BTC USD 60,235.6 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pertikai Mahkamah Syariah

autorm

Active+ Member
Joined
Oct 24, 2009
Messages
2,939
Reaction score
9
Points
35
rampasanak.JPG


16 November 2010, Gooi Hsiao Leung (Naib Ketua Pemuda PKR Kedah) menyatakan ibu bapa Islam menggunakan Mahkamah Syariah untuk merampas anak setelah sesuatu pasangan bercerai (baca sini). "Ibu atau bapa yang beragama Islam itu boleh berbuat demikian kerana berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Syariah yang mencabuli hak perlembagaan dan hak awam ibu atau bapa yang bukan beragama Islam berhubung anak mereka,” kata Gooi. Sebenarnya kes pemutusan hak penjagaan anak yang dibuat di Mahkamah Syariah tidak membelakangkan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang didakwa oleh Gooi.

Kenyataan Gooi ini menjelaskan bahawa Gooi tidak memahami Perkara 121 (1A) yang menyatakan bahawa perkara yang berkaitan sama ada seseorang itu beragama Islam atau tidak, berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Perkara 121 (1A) menjadi asas kepada Hakim Datuk Zainun Ali untuk memutuskan menolak kes rayuan S.Kaliammal (balu pendaki Everest negara Sarjan M. Moorthy) yang penukaran agamanya kepada Islam telah menimbulkan pertikaian pada 20 Ogos 2010. Mengapa Gooi perlu mempertikai mahkamah syariah secara terbuka di media?

Bangunan%2Blama.gif


5 April 2007, Norman Fernandez (Naib Pengerusi DAP Johor) mempertikai keputusan Muhammad Shafi Saravanan Abdullah (suami Subashini) untuk membawa prosiding perceraian mereka ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan hak penjagaan anak mereka. Mengapa DAP dan PKR selalu sangat mempertikai dan masuk campur dalam isu yang berkaitan Mahkamah Syariah? PAS pula diam sahaja bila dua sahabatnya itu mengasak Mahkamah Syariah.

Desakan Gooi ini adalah selari dengan apa yang dituntut oleh dalam Perkara 3, Interfaith Commission (IFC) iaitu sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil. Ternyata, apa yang didesak oleh PKR ini jelas sekali membelakangkan Perlembagaan Persekutuan. Peliknya, mengapa Ustaz Azizan membiarkan PKR mempertikaikan persoalan Mahkamah Syariah di Kedah? Apakah Ustaz Azizan tidak tahu atau buat buat tidak tahu? Inilah agenda besar PKR, mereka bukan berbicara soal kebajikan rakyat selepas bencana banjir tetapi mempersoalkan pula kedudukan Mahkamah Syariah di negara ini

sumber
 

CG Sponsors




Top
Log in Register