BTC USD 41,203.6 Gold USD 1,839.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua Atasi Sasaran, Jual 220,154 Unit Kenderaan Tahun Lalu

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
02.01.2021 - Shah Alam, Perodua berjaya mencatatkan jualan sebanyak 220,154 unit kenderaan bagi tempoh sepanjang 2020 yang mengatasi sasaran awal 210,000, didorong oleh permintaan tinggi pengguna memanfaatkan pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata syarikat itu mengeluarkan sejumlah 220,968 unit kenderaan pada tahun lepas walaupun terpaksa menghentikan pengeluaran pada Mac hingga Mei 2020 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung penularan Covid-19.

“Namun, langkah pengecualian cukai jualan pada Jun 2020 berjaya menarik minat pembeli dan meneruskan kelangsungan pengeluar kenderaan serta ekosistem automotif tempatan.

“Perodua juga mencapai detik sejuta Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pada Nov 2020 — tepat dua tahun selepas mencatat detik setengah juta yang mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pengeluar terbesar EEV di Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Zainal Abidin turut menyifatkan pencapaian jualan yang lebih baik daripada dijangkakan itu dapat memberi kesan positif secara langsung terhadap ekosistem automotif Malaysia dengan membantu para pembekal dan pengedar menghadapi cabaran pada 2020.

“Kami mengharapkan tahun 2021 yang lebih baik kerana terdapat petunjuk positif bahawa pandemik Covid-19 dapat diatasi dengan vaksin yang baharu dikeluarkan. Selain itu, kami akan mengumumkan angka sasaran bagi 2021 dalam masa terdekat ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memberi komitmen Perodua untuk terus memenuhi tempahan sedia ada dan berusaha mencapai jumlah jualan lebih tinggi pada 2021.

“Kami mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2021 kepada semua rakyat Malaysia. Perodua akan terus menambah baik semua aspek operasi bagi memenuhi serta mengatasi semua keperluan dan kehendak mobiliti anda, termasuk menambah baik kecekapan bahan api melalui teknologi canggih yang kekal mampu milik,” katanya.

Screenshot-3509.jpg

Berita asal https://selangorkini.my/2021/01/perodua-atasi-sasaran-jual-220154-unit-kenderaan-tahun-lalu/
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Perodua Sasar Jualan Lebih Tinggi Tahun Ini

03.01.2021 - Kuala Lumpur, Perodua berjaya mendaftar 220,154 kenderaan pada 2020, mengatasi sasaran jualan 210,000 unit sebanyak 10,154 unit, didorong permintaan tinggi di sebalik pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad menambah Perodua berjaya mengeluarkan 220,968 kenderaan pada 2020 walaupun pengeluaran dihentikan antara Mac dan Mei 2020 akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan pada Jun 2020 berjaya menarik minat pembeli kenderaan. Permintaan ini dapat melangsungkan pengeluar kenderaan serta ekosistem automotif tempatan.

”Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana memilih Perodua dan kepada pihak kerajaan kerana melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan di bawah program Penjana bagi mengekalkan momentum jualan industri automotif,” katanya.

Perodua juga mencapai detik satu juta Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pada November 2020 – tepat dua tahun selepas mencapai detik setengah juta lalu mengukuhkan kedudukan kami sebagai pengeluar EEV terbesar di Malaysia dari segi jumlah. Zainal berkata, pencapaian jualan yang lebih baik daripada dijangkakan, memberi kesan positif secara langsung kepada ekosistem automotif Malaysia dengan membantu para pembekal dan pengedar menghadapi cabaran pada 2020.

”Kami menjangkakan tahun yang lebih baik kerana terdapat petunjuk positif bahawa pandemik Covid-19 akan dapat diatasi dengan vaksin yang baru dikeluarkan,” tambahnya.

Buat masa ini, Perodua akan terus memenuhi tempahan yang sedia ada dan berusaha ke arah jumlah jualan yang lebih tinggi pada 2021 dengan menambah baik semua aspek operasi bagi memenuhi serta mengatasi semua keperluan dan kehendak mobiliti, termasuk menambah baik kecekapan bahan api melalui teknologi canggih yang akan kekal mampu milik.

Sumber asal https://malaysiagazette.com/2021/01/03/perodua-sasar-jualan-lebih-tinggi-tahun-ini/
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register