BTC USD 98,077.2 Gold USD 2,860.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persidangan meja bulat politik melayu.

Sponsored Post

Aku nk tunjuk hipokrasi semua pihak. Sbb satu pihak dok kata kerajaan saja yg kuat jilat, dulu hoi ya hoi kini berpeluk.

So x ada beza kan, dulu 10 ckp 13 tipu, kini dah semeja.

Dulu dia lah punca Kelantan miskin kini dia dipuja.

Pemahaman politik aku mudah, semua parti politik sama, prinsip akan berubah ikut kepentingan. So x payah nk tuduh parti yg kita benci xder prinsip bila parti yg kita sayang pun sama.
korek gak lah pati waladap tu-kata nk tunjuk hipokrasi semua pihak:ROFLMAO:
 
GewbtfuaYAAm7i-.jpg
 
‘Payung’ penyatuan kaum Melayu perlu diwujudkan -Noh

Payung Melayu
NOH Omar ketika ditemui pemberita selepas menghadiri persidangan tahunan Bersatu Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
KUALA SELANGOR: Semua pimpinan dalam kalangan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mewujudkan ‘payung’ atau sebuah pertubuhan bagi penyatuan orang Melayu di negara ini.

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Noh Omar berkata, pertubuhan itu berfungsi sebagai suara dalam mengetengahkan kepentingan kaum itu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, tiba masanya masyarakat Melayu bersatu dan mengetepikan kepentingan politik demi survival bangsa Melayu pada masa depan.

“Payung itu bukan saja mewakili parti politik malah turut disertai pelbagai NGO dan individu

“Kita kena faham bahawa parti politik berjuang untuk mendapatkan kuasa namun NGO adalah secara sukarela tanpa sebarang kepentingan peribadi,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Tanjong Karang, hari ini.

Jelasnya, perkara itu antara cadangan utama beliau ketika menghadiri Persidangan Meja Bulat Pemimpin Melayu di Putrajaya semalam.

“Pada waktu ini, tiada tempat rujukan sekiranya berlaku perpecahan dalam kalangan parti dan kaum Melayu. Kalau ada ‘bapa’ (pertubuhan Melayu), saya yakin ia dapat diselesaikan di bawah satu payung berkenaan,” ujarnya.

Kata bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, NGO dan parti politik juga pernah menghimpunkan lebih sejuta ummah menentang ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum).

“Kita dapat lihat pada masa itu ramai orang Melayu bangkit sehingga mendapat perhatian antarabangsa.

“Mungkin payung itu nanti juga boleh menghadap Sultan atau Raja-Raja Melayu tanpa mewakili mana-mana parti politik tetapi suara orang Melayu,” jelasnya.

Tambah Noh, ahli politik yang menyertai pertubuhan itu bagaimanapun perlu bebas dan tiada mempunyai sebarang kepentingan politik. – UTUSAN
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register