BTC USD 61,359.0 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua D55L Bakal Tiba Separuh Kedua 2020

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Perodua dijangka bakal melancarkan SUV segmen-B dengan kod nama D55L pada separuh kedua tahun ini, menurut laporan kaji selidik Malaysian Industrial Development Finance (MIDF).

Laporan yang turut disiarkan menerusi The Edge, firma terbabit menyatakan bahawa model terbabit akan diposisikan di bawah SUV tujuh-tempat duduk Aruz, di mana harganya di antara RM72,900 dan RM77,900.

D55L ini sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan kembar Daihatsu Rocky/Toyota Raize, kedua-duanya yang telah pun berada di pasaran Jepun sejak November lalu. Dua model tersebut memiliki dimensi 3,995 mm panjang dan 1,695 mm lebar serta dijanakan oleh enjin 1.0 liter pengecas turbo tiga-silinder dengan output 98 PS dan tork 140 Nm, dipadankan bersama CVT.

Buat masa ini, tiada sebarang perincian mengenai enjin dan transmisi bagi D55L, tetapi baru-baru ini Perodua dilihat telah menguji Daihatsu Thor di jalan raya di Malaysia, yang didatangkan dengan penjana kuasa yang sama.

Screenshot-1095.jpg


Screenshot-1096.jpg


Screenshot-1097.jpg


Screenshot-1098.jpg


paultan
 
Sponsored Post

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,971
Reaction score
728
Points
81
Cantik lagi pada aruz

Tapi SUV juga yg dia keluarkan

Segmen MPV utk ganti Alza belum lagi ker... dah lama alza tu
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,941
Reaction score
2,929
Points
206
Daihatsu-Thor-spyshots-4-630x420.jpg


ni yang haritu perodua dok uji.
1.0 140 Nm torque.
 

satsepit

Active+ Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
3,902
Reaction score
273
Points
51
Sape la yg mampu beli dgn harga 73k tu...

Sedangkn budak2 nk kerja buat sara hidup pun cukup mkn saja.

Alang2 eksport la ke timor laste ke, mymar ke
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,587
Reaction score
970
Points
121
Sape la yg mampu beli dgn harga 73k tu...

Sedangkn budak2 nk kerja buat sara hidup pun cukup mkn saja.

Alang2 eksport la ke timor laste ke, mymar ke

Penjawat awam yang tetap dan berpencen je mampu..

Tapi skrg penjawat awam baru kontrak memang fikir 60 juta kali sebelum nak pikir beli kereta.. Silap2 x beli kereta langsung hahahaha.

Swasta x payah cakap la, trend pengurangan pekerja dan kompeni gulung tikar semakin menjadi2. Adalah risiko utk ambik loan, kalau bayar full cash takpe la.
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,218
Reaction score
874
Points
171
Sape la yg mampu beli dgn harga 73k tu...

Sedangkn budak2 nk kerja buat sara hidup pun cukup mkn saja.

Alang2 eksport la ke timor laste ke, mymar ke

ade la golongan sasaran die...
bkn semua org takde duit mcm kite...
yg mampu,beli baru...
yg tak mampu,beli 2nd nanti...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register