TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,123
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,123
- Reaction score
- 22,836
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

SHUKRI SAHABUDIN dan Siti Sarah Disa mengusahakan ikan pekasam daripada ikan air tawar serta ikan laut dengan resipi warisan turun-temurun berjenama Manora di Kampung Chandek Kura Kedawang, Langkawi, baru-baru ini. - UTUSAN/NORASHIKIN IDROS
LANGKAWI - Ikan pekasam Manora mula dijual di sekitar Kampung Chandek Kura, Kedawang di sini kira-kira sembilan tahun lalu dengan jualan dari rumah ke rumah.
Kini resipi warisan turun temurun diwarisi oleh Shukri Sahabudin, 36, serta isteri, Siti Sarah Disa, 31, itu mula mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada pengunjung tempatan yang singgah di gerainya.
Berbekalkan wang simpanan yang ada, Shukri mampu membina sebuah gerai sendiri yang terletak bersebelahan rumahnya selain menghantar stok ikan pekasam ke pasar dan kedai runcit di sekitar Langkawi.
Menurut Shukri yang berkongsi cara memproses ikan pekasam di rumahnya, ikan perlu dibersihkan dahulu dan diperap dengan garam dan beras yang dikisar selama 10 hari.
'"Proses ini perlu dilakukan pada waktu malam bagi mengelakkan lalat yang boleh merosakkan ikan yang akan diproses nanti," jelasnya.
Terdapat pelbagai jenis ikan pekasam iaitu ikan daripada air tawar seperti ikan sepat, haruan, puyu serta ikan laut seperti ikan talang, tenggiri dan kurau yang dibeli daripada nelayan tempatan.
Produk baharunya seperti da*ging pekasam juga sedang me*ningkat popular dalam kalangan pelancong tempatan dan mendapat permintaan tinggi menjelang Ramadan.
Menurut Shukri, boleh dikatakan 80 peratus pembeli di gerainya adalah pelancong tempatan.
"Bagi saya resipi turun temurun ini dapat mengekalkan kualiti produk pekasam yang dikeluarkan sehingga hari ini.
"Saya juga akan mempelbagaikan produk yang ada dan saya berhasrat untuk memasarkan ikan pekasam ini ke luar negeri," katanya ketika ditemui di gerainya di sini baru-baru ini.
Katanya, jualan ikan pekasam banyak dibantu oleh industri inap desa yang banyak menyediakan juadah ikan pekasam kepada pe*ngunjung.
"Semasa di inap desa, pengunjung berpeluang untuk memasak sendiri ikan pekasam dan mereka kebiasaannya akan datang ke gerai semula untuk mendapatkan ikan pekasam untuk dibawa pulang," ujarnya.
Ujarnya, ikan pekasam yang siap dibungkus boleh disimpan selama tiga bulan.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Utara/20141014/wu_03/Perniagaan-ikan-pekasam-menguntungkan#ixzz3GA5RLWTX
© Utusan Melayu (M) Bhd