BTC USD 50,990.2 Gold USD 1,779.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persefahaman pembahagian kerusi UMNO-Pas (MN) capai 70 peratus

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906
Penyatuan antara Pas dan UMNO dalam gagasan Muafakat Nasional (MN) bukan kerja mudah selepas puluhan tahun kedua-dua parti berkenaan hidup berbalah.
https://www.utusan.com.my/.../penyatuan-pas-umno-dalam.../

Penyatuan Pas-UMNO dalam MN bukan mudah – Ahmad Samsuri​

AHMAD-SAMSURI-MOKHTAR-re.jpeg


AHMAD SAMSURI MOKHTAR

  • 15 September 2021, 6:18 pm


KUALA TERENGGANU: Penyatuan antara Pas dan UMNO dalam gagasan Muafakat Nasional (MN) bukan kerja mudah selepas puluhan tahun kedua-dua parti berkenaan hidup berbalah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keadaan itu tentunya menyebabkan proses mendekatkan dan menyejukkan hubungan dalam kalangan kepemimpinan mahu pun akar umbi mengambil masa.

Bagaimanapun, beliau optimis sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing, pastinya rakyat akan dapat menikmati hasil penyatuan yang digerakkan itu.

“Semalam merupakan ulang tahun kedua Piagam MN yang menjadi pencetus penyatuan umat Islam dan orang Melayu, walaupun baharu dua tahun, tetapi usaha merapatkan Pas-UMNO tetap digerakkan seinci demi seinci.

“Dalam usaha ini pasti banyak yang perlu dipertimbangkan dan menyentuh sedikit-sebanyak kepentingan, namun sebarang perbezaan dan salah faham wajarlah diuruskan dan diluruskan di meja perundingan serta perbincangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, penyatuan antara Pas-UMNO merupakan sesuatu yang dikehendaki oleh rakyat terutama mereka yang sudah bosan dengan politik konfrontasi dan perlawanan.

“Rakyat mahukan politik yang matang dan memberikan kesejahteraan buat mereka.

“Suasana yang ada pada hari ini membawa kita untuk menerima kerjasama politik dan ia merupakan pendekatan yang terbaik setakat ini bagi menjamin kestabilan politik di peringkat negeri dan negara terutama membabitkan parti-parti Melayu-Islam,” katanya. – UTUSAN


penyatuan-pas-umno-dalam-mn-bukan-mudah-ahmad-samsuri
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,623
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,623
Reaction score
15,454
Points
1,906

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
660
Points
81

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

36m ·

Petang ini bersama Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan dan Setiausaha Agong BN Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir minum petang dengan Timbalan Presiden PAS Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man dan Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad
Sama-sama mencari titik-titik persamaan demi memperteguhkan ukhuwwah.
#muafakat

1634040540815.png
Pas jd rebutan.. hehe.. UMNO nk Pas..Bersatu nk Pas.. kite tgk PRU15 nanti Pas dgn siape..
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
660
Points
81
pas dah tentu bersama dgn kedua2nya..
Kalau dpt satu kn mmg bagus.. xpecah undi.. cuma mslh utama UMNO xkn mengalah kalau jawatan PM bkn kt dia..
 

zari83

Active+ Member
Messages
4,360
Joined
Nov 24, 2011
Messages
4,360
Reaction score
1,022
Points
111
Kalau dpt satu kn mmg bagus.. xpecah undi.. cuma mslh utama UMNO xkn mengalah kalau jawatan PM bkn kt dia..

taknak pecah undi kembali la pada parti asal.. amanah masuk balik pas, bersatu masuk blk umno.. asal ada masalah/ gaduh/ tak puas hati je lompat buat parti baru.. lepas tu sembang melayu berpecah.. nak selesaikan masalah umno nak jd PM ni senang je, parti2 yg ada tu mengalah dan bg PM pada umno.. selesai masalah.. nak rebut2 jd PM pun nak buat apa, org kata mengalah tak semestinya kalah.. malah yg mengalah tu nanti akan lebih dihormati..
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,540
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,540
Reaction score
2,978
Points
201
PAS harap Umno-Bersatu pertahan penyatuan ummah

October 11, 2021

ARAU: PAS kekal dengan prinsip mempertahankan penyatuan ummah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata Islam menuntut ummatnya supaya bersatu termasuk mempertahankan Muafakat Nasional (MN).

“MN boleh dipertahankan sekiranya Umno mempunyai semangat untuk memperkasakan perpaduan selain perlu mengambil sikap bertolak ansur demi penyatuan Melayu Islam di negara ini.

Advertisement

“Bagaimanapun, PAS menegaskan tidak akan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk bersama Bersatu dan parti-parti lain, selain kekal dengan prinsip mempertahan penyatuan ummah,” katanya ketika dihubungi.

Semalam Ketua Umno Arau Dato’ Seri Shahidan Kassim memberitahu Umno perlu berunding dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) jika mahu mempertahan kemenangan.

Menurutnya bagi mendapatkan kemenangan cemerlang, Umno bukan sahaja perlu berunding untuk PRN Melaka, sebaliknya ketika menghadapi PRU15.

Tuan Guru Hashim berharap kepimpinan Umno dan Bersatu supaya sentiasa mengkaji sedalam-dalamnya untuk mempertahan perpaduan ummah.

“Saya selalu mengingatkan, pertembungan tiga penjuru hanya akan menguntungkan pihak lawan yang sememangnya mahu kita berpecah.

“Jika PN dan Umno ditakdirkan kalah disebabkan pertembungan tiga penjuru, yang rugi kehidupan umat Islam dan Melayu,” katanya.

Beliau turut menegaskan PAS tidak akan membuat sebarang pilihan untuk memilih antara MN atau PN.

Menurutnya pendirian PAS masih mempertahankan penyatuan ummah melalui kerjasama dengan Bersatu dan Umno.

“Andai kata kita pilih MN dan tolak PN, PAS sendiri akan menjadi punca perpecahan penyatuan ummah. Begitu juga sebaliknya jika PAS memilih PN dan menolak MN.

“Namun jika ditakdirkan juga berlaku pertembungan, PAS mempunyai pertimbangan sendiri,” ujarnya.

Mengulas mengenai kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru, beliau berkata, PAS akan berusaha mengelak pertembungan tiga penjuru membabitkan PN dan Barisan Nasional (BN).

“Peluang untuk menang dalam PRN Melaka mungkin agak sukar jika berlaku pertembungan tiga penjuru,” katanya.

Baru-baru ini Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, masih ada ruang untuk mempertahankan MN jika PAS bersedia.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, dalam keadaan sekarang, Umno perlu berdepan dengan realiti semasa meskipun ramai mengharap kerjasama itu terus dipertahankan. – HARAKAHDAILY 11/10/2021
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
660
Points
81
taknak pecah undi kembali la pada parti asal.. amanah masuk balik pas, bersatu masuk blk umno.. asal ada masalah/ gaduh/ tak puas hati je lompat buat parti baru.. lepas tu sembang melayu berpecah.. nak selesaikan masalah umno nak jd PM ni senang je, parti2 yg ada tu mengalah dan bg PM pada umno.. selesai masalah.. nak rebut2 jd PM pun nak buat apa, org kata mengalah tak semestinya kalah.. malah yg mengalah tu nanti akan lebih dihormati..
Ini yg diaorg xbole terima.. masing2 ade ego.. dlm politik kalau mengalah org xkn hormat.. dan kite dah tau nk masuk parti lama mmg susah..paling kurang mudarat ialah bentuk 1 gabungan mcm MN, PN, BN.. tp benda ni pun diaorg susah nk setel..
 

zari83

Active+ Member
Messages
4,360
Joined
Nov 24, 2011
Messages
4,360
Reaction score
1,022
Points
111
Ini yg diaorg xbole terima.. masing2 ade ego.. dlm politik kalau mengalah org xkn hormat.. dan kite dah tau nk masuk parti lama mmg susah..paling kurang mudarat ialah bentuk 1 gabungan mcm MN, PN, BN.. tp benda ni pun diaorg susah nk setel..

kalau semua ada ego dan tak mau mengalah, takda isu pun samada umno pas bersatu pkr amanah taknak mengalah nk jd PM, best parti win.. rakyat dah merasa semua parti jd kerajaan, pandai2 la rakyat pilih nanti.. yg berpecah tu parti je, rakyat mcm kita ni takda apa pun..

pas dan bersatu asalnya bukan gabungan BN pun, kedua2nya haluan PH, kalau dah mmg tak suka BN, kempen la pas dan bersatu masuk balik PH.. kembali ke haluan asal menentang BN..
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
660
Points
81
kalau semua ada ego dan tak mau mengalah, takda isu pun samada umno pas bersatu pkr amanah taknak mengalah nk jd PM, best parti win.. rakyat dah merasa semua parti jd kerajaan, pandai2 la rakyat pilih nanti.. yg berpecah tu parti je, rakyat mcm kita ni takda apa pun..

pas dan bersatu asalnya bukan gabungan BN pun, kedua2nya haluan PH, kalau dah mmg tak suka BN, kempen la pas dan bersatu masuk balik PH.. kembali ke haluan asal menentang BN..
Kite tgk PRU15 nanti mcm mane..lebih bagus la dpt bersatu.. kalau xdpt jgk kite tgk masing2 pnye hala tuju.. tu yg kwn ckp td..buat masa skrg pas ada dlm PN..kite tgk sama ada PRU15 nanti pas ke PN ke atau MN..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register