BTC USD 76,372.9 Gold USD 2,698.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perompak Sempat Tenung CCTV Sebelum 'Rembat' Gelang Emas Pusaka

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,748
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,748
Reaction score
6,956
Points
916
Awards
1
26.08.2024 - Seorang wanita kehilangan gelang emas pusaka pemberian arwah suami selepas rumahnya dimasuki pencuri pada Sabtu lalu. Kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kediaman yang terletak di sebuah kawasan perumahan dekat Taman Melati, Kuala Lumpur. Rakaman video tersebut turut dikongsikan menerusi ciapan di laman X (Twitter) pada Isnin, oleh pengendali akaun dengan nama @Mhdnjmii, yang juga dipercayai anak saudara mangsa. Difahamkan, selain gelang emas, ibu saudaranya juga kehilangan wang ringgit berjumlah RM100 dan ubat-ubatan.

"Hati-hati ya, kawasan Taman Melati ada pencuri masuk rumah orang," ciapnya.

Klip berdurasi seminit 48 saat itu menunjukkan suspek, seorang lelaki memakai jaket hoodie dan berseluar pendek sempat menghisap sebatang rokok sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Lelaki yang dipercayai bersendirian itu juga dilihat beberapa kali memandang ke arah CCTV rumah berkenaan sebelum memutuskan untuk masuk ke dalam. Rakaman kedua pula menunjukkan suspek berlari keluar dari rumah mangsa dalam keadaan tergesa-gesa. Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa.​

1724649235902.png
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register