BTC USD 53,945.2 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persidangan Ulama Sedunia Akan Di Adakan Di Selangor Pada Mei 2024

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,646
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
60,646
Reaction score
6,707
Points
916
Awards
1
18.04.2024 - Liga Muslim Dunia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menganjurkan Persidangan Ulama Sedunia selama dua hari dari 7 hingga 8 Mei di Petaling Jaya, Selangor. Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil berkata acara itu diluluskan oleh Kabinet selepas menerima memorandum daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na'im Mokhtar.

"Kerajaan menyokong penganjuran persidangan itu dengan harapan ia akan menghimpunkan para ulama untuk membincangkan isu-isu semasa melibatkan dunia Islam, termasuk ekstremisme," katanya kepada pihak media hari ini (17 Apri).

Ia merupakan Persidangan Ulama Sedunia yang kedua dianjurkan. Persidangan pertama yang menekankan konsep perpaduan, keadilan dan keharmonian antara para pemimpin dan masyarakat Islam yang membawa mesej untuk menyatukan umat Islam diadakan pada Julai 2022 di Subang Jaya, Selangor dan disertai 20 negara.
1713415223652.png
 
Sponsored Post

200 ulama Nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini​


18 APR 2024

2618546.jpg

Mohd Na'im pada sidang media selepas mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 di Kompleks Islam Putrajaya, pada Khamis. Foto Bernama


PUTRAJAYA – Seramai 200 ulama Nusantara dijangka menghadiri Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, persidangan yang dijadualkan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menjangkakan kehadiran 1,500 peserta pada hari pertama yang berlangsung secara bersemuka.

“Hari kedua pula, akan diadakan persidangan ulama peringkat ASEAN yang akan dirasmikan oleh saya sendiri,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 di sini pada Khamis.

Mohd Na’im berharap persidangan itu diharap dapat menjadi platform kepada golongan agama dan ilmuwan untuk memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat yang aman, sejahtera dan harmoni.

“Kita harapkan agar pemimpin agama akan dapat main peranan untuk mengajak masyarakat ke arah kesatuan dan hidup dalam keadaan aman. Itu asasnya yang kita mahu,” katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Jemaah Menteri telah meluluskan memorandum daripada Mohd Na’im berhubung penganjuran Persidangan Ulama Sedunia.

Persidangan itu yang kali pertama diadakan pada Julai 2022 di Subang Jaya, Selangor merupakan kerjasama antara Muslim World League dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. – Bernaam
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register