Pernah cecah berat 121kg suami Faezah Elai

CG Sponsors




Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
808
Reaction score
137
Points
23
“Masa Tu Nak Solat Pun Seksa...”- Pernah Cecah Berat 121kg, Lihat Transformasi Suami Faezah Elai Sekarang!


Pengarah Heykal Hanifah mendedahkan beratnya pernah mencecah sehingga 121kg(kilogram) sebelum ini.

Suami kepada pelakon Faezah Elai itu akui pengalaman berbadan besar sebelum ni telah membataskannya dari bergerak aktif di lokasi penggambaran serta menyukarkannya untuk menunaikan solat.

“Pernah berat ku mencecah 121kg..masa tu nak solat pun siksa..masa tahiyat akhir rasa mcm nak terbalik pun ada.

“Nak aktif di lokasi pun susah yang boleh hanya duduk di kerusi pengarah dan hanya gunakan suara base aku untuk beri instruction kepada crews dan actors,” tulisnya.

Heykal berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Heykal turut memuat naik foto transformasinya dari berat 121kg dengan yang terkini lebih kurus dan segak.

Katanya, setelah pelbagai usahanya menemui jalan buntu Heykal kini bersyukur kerana urusannya dipermudahkan.

“Bila pelbagai usaha yang dibuat menemui jalan buntu aku hanya ada satu jalan berdoa pada Allah swt agar permudahkan segala usahaku dan akhirnya segalanya dimakbulkan.

”Terima kasih Allah..buatkanlah aku sentiasa berada di jalanMU,jalan menuju destinasi yang abadi,” katanya lagi.

Terdahulu, Faezah telah berkahwin dengan Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.

Hasil perkahwinan dengan Heykal, Faezah dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.

http://instagr.am/p/B58EC0EpjNf/
 
Sponsored Post

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
18,608
Reaction score
1,248
Points
201
dah kurus jgn pulak hang terjumpa AURA pulak...
 

jp59

Fun Poster
Joined
Jul 29, 2018
Messages
670
Reaction score
64
Points
30
juai ubat kurus komfim laku keras
:rolleyes:
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
16,139
Reaction score
1,068
Points
206
HUARGH.... den sgt2 termotivasi dgn brader ni.. apo rahsio haa kongsi lah skt

den dh penat jalan kaki laju2 & kayuh foldie kek tasik, tapi tak kurus2 jugak
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
18,608
Reaction score
1,248
Points
201
HUARGH.... den sgt2 termotivasi dgn brader ni.. apo rahsio haa kongsi lah skt

den dh penat jalan kaki laju2 & kayuh foldie kek tasik, tapi tak kurus2 jugak
pemakanan bang....tu je ubat dia..senaman 20 %...80% control pemakanan...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register