BTC USD 59,517.5 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persoal kongres Bumiputera, ucapan Ti Lian Ker berbaur hasutan, kata Puad

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,353
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,353
Reaction score
2,067
Points
266
Awards
1
Ahli MKT Umno berkata Ti ‘tunjuk berani’ mempersoal hak orang Melayu untuk maju selepas sedar riwayat politiknya makin malap.

9355ea68-puad-zarkashi-ti-lian-ker-collage-101223.jpg

Puad Zarkashi mendakwa ucapan Ti Lian Ker di Dewan Negara baru-baru ini disifatkan cuba pertikai hak istimewa orang Melayu.

PETALING JAYA: Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menyifatkan ucapan Ti Lian Ker di Dewan Negara, baru-baru ini, yang mempersoal Kongres Ekonomi Bumiputera berbaur hasutan.

Puad Zarkashi berkata, timbul unsur perkauman dan menghasut dalam ucapannya itu dan ia perlu dijawab Ti.


“Ti Lian Ker biadab kerana menuduh biasiswa, GLC, penjawat awam dan kontrak dimonopoli oleh Melayu. Dia mempertikaikan hak istimewa kaum Melayu.

“Mana logik satu kali kongres boleh menyelesaikan masalah selama lamanya. Kenapa cetek pemikiran ahli dewan ‘The Upper House’ ini?” katanya dalam catatan Facebook.



Pada 4 Dis ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Negara, Ti antara lain berkata “Maka sudah tiba masanya kita selamatkan negara dan bangsa Malaysia dan tidak meneruskan dengan perampasan kekayaan negara atas nama agenda Melayu.”

Puad ketika mengulas lanjut, berkata kongres tersebut hanya diadakan masuk kali ketiga dalam tempoh 58 tahun.

Katanya, pada Kongres Ekonomi Bumiputera kali ini ada cadangan wakaf diurus secara profesional untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 11 Sept lalu, mengumumkan suatu Kongres Ekonomi Bumiputera akan diadakan pada Januari, bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera.

Dalam pada itu, Puad mengecam tindakan Ti yang disifatkan “tunjuk berani” selepas merasakan dirinya di hujung perjalanan politik, susulan tewas perebutan jawatan naib presiden MCA.

“Berani dia cakap begitu jika masih timbalan menteri? Itu nada orang kecewa. Dia kalah jawatan naib presiden MCA di pemilihan lepas.

“Apa muslihat dia mempersoal hak orang Melayu untuk maju. Dia mahu dilihat pemimpin Cina yang relevan. MCA rugi kerana meminggirkannya,” katanya.


 
Sponsored Post

Lian Ker, jangan terdesak risau nanti tersedak – Wan Rosdy​

View attachment MG-PAHANG-08092022_08-681x454.webp
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – ”Jangan nampak terlalu terdesak, risau nanti tersedak”.
Itu pesanan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kepada Datuk Seri Ti Lian Ker supaya tidak cuba memercikkan api perkauman dalam melibatkan isu 3R (kaum, agama dan institusi raja).


”Saya meneliti ucapan-ucapan yang disampaikan oleh Senator Datuk Seri Ti Lian Ker akhir-akhir ini macam sengaja cari masalah. Tidak pasti sama ada luka masih berdarah melihat keakraban Kerajaan Perpaduan atau sengaja nak cari nama atau publisiti di hujung nyawa politik beliau.

”Kunci terhadap Malaysia yang lebih berpadu dan harmoni adalah orang Melayu harus kuat dan stabil baik dari sudut politik mahupun ekonomi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Menteri Besar Pahang itu, sejarah telah membuktikan jika agenda Melayu dan kepentingan Melayu terkebelakang maka kestabilan sosiopolitik dan sosioekonomi negara juga turut akan terjejas keseluruhannya.

”Mundur Melayu, mundur jua negara. Jadi, apa masalah kalau ada kongres yang membincangkan soal ekonomi orang Melayu?

”Ini untuk kepentingan nasional dan nikmatnya akan turut dikongsi oleh kaum-kaum lain, seperti yang dinikmati sekarang,” ujarnya.

Paling mustrahak, tegas Wan Rosdy, tidak ada halangan untuk mana-mana kaum pun di bumi Malaysia ini mengadakan kongres seperti itu.

Masyarakat Cina sebagai contoh, mempunyai banyak kongres dan perbincangan yang diadakan melalui pelbagai persatuan dan NGO yang berasaskan ekonomi dan ia tidak langsung dijadikan isu.

”Malah saya sebagai Menteri Besar Pahang juga ada beri sumbangan khas kerajaan negeri kepada persatuan-persatuan ini. Jangan cuba percik api perkauman dalam agenda yang melibatkan 3R,” katanya.

Terdahulu ucapan Lian Ker ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Negara yang meminta kerajaan tidak meneruskan program Kongres Ekonomi Bumiputera sebaliknya menganjurkan kongres ekonomi yang menguntungkan keseluruhan rakyat.

Bekas Naib Presiden MCA itu berkata, sudah tiba masa kongres itu tidak ‘ditunggang bagi meraih keuntungan politik’ atau dijadikan sebagai platform pihak oportunis mengambil kesempatan.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Belia Dan Sukan mengatakan negara masih lagi mengadakan kongres secara bersiri namun gagal mencapai matlamat setelah lebih 50 tahun.



 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register