BTC USD 49,082.8 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persediaan hadapi Sukan SEA 2011

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR - Walaupun Sukan SEA di Laos baru sahaja berakhir tiga hari lepas, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengadakan persiapan awal bagi menghadapi edisi seterusnya di Indonesia pada 2011.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu perlu kerana temasya sukan dwi-tahunan itu akan dilangsungkan pada bulan Jun iaitu kira-kira 18 bulan dari sekarang.

"Malah kita perlu mengatur terutama dari segi koordinasi pegawai dan sebagainya dari sekarang kerana ia akan melibatkan empat tempat (daerah).

”Negara yang mempunyai kira-kira 222 juta rakyat itu dilaporkan akan menganjurkan sukan dwitahunan itu di Jakarta, Surabaya, Bandung dan Semarang,”katanya.

Mesyuarat itu juga telah bersetuju untuk menggunakan beberapa pendekatan berbeza pada masa depan terutamanya kesungguhan negara lain mendapat ranking (kedudukan) yang lebih tinggi di Sukan SEA. –Bernama
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
kuat kan stamina tu ahli sukan ooii..jgn nanti semput plak..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register