TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 401,829
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 401,829
- Reaction score
- 27,637
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
GEORGE TOWN, 23 Okt - Persatuan PKS Seberang Perai akan mengadakan Ekspo Francais dan Pelesenan Pulau Pinang pada 22 dan 23 Nov, 2014 di Spice Convention Centre.
Presidennya Francis Wong berkata kumpulan berkenaan berharap ekspo itu dapat meningkatkan kesedaran mengenai francais dan faedahnya.
"Kami berharap ekspo ini akan dapat menyediakan platform padanan bagi francaisor untuk mendapatkan bakal pemegang francais mereka," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Beliau berkata ini merupakan masa terbaik bagi syarikat-syarikat francais menampilkan produk mereka.
Sehingga kini, lima francaisor mengesahkan penyertaan mereka, katanya.
Wong berkata acara itu juga akan menyediakan peluang perangkaian bagi peserta industri terutamanya syarikat-syarikat yang berhasrat mempelbagikan perniagaan mereka.
"Ini merupakan kali pertama kami menganjurkan acara sebegini dan berharap dapat menarik lebih 20,000 orang semasa acara itu yang akan berlangsung mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang," katanya.