BTC USD 94,861.5 Gold USD 3,306.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pertahan hak Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu - Ustaz Dusuki

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,869
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,869
Reaction score
6,918
Points
881
Awards
1
Pertahan hak Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu

IzwanFebruary 24, 2025

KUALA LUMPUR: Umat Islam negara ini diseru untuk hadir ke himpunan solidariti kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan diadakan pada 27 Februari ini bertempat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

- -
Presiden Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulama’, Ustaz Ahmad Dusuki berkata, penting untuk rakyat negara ini bermunajat dan meminta bantuan daripada Allah berhubung pelbagai isu yang berlaku melibatkan hak-hak orang Islam.

“Apabila kita telah terganggu dan tergugat hak-hak sama ada yang disebut itu hak rakyat ataupun hak itu hak Tuanku, ataupun hak bangsa, agama dan negara kita yang dicemari dengan unsur-unsur yang menyebabkan pemisahan kekuatan umat Islam.

“Maka perlulah untuk kita pergi dan mengadu kepada Allah, untuk kita bermunajat kepada Allah dan meminta dengan sebenar-benarnya dengan Allah sebab inilah yang diajar oleh Nabi kita Muhammad SAW.

“Rasulullah diajar supaya kita jangan tinggal Allah dalam hidup kita ini sebagaimana yang disebut ‘kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu’. ‘Kalau kamu meminta, kamu minta lah kepada Allah’. ‘Kalau kamu nak memohon, kamu mohonlah kepada Allah’,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali serta Penyelidik Akademi Tamadun Alam Melayu (TAMU), Zaharah Sulaiman dan Exco Sekretariat Anak Pahang Perantauan, Fadzil Che Lah.

Tambah beliau, kedaulatan dan kekuatan yang sepatutnya dimiliki oleh Raja-raja Melayu kebelakangan ini turut dicemari dengan pelbagai perkara yang berlaku di dalam negara ini.

“Semua di kalangan kita ini kena tahu yang kita ini ada hak. Rasulullah menyebut ‘kamu kena tunaikan setiap hak di kalangan kamu’. Semua orang ada hak, Tuanku ada hak, rakyat ada hak, orang yang dalam penjara pun ada hak, orang di luar penjara pun ada hak.

“Allah sebut ‘kamu jangan buat zalim kepada mereka. Kalau kamu buat zalim kepada mereka, bila mereka mengadu kepada Allah, doa mereka itu akan didengari di sisi Allah’. Bahkan di dalam Al-Quran, kita akan jumpa banyak ayat-ayat yang Allah pesan kepada kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/2/2025
 
Sponsored Post

Nak survive kene pandai jilat bos 😅

 
Himpunan Pahang diteruskan walau depani provokasi

IzwanFebruary 26, 2025

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam akan tetap meneruskan himpunan ‘Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat’ yang dijadualkan esok walaupun berdepan dengan pelbagai provokasi menuntut agar himpunan itu dibatalkan.


- Advertisement -
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, pihaknya sentiasa menghormati dan berlapang dada demi menghormati institusi diraja dan penyatuan orang Melayu dan Islam di seluruh negara.

“Berlaku sedikit tidak penyelarasan (himpunan), namun perkara ini tidak menjadi halangan kepada kita semua untuk kita terus hadir di dalam program ini.

“Kita menyeru seluruh rakyat negeri Pahang sama ada luar atau dalam negeri Pahang untuk terus hadir ke program ini bagi menumpahkan taat setia dan solidariti kepada Tuanku (Sultan Pahang).

“Kita menegaskan bahawa solidariti kepada Tuanku ini tidak hanya di peringkat Kuantan sahaja, selepas ini pihak NGO akan terus menggerakkan solidariti ini kepada peringkat-peringkat di seluruh negeri Pahang,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hasan Syed Ali dan Pengerusi Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN), Ustaz Masridzi Sat serta Exco Sekretariat Anak Pahang Perantauan, Ustaz Ahmad Arshad.

Himpunan ‘Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat’ yang akan diadakan esok, Khamis, 27 Februari adalah bagi menyatakan solidariti kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Mufti Pahang, Dato’ Badli Shah Alauddin dijadual akan memberikan ceramah umum di himpunan berkenaan yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) selepas solat Isyak. – HARAKAHDAILY 26/2/2025
 
Sokong himpunan ‘Pahang Bermunajat Raja Berdaulat’

IzwanFebruary 27, 2025

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran Himpunan ‘Pahang Bermunajat Raja Berdaulat’ dijadualkan berlangsung hari ini sebagai satu manifestasi menjunjung institusi Raja Berperlembagaan serta usaha memelihara keharmonian negara.

- Advertisement -
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, mengajak semua ahli dan penyokong parti, khususnya di kawasan berhampiran, untuk turut serta sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap kedudukan institusi raja yang menjadi teras kestabilan negara.

“PAS sentiasa berpegang teguh kepada prinsip mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Institusi raja bukan sekadar simbol tradisi, tetapi adalah lambang penyatuan rakyat yang perlu dipelihara dari sebarang cubaan untuk meremehkan atau merosakkan kedudukannya.

“Himpunan ini juga menjadi wadah bagi kita untuk bermunajat dan berdoa agar negara terus berada dalam keadaan aman, diberkati dengan kepimpinan yang adil serta dijauhkan daripada sebarang unsur yang boleh menggugat perpaduan ummah dan kestabilan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, menyeru seluruh ahli dan penyokong untuk hadir dengan penuh disiplin, beradab serta menampilkan akhlak yang baik sepanjang himpunan berlangsung.

“Marilah kita bersama-sama menyatakan komitmen terhadap kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan kepada usaha ini dan mengukuhkan lagi perpaduan serta kesejahteraan umat Islam di negara kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/2/2025
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register