BTC USD 52,540.7 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persefahaman pembahagian kerusi UMNO-Pas (MN) capai 70 peratus

zari83

Active+ Member
Messages
4,357
Joined
Nov 24, 2011
Messages
4,357
Reaction score
1,022
Points
111
Kite tgk PRU15 nanti mcm mane..lebih bagus la dpt bersatu.. kalau xdpt jgk kite tgk masing2 pnye hala tuju.. tu yg kwn ckp td..buat masa skrg pas ada dlm PN..kite tgk sama ada PRU15 nanti pas ke PN ke atau MN..

kalau pas nak kekalkan undi, pas sbg parti kena sokong dua2 sekali, selain dari ahli pas sendiri yg menyokong pas, pas menjadi pilihan org2 yg tak suka umno tp dah tak menyokong PH,

pas dan bersatu dlm satu gabungan tu pun dah jd satu petanda perpecahan PH kerana dua2 parti ni asalnya dari haluan PH..

ramai yg anggap BN akan tumbang jika parti melayu tak bersatu, tp kalau tgk balik keputusan2 pru, BN byk kalah di kawasan majoriti bukan melayu.. kalau tak caya cuba cari kerusi yg berkemungkinan umno vs bersatu vs dap dan dap boleh menang..haha
 
Last edited:
Sponsored Post

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
657
Points
81

Good analysis.. πŸ‘
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,266
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,266
Reaction score
15,432
Points
1,906
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, UMNO telah dikhianati berulang kali oleh PAS.

Bukan sekadar Bersatu, kerjasama dengan PAS juga UMNO tak ingin – Zahid​

13/10/2021

zahid-hamidi-marah.jpeg

KUALA LUMPUR- UMNO nampaknya sudah tawar hati dengan parti-parti gabungan, bukan sahaja dengan Bersatu malah termasuk PAS yang disatukan dalam ikatan Muafakat Nasional (MN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, UMNO telah dikhianati berulang kali oleh PAS.

Pun begitu, beliau memaklmumkan bahawa memandangkan MN tidak pernah didaftarkan maka tidak nampak ada cahaya terang untuk MN direalisasikan seperti mana pilihan raya kecil (PRK) lain yang pernah diadakan.

Dalam program bual bicara itu, ditanya adakah Zahid kecewa dengan MN, ahli Parlimen Bagan Datuk itu menafikannya namun menegaskan bahawa UMNO telah β€œdikhianati berulang kali”.

β€œSaya tidak pernah kecewa sebagai seorang orang ahli politik tetapi kita harus tahu bahawa bila kita berkongsi, terutamanya berkongsi hidup, kita harus saling percaya mempercayai dan kita jangan khianat mengkhianati.

β€œCukuplah kalau pengkhianatan itu dilakukan sekali.

β€œTetapi kalau telah berulang kali, bukan kepada UMNO tetapi kepada pelbagai pihak, saya fikir itu harus dinilai semula,” katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut pengkhianatan yang dimaksudkan.

Hal demikian, menyentuh soal PRN Melaka, Zahid berkata,” biarlah UMNO bertanding dengan panji-panji BN secara solo.

β€œβ€¦Dan Insya Allah rakyat memilih parti yang terbaik,” kata Zahid sebagai panel jemputan dalam program β€˜Jawab, Saya Tanya’ bertajuk β€˜PRU15: Membentuk Atau Membina Arus?’ yang disiarkan secara dalam talian.

Dalam perkembangan lain, di saat Zahid membuat kenyataan yang menunjukkan keengganan parti itu untuk bekerjasama dengan PAS, beberapa pemimpin kanan UMNO dan PAS mengadakan pertemuan semalam.

Pemimpin UMNO yang hadir ialah timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; dan ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

PAS pula diwakili timbalan presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden, Idris Ahmad.

Asyraf turut menyiarkan pertemuan itu di Facebook dengan tanda pagar β€œ#muafakat”.
β€œSama-sama mencari titik-titik persamaan demi memperteguhkan ukhwah,” tulisnya.

Kite tgk la nanti prn mcm mane.. kalau fail maksudnya pru pun akn fail..
 
cik_piz

Fun Poster
Messages
376
Joined
Jan 24, 2011
Messages
376
Reaction score
54
Points
20
Molek lah... umno ni masih byk yg korup... moga PAS kekal istiqomah memperjuangkan Islam
 
WnB

Super Active Member
Messages
9,356
Joined
Dec 30, 2007
Messages
9,356
Reaction score
484
Points
91
PAS harap Umno-Bersatu pertahan penyatuan ummah

October 11, 2021

ARAU: PAS kekal dengan prinsip mempertahankan penyatuan ummah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata Islam menuntut ummatnya supaya bersatu termasuk mempertahankan Muafakat Nasional (MN).

β€œMN boleh dipertahankan sekiranya Umno mempunyai semangat untuk memperkasakan perpaduan selain perlu mengambil sikap bertolak ansur demi penyatuan Melayu Islam di negara ini.

Advertisement

β€œBagaimanapun, PAS menegaskan tidak akan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk bersama Bersatu dan parti-parti lain, selain kekal dengan prinsip mempertahan penyatuan ummah,” katanya ketika dihubungi.

Semalam Ketua Umno Arau Dato’ Seri Shahidan Kassim memberitahu Umno perlu berunding dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) jika mahu mempertahan kemenangan.

Menurutnya bagi mendapatkan kemenangan cemerlang, Umno bukan sahaja perlu berunding untuk PRN Melaka, sebaliknya ketika menghadapi PRU15.

Tuan Guru Hashim berharap kepimpinan Umno dan Bersatu supaya sentiasa mengkaji sedalam-dalamnya untuk mempertahan perpaduan ummah.

β€œSaya selalu mengingatkan, pertembungan tiga penjuru hanya akan menguntungkan pihak lawan yang sememangnya mahu kita berpecah.

β€œJika PN dan Umno ditakdirkan kalah disebabkan pertembungan tiga penjuru, yang rugi kehidupan umat Islam dan Melayu,” katanya.

Beliau turut menegaskan PAS tidak akan membuat sebarang pilihan untuk memilih antara MN atau PN.

Menurutnya pendirian PAS masih mempertahankan penyatuan ummah melalui kerjasama dengan Bersatu dan Umno.

β€œAndai kata kita pilih MN dan tolak PN, PAS sendiri akan menjadi punca perpecahan penyatuan ummah. Begitu juga sebaliknya jika PAS memilih PN dan menolak MN.

β€œNamun jika ditakdirkan juga berlaku pertembungan, PAS mempunyai pertimbangan sendiri,” ujarnya.

Mengulas mengenai kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru, beliau berkata, PAS akan berusaha mengelak pertembungan tiga penjuru membabitkan PN dan Barisan Nasional (BN).

β€œPeluang untuk menang dalam PRN Melaka mungkin agak sukar jika berlaku pertembungan tiga penjuru,” katanya.

Baru-baru ini Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, masih ada ruang untuk mempertahankan MN jika PAS bersedia.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, dalam keadaan sekarang, Umno perlu berdepan dengan realiti semasa meskipun ramai mengharap kerjasama itu terus dipertahankan. – HARAKAHDAILY 11/10/2021

Ayat 2nd last tu boleh membawa maksud Zahid nak salahkan PAS kalau kerjasama MN gagal....
Ayat last tu boleh membawa maksud Zahid sbnrnya dah rasa UMNO kuat dan tak perlukan kerjasama PAS...

Punya laaaa berdegar2 Zahid hentam PAS.. last2 nak salahkan PAS kalau tak sokong UMNO... :D
Menolong Zahid ni ibarat mcm melepaskan *** tersepit..
 
logammaut

Legendary Member
Messages
11,144
Joined
Dec 12, 2009
Messages
11,144
Reaction score
1,246
Points
201
Ayat 2nd last tu boleh membawa maksud Zahid nak salahkan PAS kalau kerjasama MN gagal....
Ayat last tu boleh membawa maksud Zahid sbnrnya dah rasa UMNO kuat dan tak perlukan kerjasama PAS...

Punya laaaa berdegar2 Zahid hentam PAS.. last2 nak salahkan PAS kalau tak sokong UMNO... :D
Menolong Zahid ni ibarat mcm melepaskan *** tersepit..
Typical UMNO. Parti paling jahat dlm dunia πŸ˜‚
 
akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,399
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,399
Reaction score
2,966
Points
201
Politik Melaka: 'Biarlah UMNO bertanding dengan panji BN secara solo' - Ahmad Zahid

MELAKA: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi gambaran kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) berkemungkinan tidak dapat direalisasikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya ia diadakan kelak.

Perkara itu dimaklumkannya dalam sebuah program bual bicara bertajuk 'Jawab, Saya Tanya' bertajuk 'PRU15: Membentuk Atau Membina Arus?' pada Selasa malam.

"Oleh kerana MN ini tidak pernah didaftarkan, maka saya tidak nampak ada cahaya terang untuk MN itu direalisasikan sebagaimana pilihan raya kecil yang pernah diadakan.

"Biarlah UMNO bertanding dengan panji-panji Barisan Nasional (BN) secara solo, dan InsyaAllah rakyat memilih parti yang terbaik," kata Ahmad Zahid.

Tambah Ahmad Zahid, sebagai ahli politik, beliau tidak pernah kecewa meskipun dikhianati.

"Saya tidak pernah kecewa sebagai seorang orang ahli politik tetapi kita harus tahu bahawa bila kita berkongsi, terutamanya berkongsi hidup, kita harus saling percaya mempercayai dan kita jangan khianat mengkhianati.

"Cukuplah kalau pengkhianatan itu dilakukan sekali. Tetapi kalau telah berulang kali, bukan kepada UMNO tetapi kepada pelbagai pihak.

"Saya fikir itu harus dinilai semula," katanya lagi.

Mengulas lanjut berhubung kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jelas Presiden UMNO itu beliau menghormati keputusan dan ketetapan dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

"Ketetapan telah dibuat dan saya sebagai Presiden menghormati bahawa di dalam PRU-15 nanti kita tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.

"Saya fikir itulah kehendak di kalangan ahli-ahli UMNO dan kepimpinan UMNO di seluruh negeri Melaka.

"Saya harap mereka yang mendengar apa yang saya nyatakan ini, adalah ekoran daripada suara hati dan suara hati politik mereka," katanya lagi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sebelum ini dibubarkan kerana Kerajaan Negeri Melaka hilang majoriti dan berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, PRN perlu dilaksanakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu.

Ia susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) - Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
 
yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
657
Points
81
Kdg2 nk jgk tgk performance UMNO secara solo kt Melaka nanti..
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Latest Threads General Chat

Top
Log in Register