BTC USD 37,857.0 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Education Permohonan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Di Buka Mulai Esok

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
23.08.2020 - Beaufort, Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2021 bagi pelajar Tingkatan 1 dan 4 akan dibuka mulai esok (24 Ogos), bermula pukul 9 pagi.

Pengerusi MARA Datuk Azizah Mohd Dun berkata kemasukan ke MRSM pada tahun depan mewajibkan calon menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat pelajar melibatkan mata pelajaran Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Beliau berkata calon yang berminat boleh memohon melalui laman web http://www.mara.gov.my dan tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Disember depan.

“Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan lebih awal bagi mengelak sebarang masalah dan memudahkan urusan UKKM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Institusi Pendidikan MARA, yang berlangsung dua hari sejak semalam, di Dewan Pa’ Musa, di sini hari ini.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata sebuah Kolej Profesional MARA (KPM) Beaufort akan dibina di daerah itu sebaik cadangan projek pembinaan kolej itu, diluluskan kelak.

Katanya, pembinaan kolej di atas tanah seluas 12 hektar itu dijangka akan dapat memulakan operasi pada pertengahan 2023.

“Kolej berkenaan merupakan yang pertama di Sabah, menawarkan kursus-kursus profesional yang memberi manfaat kepada penduduk setempat selain membuka peluang pengajian kepada rakyat di negara ini,” katanya.

MRSM.png


Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/permohonan-ke-mrsm-bagi-tingkatan-satu-dan-empat-dibuka-mulai-esok/
 
Sponsored Post

adamrao

Active Member
Messages
1,605
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,605
Reaction score
167
Points
43
berduyun duyun la anak orang ada ada mohon pakat menindis orang melayu susah tp genius nak masuk..
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,402
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,402
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Mrsm ulul albab lebih baik dr sekolah pondok
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,497
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,497
Reaction score
17,856
Points
2,536
Awards
1
KEMASUKAN MRSM | Bakal Diadakan Pada Disember Bagi Pelajar Tingkatan 1 & 4

Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengadakan ujian khas untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2022 pada Disember depan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), Ujian Khas Ulul Albab dan Ujian Teknikal bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bermula 3 Disember, bagi calon di Kedah, Kelantan, Johor Dan Terengganu.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register