Pertemuan NGO & GAPENA Mengenai Isu Bahasa Melayu Selesai

CG Sponsors




Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
KUALA LUMPUR, 8 Jan - Sebentar tadi, tepat jam 8:30 malam,di pejabat GAPENA, satu pertemuan telah dijalankan diantara pihak GAPENA dan wakil-wakil NGO bertujuan untuk membincangkan isu PPSMI yang hangat diperkatakan kini.

Menurut Naib Presiden Antarabangsa pertubuhan tersebut, saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz menjelaskan mesyuarat tersebut tidak lain tidak bukan membincangkan tindakan susulan yang bakal dilakukan secara bersama bagi mendesak pihak Kementerian Pelajaran supaya memansuhkan pembelajaran Sains dan matematik didalam Bahasa Inggeris.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut, nama-nama besar dalam perjuangan menegakkan kedaulatan Bahasa melayu seperti Dato’ Zainal Abidin Borhan, Tan Sri Dato’ (Dr) Ismail Hussein, Dato’ Latip Bakar, Prof Dr Abdullah Hassan, dan turut disertai oleh lebih 15 wakil NGO daripada seluruh negara.

“Dalam mesyuarat tersebut, rata-rata perwakilan NGO terbabit menyatakan sokongan penuh bagi menghapuskan PPSMI secara bermatian-matian demi menjamin kedaulatan Bahasa melayu, ini termasuklah mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak kementerian pendidikan diatas dasar pencabulan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan” jelas beliau.

Dalam pada itu, menurut beliau lagi, perjumpaan dengan pemimpin tertinggi di pihak kerajaan turut diusulkan oleh pihak perwakilan, hal ini dilakukan bagi menggesa pihak pimpinan negara untuk menilai secara serius berkenaan dengan isu ini serta implikasinya terhadap masyarakat malaysia khususnya kaum Melayu di luar bandar.

Difahamkan, penghapusan PPSMI turut mendapat sokongan parti-parti politik dominan di Malaysia. Perlu ditegaskan, sokongan ini bukanlah harus dipandang sebagai bersifat politik, namun ia adalah satu tanggungjawab sosial yang harus dilunaskan dan diberi perhatian oleh semua pihak.

Seluruh perwakilan bersetuju untuk mengembeleng seluruh jentera dan kapasiti yang ada bagi melancarkan kempen Anti PPSMI secara besar-besaran, ini termasuklah dengan kempen menaikkan sepanduk dan poster diseluruh negara, serta rapat umum yang dijangka akan dilakukan dalam jangka masa terdekat ini,- sekiranya tiada tindakan yang difikirkan wajar diambil oleh pihak pemerintah.

Perwakilan turut bersetuju untuk memberi mandat kepada GAPENA untuk mengurus tadbir kempen ini di samping melantik bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Hassan Ahmad secara rasmi memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang kini dikenali sebagai Gabungan Mansuhkan PPSMI

“Kami di peringkat GAP-PKPIM menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan-cadangan yang diutarakan demi menjamin kedaulatan bahasa melayu daripada terus dicabuli oleh dasar-dasar yang tidak bertanggungjawab” tambah beliau lagi
 
Sponsored Post

adar

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
9,027
Reaction score
215
Points
73
dah terlambat bro. sepatutnya dr awal KERAjaan tak buat benda ni. skrg ni kalo ditarik blk PPSMI, seolah2 mcm langkah kebelakang. ntah la.

kita semua ni dah habis sekolah jd takder efek sgt. kesian kat bdk2 sekolah skrg. kejap yg ni, kejap yg tu.:(
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
dah terlambat bro. sepatutnya dr awal KERAjaan tak buat benda ni. skrg ni kalo ditarik blk PPSMI, seolah2 mcm langkah kebelakang. ntah la.

kita semua ni dah habis sekolah jd takder efek sgt. kesian kat bdk2 sekolah skrg. kejap yg ni, kejap yg tu.:(
inilah akibatnya kajian yang tidak cukup komprehensif sebelum melaksanankan sesuatu arahan/akta/perundangan yang baru....

mungkin manusia hanya akan merasakan kesannya setelah apa yang dirancang, dilaksanakan....

belum ada lagi manusia yang betul2 mampu menjangkakan apa yang dirancang, berjalan degan baik...

p/s : kita merancang dan ALLAH merancang, tetapi ALLAH lah sebaik-baik perancang:)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register