• Forum search currently under maintenance...

Persatuan Kadazandusun Murut Mahu BI Untuk Matematik & Sains

Recommended Brokers

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,190
Reaction score
2,102
Points
226
2305.2019 - Kuching, Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mengesyorkan agar kerajaan Sabah mengikut jejak langkah Sarawak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains.

Naib Presiden Pekadin Simon Malubi berkata langkah itu penting bagi memperkasa pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju, sekali gus dapat bersaing dalam era globalisasi.

Beliau berkata tidak dinafikan sains dan matematik merupakan bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.

Selain itu, katanya bahasa Inggeris merupakan bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang itu.

“Apa yang jelas ialah maklumat mengenai inovasi dan penemuan baharu bidang matematik dan sains banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

“Oleh itu, Pekadin berpendapat adalah wajar kerajaan Sabah menimbang untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran matematik dan sains demi kebaikan semua,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Simon menyifatkan keputusan kerajaan Sarawak menggunakan bahasa Inggeris dalam dua mata pelajaran itu sebagai tepat pada masanya dan wajar disokong oleh rakyat termasuk di Sabah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Pada 5 Mei lepas, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata Sarawak akan melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains mulai 1 Januari tahun depan.

Michael berkata usaha itu akan dimulakan dengan darjah satu, sebelum beralih ke sekolah menengah.

Simon yakin pimpinan kerajaan Sabah yang berpandangan jauh, terutama Kementerian Pelajaran Dan Inovasi, akan melakukan sesuatu ke arah merealisasikan reformasi dalam bidang pendidikan di negeri ini.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/477057
 
Sarawak Guna Bahasa Inggeris Untuk Matematik & Sains Tahun Depan

30.05.2019 - Kuching, Sarawak akan mula menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar untuk pembelajaran Matematik dan Sains, Januari tahun hadapan.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Seri Michael Manyin berkata, buat permulaan, pelaksanaannya adalah bagi pelajar tahun satu, menjadikan Sarawak negeri pertama di Malaysia melaksanakannya.

“Sejumlah 1,265 buah sekolah di seluruh negeri akan mula menggunakan Bahasa Inggeris untuk Matematik dan sejumlah 2,657 guru perlu dilatih sebelum tahun hadapan.

“Program ini yang hampir serupa dengan program Program Dwi-Bahasa (DLP) yang pernah dilakukan sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Manyin berkata, idea memperkenalkan program ini dibuat, bagi membolehkan kanak-kanak akan dapat bersaing di seluruh dunia.

“Saya percaya, kebanyakan ibu bapa akan menyokong program ini, bagi menjadikan anak-anak mereka lebih kompetitif.

“Bila kita gunakan Bahasa Inggeris untuk mengajar Matematik dan Sains, jumlah kelas dalam jadual akan bertambah kepada 16 seminggu. Di sekolah rendah, saya rasa ramai pelajar akan lebih yakin untuk bercakap dan menyuarakan pandangan dalam bahasa Inggeris,” katanya lagi.

Selepas hari raya Manyin berkata, kementeriannya akan mengadakan dialog bersama ibu bapa yang masih ragu-ragu dengan pelaksanaan program ini.

“Ini akan menjelaskan tujuan dan objektif program ini secara terperinci, supaya ibu bapa akan memahaminya,” katanya.

Sehingga kini katanya, hanya sekolah Cina yang tidak akan menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dua mata pelajaran tersebut dan akan mengekalkan penggunaan bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar. Kementerian ini menghormati keputusan dan mereka mempunyai hak untuk memilih.

Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/05/29/sarawak-guna-bahasa-inggeris-untuk-matematik-dan-sains-tahun-depan/

Sponsored Post

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
18,034
Reaction score
1,062
Points
191
aku geram betul yg dok minta BI ni...sekarang keperluan negara ialah Mandarin...baca betul betul..Mannnnn daaaaa rinnnnnnn...

Hak ni pun tak faham ka?
 
Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
3,766
Reaction score
956
Points
71
aku geram betul yg dok minta BI ni...sekarang keperluan negara ialah Mandarin...baca betul betul..Mannnnn daaaaa rinnnnnnn...

Hak ni pun tak faham ka?
Rilek bos
Sabar bos
Ok ok work is in progress okay.

Small issue
Can move on
 
lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,185
Reaction score
237
Points
73
Belajar la apa pun janji jgn lupa asal usul
 
Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,190
Reaction score
2,102
Points
226
Sarawak Guna Bahasa Inggeris Untuk Matematik & Sains Tahun Depan

30.05.2019 - Kuching, Sarawak akan mula menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar untuk pembelajaran Matematik dan Sains, Januari tahun hadapan.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Seri Michael Manyin berkata, buat permulaan, pelaksanaannya adalah bagi pelajar tahun satu, menjadikan Sarawak negeri pertama di Malaysia melaksanakannya.

“Sejumlah 1,265 buah sekolah di seluruh negeri akan mula menggunakan Bahasa Inggeris untuk Matematik dan sejumlah 2,657 guru perlu dilatih sebelum tahun hadapan.

“Program ini yang hampir serupa dengan program Program Dwi-Bahasa (DLP) yang pernah dilakukan sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Manyin berkata, idea memperkenalkan program ini dibuat, bagi membolehkan kanak-kanak akan dapat bersaing di seluruh dunia.

“Saya percaya, kebanyakan ibu bapa akan menyokong program ini, bagi menjadikan anak-anak mereka lebih kompetitif.

“Bila kita gunakan Bahasa Inggeris untuk mengajar Matematik dan Sains, jumlah kelas dalam jadual akan bertambah kepada 16 seminggu. Di sekolah rendah, saya rasa ramai pelajar akan lebih yakin untuk bercakap dan menyuarakan pandangan dalam bahasa Inggeris,” katanya lagi.

Selepas hari raya Manyin berkata, kementeriannya akan mengadakan dialog bersama ibu bapa yang masih ragu-ragu dengan pelaksanaan program ini.

“Ini akan menjelaskan tujuan dan objektif program ini secara terperinci, supaya ibu bapa akan memahaminya,” katanya.

Sehingga kini katanya, hanya sekolah Cina yang tidak akan menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dua mata pelajaran tersebut dan akan mengekalkan penggunaan bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar. Kementerian ini menghormati keputusan dan mereka mempunyai hak untuk memilih.

Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/05/29/sarawak-guna-bahasa-inggeris-untuk-matematik-dan-sains-tahun-depan/
 
BenVentures

Super Active Member
Joined
May 10, 2018
Messages
9,245
Reaction score
550
Points
111

Forget BM, English and Mandarin are our language
 
PRC

Banned
Joined
May 23, 2019
Messages
247
Reaction score
19
Points
15
Elok pun ajar in english subject math n science
 
Sponsored Post
Top
Log in Register