Perogol kanak-kanak dipenjara 40 tahun, 24 sebatan

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,125
Reaction score
3,675
Points
191

TERTUDUH diiringi anggota polis di Mahkamah Sandakan. FOTO Hazsyah Abdul Rahman















BURUH ladang kelapa sawit dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan atas kesalahan merogol anak majikannya oleh Mahkamah Sesyen Sandakan, hari ini.

Hakim Indra Ayub menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Ayub Darman, 25, selepas mengaku salah terhadap tiga pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh melakukan perbuatan merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun tujuh bulan di ladang kebun sawit di sebuah kampung di daerah ini pada 15 November 2017.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh merogol mangsa sama pada 5 Jun tahun lalu di ladang sebuah kampung di daerah ini.

Manakala pertuduhan ketiga, tertuduh didapati merogol mangsa di bilik tidur di sebuah kampung di daerah ini pada 5 Oktober tahun lalu.

Semua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara penjara tidak kurang dari 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Tertuduh yang mengaku salah dikenakan hukuman penjara 10 tahun penjara dan enam kali sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara 12 tahun serta lapan sebatan bagi pertuduhan kedua serta hukuman penjara 18 tahun bersama 10 sebatan bagi pertuduhan ketiga.

Sebelum itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukumannya diringankan dengan alasan sudah menyesal dan berjanji akan berubah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mark Kenneth Netto memohon hukuman dikenakan terhadap tertuduh setimpal kerana ia adalah kesalahan serius terhadap kanak-kanak.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman dari tarikh dia ditangkap.

Terdahulu, Mohd Ayub dijangka dituduh di mahkamah sama esok, untuk tiga lagi pertuduhan mengikut Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dan satu lagi kesalahan memasuki Sabah tanpa pas sah.











sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/510139/perogol-kanak-kanak-dipenjara-40-tahun-24-sebatan
 
Sponsored Post

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,144
Reaction score
85
Points
30
belah sana bukan benda sebegini xda heran ka? bukan takat orang luar ja.. orang tempatan pun sama?
 

true investor

Active+ Member
Joined
Apr 25, 2007
Messages
2,666
Reaction score
26
Points
30
belah sana bukan benda sebegini xda heran ka? bukan takat orang luar ja.. orang tempatan pun sama?
agak agak kalau kau nak bagi statment bro, ko pernah datang ke sabah ke, ko ingat sabah orang tak de agama ke sampai perkara macam ni kau anggap satu kebiasaan.
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,583
Reaction score
159
Points
78
agak agak kalau kau nak bagi statment bro, ko pernah datang ke sabah ke, ko ingat sabah orang tak de agama ke sampai perkara macam ni kau anggap satu kebiasaan.
Dia punya komen semua mmg camtu bro ikut main sedap dia jer,dah lama aku perati.komen sampah
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,001
Reaction score
1,506
Points
596
jauh la bende merapu lagunie
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,647
Reaction score
78
Points
30
smpi 3x tu, budak tu x ngadu kt mak ayah dia ke?
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
5,872
Reaction score
463
Points
81
belah sana bukan benda sebegini xda heran ka? bukan takat orang luar ja.. orang tempatan pun sama?
tak baik pukul rata bro. Semua tempat ada cam ni. Bukan pasal lokaliti. Pasal sikap.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register