Persediaan Perang Terbesar DI LAUT CHINA SELATAN

CG Sponsors




Apakah ada potensi perang di Laut China Selatan


  • Total voters
    44

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,882
Reaction score
1,950
Points
191
Penulis : Abdul Muein Abadi

Rujukan : Facebook beliau.

Screenshot_2020-07-03-11-28-01-642_pure.lite.browser.jpg


Info dicopy direct dari fb, tak sempat aku nk cari source² rujukkan. Layan dulu untuk bacaan santai.

KITA DAN PERSEDIAAN PERANG TERBESAR DI LAUT CHINA SELATAN

1. Sepanjang kajian saya sejak lebih 10 tahun lalu, persediaan Amerika untuk berperang dengan China di sempadan negara kita tidak pernah sehebat persediaan mereka pada bulan Jun 2020 baru-baru ini, iaitu sebulan selepas berlakunya pertembungan antara kedua-dua kuasa ini di perairan kita dalam kes operasi West Capella yang dikontrak Petronas.

2. Memang Tentera Laut Amerika sentiasa mengekalkan kehadiran armada mereka di rantau kita ini sejak 75 tahun lalu lagi, namun intensiti operasi terkini mereka pada hujung bulan Jun cukup luar biasa: dua operasi 'Dual Carrier Strike Groups' dilakukan dengan kombinasi tiga kumpulan kapal induk pegangkut pesawat!

3. Indikator yang Paling ketara dalam kajian saya ialah sela masa antara operasi gabungan (Dual-Carrier Strike Group operations) antara dua kumpulan Angkatan Carrier Strike AS yang semakin meningkat.

4. Sebagai rekod perbandingan, pada tahun 2001 Angkatan Carrier Strike Group Constellation dan Carl Vinson beroperasi bersama-sama di Laut China Selatan. Operasi sebegini hanya diulangi lapan tahun kemudian iaitu pada 2009 apabila Angkatan Carrier Strike Group George Washington dan Nimitz 2 beroperasi di Pasifik Barat.

5. Sela masa sembilan tahun ini kemudiannya berkurang kepada lima tahun iaitu apabila Angkatan Carrier Strike Group George Washington dan Carl Vinson beroperasi di kedua-dua Laut China Selatan serta Laut China Timur pada September 2014.

6. Begitu juga apabila empat tahun kemudian, iaitu pada November 2018 apabila Angkatan Carrier Strike Group Ronald Reagan dan John C. Stennis melaksanakan operasi gabungan di Laut Filipina Barat.

7. Namun begitu, pada bulan Jun 2020 ini sahaja dua operasi sedemikian telah dilaksanakan dalam tempoh hanya seminggu.

8. Terkini, hanya dua tahun selepas kali terakhir operasi gabungan dilaksanakan, operasi berkembar dua Angkatan Carrier Strike Group Amerika Syarikat kembali di Laut Filipina Barat apabila bukan dua, tetapi tiga Angkatan Carrier Strike Group AS melakukan dua kombinasi latihan berkembar.

9. Kedua-dua operasi berkembar ini melibatkan gabungan USS Theodore Roosevelt (CVN 71) dan USS Nimitz (CVN 68) pada 21 Jun 2020 dan diikuti gabungan Angkatan Nimitz dan Ronald Reagan pada 28 Jun 2020.

10. Angkatan Nimitz Carrier Strike Group terdiri daripada kapal pengangkut pesawat USS Nimitz (CVN 68), Carrier Air Wing (CVW) 17, kruiser peluru berpandu USS Princeton (CG 59), pemusnah berpeluru berpandu USS Sterett (DDG 104), dan USS Ralph Johnson (DDG 114). 11. Angkatan Theodore Roosevelt pula terdiri daripada USS Theodore Roosevelt (CVN 71), kruiser berpeluru berpandu USS Bunker Hill (CG 53) dan kapal pemusnah berpeluru berpandu daripada Destroyer Squadron (DESRON) 23, USS Russell (DDG 59), USS Rafaela Peralta (DDG 115), serta Carrier Air Wing (CVW)

11.

12. Angkatan Ronald Reagan Carrier Strike Group pula terdiri daripada kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan (CVN 76), Carrier Air Wing (CVW) 5, kruiser berpeluru berpandu USS Antietam (CG 54), serta kapal pemusnah berpeluru berpandu USS Mustin (DDG 89).

13. Angkatan Ronald Reagan Carrier Strike Group ini dikerahkan di pangkalan hadapan Yokosuka, Jepun dan seringkali melaksanakan rutin operasi pengamanan dan keselamatan di Indo-Pasifik.

14. Kebiasaannya, operasi pemusnah berkembar Tentera Laut AS di Laut China Selatan ini dilaksanakan apabila Carrier Strike Group Armada Ketujuh dari Pantai Barat Amerika digabungkan bersama Carrier Strike Group Armada Ketujuh dari pangkalan hadapan Yokosuka, Jepun.

15. Faktor kritikal yang mendorong operasi besar-besaran Tentera Laut AS pada Jun 2020 ini ialah hakikat bahawa China baru sahaja menguji persenjataan dan operasi kapal pengangkut pesawat kedua mereka pada Mei lalu iaitu Shandong (Type 001A).

16. Dalam ujian tersebut, Shandong berjaya melancar dan menerima pendaratan pesawat pejuang Shenyang J-15. Pencapaian ini mengukuhkan motivasi Beijing yang sedang mengenakan tekanan ke atas Hong Kong dan Taiwan serta Filipina, Vietnam, dan Malaysia di Laut China Selatan.

17. Maka tidak hairanlah apabila Tentera Laut AS berulang kali menegaskan bahawa operasi mereka di Indo-Pasifik saat ini adalah bagi melindungi negara-negara sekutu mereka daripada ancaman ke atas kedaulatan mereka.

18. Mesej AS jelas; China mungkin boleh berbangga dengan dua kapal pengangkut pesawat Liaoning dan Shandong mereka, tetapi AS memiliki kombinasi kembar pemusnah Angkatan Armada Ketujuh Pasifik yang boleh dikerah dalam tempoh seminggu sahaja di Laut China Selatan.

19. Kita di Malaysia wajib mengikuti rapat percaturan kedua-dua Amerika dan China di Laut China Selatan pasca COVID-19 ini. Pencerobohan kapal China yang mengganggu operasi West Capella-Petronas hanyalah sebahagian kecil daripada rencana besar 'grand strategy' Beijing manakala tindakan 'balancing' daripada Amerika (dan Australia) pasti akan mengimpak kita jua. Dalam masa yang sama, ASEAN juga bermasalah kerana ada beberapa negara menjadi 'tali barut' China seperti Laos dan Kemboja, manakala Filipina cuba menuntut Sabah daripada kita, sedang Vietnam turut mula mencabar hak di Pentas Benua kita. Benar, kita sekarang mungkin selesa dengan Five Power Defence Arrangements (FPDA) bersama-sama Australia, United Kingdom, New Zealand, dan Singapura, tetapi berdasarkan sikap agresif China yang semakin menjadi-jadi, mungkinkah konfigurasi 'military alliance' yang baru perlu dipertimbangkan? Mungkin penggabungan tidak formal antara FPDA dengan Quadrilateral (Amerika, Australia, Jepun, dan India)?

"Kannu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" (Surah Al-Baqarah, ayat 216).

Oleh: Abdul Muein Abadi Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden Universitv, Belanda
 
Last edited:
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,882
Reaction score
1,950
Points
191
Screenshot_2020-07-02-18-18-55-989_pure.lite.browser.jpg


China nak rebut minyak di perairan laut china selatan.

Seperti kita tahu, dimana ada minyak.. Disitu la tempat kuasa besar dunia akan datang membuat onar..

Screenshot_2020-07-02-18-29-42-036_pure.lite.browser.jpg


Boleh difahamkan juga bahawa, aset stratergik milik kita mungkin akan dirampas dgn kenakan bebanan hutang kpd kita..

Itu teknik china.. Dalam memonolopy sebuah negara..

Mujur Bn kalah pru lepas.. Antara hikmah nya.. Projek² cina semua ditangguhkan.. :censored:
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,882
Reaction score
1,950
Points
191
U.S. Navy ‘Dual Carrier Operations’ Send Message to China, Allies
In rare move, twice this month two U.S. aircraft carriers operated together in Philippine Sea.
thediplomat_2016-07-12_18-25-10.jpg

By Steven Stashwick
June 30, 2020
thediplomat-2020-06-29-1.jpeg

Credit: U.S. Navy photo by Mass Communication Specialist 2nd Class Samantha Jetzer/ReleasedADVERTISEMENT

The U.S. Navy announced that the USS Ronald Reagan and USS Nimitz strike groups are operating together in the Philippine Sea. This is second time two carriers have worked together in the region in as many weeks as the U.S. Navy seeks to reestablish a credible presence in the region and counterbalance China’s navy.

Last week the Nimitz strike group also conducted dual carrier operations in the Philippine Sea with the USS Theodore Roosevelt strike group after the latter went back to sea after spending two months in Guam to contain a coronavirus outbreak onboard.

The Philippine Sea is strategically located in the region as it provides access to both the Taiwan Strait and the South China Sea. China has stepped up its military intimidation of Taiwan in recent months with increased incursions near the median line between Taiwan and mainland China, drills and maritime presence, and overflights of contested airspace.

According to the admiral in charge of the Nimitz strike group, “dual carrier operations demonstrate our commitment to regional allies, our ability to rapidly mass combat power in the Indo-Pacific, and our readiness to confront all those who challenge international norms that support regional stability.”

Each U.S. aircraft carrier carries more than 5,000 sailors and over 60 jets and helicopters. Together, they can coordinate potent, 24-hour flight operations. The U.S. Navy says the dual carrier operations support “air defense drills, sea surveillance, replenishments at sea, defensive air combat training, long range strikes, coordinated maneuvers and other exercises.”

Source : https://thediplomat.com/2020/06/u-s-navy-dual-carrier-operations-send-message-to-china-allies/
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,882
Reaction score
1,950
Points
191
Why China Is Sure to Match US Aircraft Carriers in Disputed Asian Sea

2020-03-26T150021Z_694128065_RC2RRF92QUE3_RTRMADP_3_HEALTH-CORONAVIRUS-USA-NAVY.jpg


U.S. Navy ships from the Theodore Roosevelt Carrier Strike Group, the America Expeditionary Strike Group, and the U.S. 7th Fleet command ship, USS Blue Ridge, transit the Philippine Sea, March 24, 2020.

 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,882
Reaction score
1,950
Points
191
Layan video pulak.. Bosan baca news.. :cool:

 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,882
Reaction score
1,950
Points
191
632020112249.png


Pentagon critises Chinese Miltary Drills In disputed South China Sea
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
10,882
Reaction score
1,950
Points
191
China: its name is China Sea, not American sea you idiot
Us dia memang x ambil port sangat pasal laut china selatan ni..

Tp dia kan abang kawasan.. Tak boleh tengok sahaja.. Kena dtng melawat sama.. :cool:

Btw laut china selatan nih.. Asal nya bukan laut china..


Screenshot_2020-07-03-12-02-50-931_pure.jpg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register