TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,118
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,118
- Reaction score
- 22,834
- Points
- 1,831
- Awards
- 1
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Permintaan terhadap minyak sawit dari negara-negara seperti India dan China meningkat, dengan import global dijangka naik 5.1 peratus kepada 44.71 juta tan pada 2014/2015.
Penganalisis minyak sayuran Oil World, Thomas Mielke berkata, harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka menokok antara RM2,300 dan RM2,500 setan pada suku pertama tahun depan berikutan permintaan berterusan daripada industri makanan, cuaca yang tidak menentu dan faktor biodiesel.
“Pertumbuhan yang dijangkakan bagi penggunaan dunia pada 2015 dijangka melebihi pengeluaran.
“Pertumbuhan pengeluaran dunia dijangka perlahan dengan hasil dan stok minyak sawit berkurangan pada September dan Oktober pada tahun ini,” katanya, dalam pembentangan pada Seminar dan Pameran Perdagangan Minyak Sawit Malaysia 2014 (POTS) di sini.
Oil World yang berpangkalan di Hamburg merupakan penyedia maklumat bagi minyak sayur dan minyak.
Mielke berkata, stok global turut dijangka turun kepada hanya 12 peratus daripada penggunaan tahunan berikutan cuaca kering di negara-negara pengeluar utama seperti Indonesia dan Malaysia.
Sementara itu, Pengarah Godrej International Ltd Dorab Mistry berkata, pelaksanaan program biodiesel7 akan membantu mengurangkan inventori di Malaysia.
Malaysia akan meningkatkan jumlah minyak sawit dalam biodiesel kepada tujuh peratus daripada lima peratus mulai bulan depan berikutan pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia itu cuba mengurangkan simpanan dan mengukuhkan harga yang turun hampir 20 peratus pada tahun ini. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/eko...-sawit-meningkat-1.18831#sthash.f6xtDErt.dpuf