"Selaras dengan simulasi tarif AS-China, kami menjangka ekonomi dengan hubungan yang paling rapat akan terjejas paling teruk dalam perang perdagangan, sama ada melalui eksport langsung atau tidak langsung," katanya.

Fenner berkata demikian semasa menyampaikan Laporan Pandangan Ekonomi ICAEW: Asia Tenggara untuk Suku Keempat 2018 di sini hari ini.

Perbelanjaan isi rumah mungkin menyederhana kepada antara 5.5 dan 6.0 peratus pada 2019, katanya.

"Berdasarkan latar belakang global yang mencabar, kami menjangka bahawa kesan tidak langsung perang perdagangan AS-China akan dirasa lebih kuat pada 2019, mengakibatkan ramalan pertumbuhan yang rendah untuk Malaysia tahun depan, dengan konteks makroekonomi global masih agak posistif," katanya.

Mengenai rundingan perdagangan AS-China, Fenner berkata, perkembangan positif mungkin membawa kepada pertikaian terhenti buat sementara.

"Kami tidak menjangka yang import AS$200 bilion dari China akan dikenakan tarif 25 peratus. Kita mempunyai tempoh 90 hari tetapi apa yang penting ialah perdagangan antara AS dan China masih agak besar.

"Ia bukan sahaja mengenai perdagangan tetapi juga keselamatan negara. Ia addalah mengenai China yang ingin meneruskan dengan Buatan China 2025 dan AS cuba melindungi sektor pembuatannya sendiri," katanya.

Sementara itu, Fenner menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada pertengahan 2019. Kadar dasar semalaman ketika ini adalah pada 3.25 peratus.

Menurut laporan ICAEW, kedudukan fiskal Malaysia dijangka bertambah baik dengan defisit dianggarkan berada pada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019, tinggi sedikit daripada sasaran kerajaan sebanyak 3.4 peratus.

Ia mencerminkan prospek yang lebih berhati-hati untuk pertumbuhan KDNK antara 2019 dan 2020 dan kesan tertangguh daripada rangsangan potensi pendapatan daripada cukai baru yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.

Walaupun unjuran fiskal yang lebih tinggi, negara dijangka mengekalkan penarafan kreditnya melalui usaha untuk memulihkan kewangan awam dengan mengurangkan defisit fiskal dalam jangka sederhana dan pembayaran kadar faedah yang lebih rendah sebagai sebahagian daripada pendapatan.

-BERNAMA
 
Sponsored Post

pak andak

Banned
Joined
Nov 19, 2018
Messages
386
Reaction score
52
Points
20
era pmerintahan rejim zalim ph memang tidak tahu naikkan ekonomi pelabur lari bisness merosot

kita sedang menuju zaman kegelapan hidup hari2 dizalimi ph
 
theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,347
Reaction score
428
Points
81
era pmerintahan rejim zalim ph memang tidak tahu naikkan ekonomi pelabur lari bisness merosot

kita sedang menuju zaman kegelapan hidup hari2 dizalimi ph
errr, kalau ye pun benci buka la minda skit. bukan Malaysia je kena tempias perang US-China ni.

hampir semua negara yg bergantung dgn US dan China ni kena. thailand, indon, pilipin, ni semua rasanya akan lebih teruk dari Malaysia ni.

kalau pun ada benda yg aku benci dgn PH ni ialah pasal manifesto je. dasar kuat kencing je.

soal ekonomi dunia ni dan impak kpd Malaysia dan Asia tenggara, no komen sgt. memang dunia tgh nazak skrg ni.
 
pak andak

Banned
Joined
Nov 19, 2018
Messages
386
Reaction score
52
Points
20
errr, kalau ye pun benci buka la minda skit. bukan Malaysia je kena tempias perang US-China ni.

hampir semua negara yg bergantung dgn US dan China ni kena. thailand, indon, pilipin, ni semua rasanya akan lebih teruk dari Malaysia ni.

kalau pun ada benda yg aku benci dgn PH ni ialah pasal manifesto je. dasar kuat kencing je.

soal ekonomi dunia ni dan impak kpd Malaysia dan Asia tenggara, no komen sgt. memang dunia tgh nazak skrg ni.
tetapi bila di zaman barisan nasional semua fakta ini tidak dipakai oleh penyokong ph yang meraka tahu adalah kutuk caci berarak berdemo sebar kebencian jatuhkan kerajaan barisan nasional
tetapi bila ph memerintah tiba-tiba semua sudah tahu pasal kesan perang china-us sudah pandai pasal tempias ekonomi dunia sudah pandai pasal harga minyak ikut pasaran

mengapa dulu lain sekarang jadi lain? dulu tidak pandai tapi bila rejim ph memerintah tiba-tiba jadi pandai berfikir pula
 
kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,139
Reaction score
2,449
Points
191

hahaha..

indeed bro, indeed.. :))
 
KingKangKong

Fun Poster
Joined
May 2, 2018
Messages
174
Reaction score
15
Points
15
errr, kalau ye pun benci buka la minda skit. bukan Malaysia je kena tempias perang US-China ni.

hampir semua negara yg bergantung dgn US dan China ni kena. thailand, indon, pilipin, ni semua rasanya akan lebih teruk dari Malaysia ni.

kalau pun ada benda yg aku benci dgn PH ni ialah pasal manifesto je. dasar kuat kencing je.

soal ekonomi dunia ni dan impak kpd Malaysia dan Asia tenggara, no komen sgt. memang dunia tgh nazak skrg ni.
Tp kan sejak ph perintah semua org jd positif..time bn mmg kena kecam abis tnpa usul periksa..
 
SKK

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2013
Messages
617
Reaction score
186
Points
23
tetapi bila di zaman barisan nasional semua fakta ini tidak dipakai oleh penyokong ph yang meraka tahu adalah kutuk caci berarak berdemo sebar kebencian jatuhkan kerajaan barisan nasional
tetapi bila ph memerintah tiba-tiba semua sudah tahu pasal kesan perang china-us sudah pandai pasal tempias ekonomi dunia sudah pandai pasal harga minyak ikut pasaran

mengapa dulu lain sekarang jadi lain? dulu tidak pandai tapi bila rejim ph memerintah tiba-tiba jadi pandai berfikir pula
Yang ni aku setuju.
 
dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,164
Reaction score
1,531
Points
596
tetapi bila di zaman barisan nasional semua fakta ini tidak dipakai oleh penyokong ph yang meraka tahu adalah kutuk caci berarak berdemo sebar kebencian jatuhkan kerajaan barisan nasional
tetapi bila ph memerintah tiba-tiba semua sudah tahu pasal kesan perang china-us sudah pandai pasal tempias ekonomi dunia sudah pandai pasal harga minyak ikut pasaran

mengapa dulu lain sekarang jadi lain? dulu tidak pandai tapi bila rejim ph memerintah tiba-tiba jadi pandai berfikir pula
Bagi saya bn ka ph ka

Dua kali lima kong kali kong

Bn ada gst

Ph ada sst

Dua dua merapu

Kalau tengok bn ngan ph nie

Macam adik beradik ja

Perangai sama

Abang ngan adik gaduh

Bukan nak kondem bn dan ph

Lebih kurang ja

Hang kata bn barang naik

Lepas hang dapat barang naik juga:eek::eek::)):))

Dua dua nie sandiwara ja

Yang jadi mangsa rakyat
 
d_conan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 24, 2011
Messages
24,156
Reaction score
865
Points
161
errr, kalau ye pun benci buka la minda skit. bukan Malaysia je kena tempias perang US-China ni.

hampir semua negara yg bergantung dgn US dan China ni kena. thailand, indon, pilipin, ni semua rasanya akan lebih teruk dari Malaysia ni.

kalau pun ada benda yg aku benci dgn PH ni ialah pasal manifesto je. dasar kuat kencing je.

soal ekonomi dunia ni dan impak kpd Malaysia dan Asia tenggara, no komen sgt. memang dunia tgh nazak skrg ni.
tiba2 semua jadi hihgly motivated, boleh terima keadaan seadaanya.. hahaha
 
azriff

Permanently Banned - , Multiple Accounts Cytokines
Joined
Jul 31, 2008
Messages
4,789
Reaction score
473
Points
46
Tp kan sejak ph perintah semua org jd positif..time bn mmg kena kecam abis tnpa usul periksa..
semua orang jadi positif? biar betul.. sejak zaman PH ni lah racial tension paling teruk.. fitnah sana fitnah sini.. Kaum lain dah berani claim mereka orang asal Tanah Melayu..

Semua statement2 yang bakar api perkauman..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register