Peroleh RM405,599 jual bingkai iPhone putih

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Peroleh RM405,599 jual bingkai iPhone putih


LAMAN web Fei Lam yang menjual bingkai iPhone 4 berwarna putih.​

NEW YORK – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun, Fei Lam berjaya memperoleh sebanyak AS$130,000 (RM405,599) dengan hanya menjual bingkai telefon pintar iPhone 4 berwarna putih yang dibelinya daripada pembekal di China, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejak Apple mengumumkan ia akan memperkenalkan iPhone 4 berwarna putih, bingkai gajet itu kini menjadi rebutan di seluruh dunia.

Ramai pengguna mahu membeli bingkai itu bagi menukar telefon iPhone 4 yang berwarna hitam kepada yang berwarna putih.

Remaja dari New York itu menjual bingkai telefon tersebut pada harga AS$279 (RM870) sebuah di laman webnya, whiteiphonefournow.com.

Lam yang fasih berbahasa Cina dikatakan berjaya berhubung dengan pembekal Apple di China, Foxconn, untuk mendapatkan bingkai itu.

Melalui rakan-rakannya di China, Lam membeli bingkai iPhone berwarna putih itu secara terus dari kilang sebelum menjualnya kepada pengguna iPhone yang mahu menaik taraf telefon masing-masing.

“Saya kenal seorang lelaki sejak beberapa tahun lalu yang mempunyai hubungan dengan individu di Foxconn.

“Saya berasa sangat bersyukur kerana sudah berbulan-bulan saya mencari idea untuk memulakan perniagaan dan membayar yuran pengajian,” kata Lam kepada akhbar New York Observer.

Publisiti daripada beberapa laman web teknologi terkenal seperti TechCrunch dan CNET membuatkan jualannya meningkat mendadak.

Namun, Lam berkata, seorang penyiasat persendirian telah menghubunginya bagi meminta dia tidak menjual bingkai telefon pintar itu.

Dia percaya, penyiasat itu bekerja untuk syarikat Apple yang akan mengeluarkan iPhone 4 berwarna putih.

Pada bulan lalu, pengeluar iPhone 4, Apple Inc. mengumumkan ia sekali lagi akan menangguhkan pengeluaran iPhone 4 berwarna putih sehingga tahun depan.

Sehingga kini, Apple tidak pernah menyatakan punca sebenar kenapa iPhone 4 berwarna putih begitu sukar untuk dihasilkan. – Agensi
 
Sponsored Post

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
kaya kaya.
 

sokia

Legendary Member
Joined
Dec 18, 2007
Messages
16,256
Reaction score
5
Points
115
hbt budak ni... aku tabik
 

adil2604

Super Active Member
Joined
Jun 13, 2008
Messages
7,146
Reaction score
153
Points
73
dkt lowyat dpt jual pun dh kaya....huhuhuhu
 

thetrader

Active+ Member
Joined
Aug 9, 2008
Messages
3,002
Reaction score
2
Points
25
ni salah satu orang yang pandai rebut peluang....
 

-RIZUAN-

CG Top Poster Club
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
639
Points
161
ni bukan hebat...ni dah nak start mencemar reputasi brg2 asli namanya...mula2 ok la...last2 tgk mcm sini,semua brg ada rupa tp kualiti hampeh....kaum2 jenis ni mmg mcm ni la
 

zalie78

Fun Poster
Joined
Nov 20, 2007
Messages
537
Reaction score
3
Points
15
berniaga tu..apa salah nya...cari duit nak bayar yuran piksa
 

nazwa69.net

Super Active Member
Joined
Feb 20, 2007
Messages
5,729
Reaction score
61
Points
75
ni bukan hebat...ni dah nak start mencemar reputasi brg2 asli namanya...mula2 ok la...last2 tgk mcm sini,semua brg ada rupa tp kualiti hampeh....kaum2 jenis ni mmg mcm ni la
asalkan dia tak menipu dan mengatakan ni alike ke, clone ke udah la.. jadi terpulang kepada pembeli menilai sendiri la.. :)
 

zeal_tech

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Aug 23, 2008
Messages
7,888
Reaction score
11
Points
65
mmg rezki dia le kenal org dalam...direct kilang...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register