BTC USD 61,300.4 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua Ativa Kini Rasmi Dengan Sokongan Pemanduan Berautonomi Tahap 2

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Perodua hari ini telah memperkenalkan kenderaan SUV terbaru mereka, dinamakan sebagai Perodua Ativa. Ia hadir dengan beberapa variasi, iaitu X, H dan juga AV. Apa pun, menjadi salah satu fokus pada kenderaan terbaru Perodua ini adalah sokongan pemanduan berautonomi tahap 2 yang hadir padanya. Perodua Ativa AV menawarkan sokongan pemanduan berautonomi tahap 2, yang membawa kepada beberapa ciri-ciri menarik.

Perodua-Ativa-950x534.jpg

Antaranya adalah termasuk ciri kawalan pengekalan lorong pemanduan, pemantaun titik buta, amaran lintasan trafik dibelakang dan juga kawalan melayar adaptif. iri keselamatan lain turut disertakan pada kesemua model Perodua Ativa, termasuk Amaran Pra-Perlanggaran dan juga Brek Pra-Perlanggaran. Melengkapkan kenderaan ini juga adalah sokongan sistem inforia menggunakan skrin sentuh (kecuali varian X), dan menawarkan sokongan Smartlink melalui port HDMI untuk pengguna peranti Android.

Ativa-Inforia.jpg

Perodua Ativa ini ditawarkan pada harga bermula RM61,500 dan mencapai sehingga kepada RM71,200.

Artikel rasmi https://nextrift.com/perodua-ativa-official-level-2-autonomous-1-0l-turbo-cvt-from-rm61500/
 

CG Sponsors




Top
Log in Register