Persiapan kenduri arwah hangus

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
ALOR SETAR: Selepas kematian suami 44 hari lalu, seorang wanita sekali lagi ditimpa malang apabila rumahnya di Hutan Kampung, di sini hangus dalam kebakaran petang semalam, menyebabkan semua persiapan untuk kenduri arwah suaminya hari ini musnah sama sekali.

Fadzilah Mohd Zahari, 46, berkata beliau hanya sempat menyelamatkan dua almari pakaian arwah suaminya dan sebuah televisyen kerana ia berada hampir dengan pintu keluar rumahnya.

"Semalam saya telah mengambil batu nisan arwah suami dan syukur batu nisan itu ada dalam kereta adik saya. Kalau saya keluarkan batu nisan itu, tentu ia turut terbakar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Fadzilah, seorang peniaga, berkata wang simpanannya berjumlah RM1,200 turut hangus dan beliau menganggarkan jumlah kerugian kira-kira RM80,000.

Beliau berkata, ketika kejadian beliau berada di kedai bersama anak perempuannya manakala anak bongsunya pula tiada di rumah dan dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang jiran.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba Jalan Tun Razak berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.47 petang dan 13 anggota bersama dua jentera mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

CL's

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
takziah kepada keluarga mangsa....diharap bersabar dgn dugaan dan cabaran....
 

atilia

Fun Poster
Joined
Jun 5, 2006
Messages
174
Reaction score
18
Points
15
dugaan datang dan pergi..harap mangsa bersabar dgnn dugaan yg diberi..
 

302

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2009
Messages
10,841
Reaction score
65
Points
125
aduh..sudah jatoh ditimpe tangge pule..harap dpt bersabar..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register