ckama33
Active+ Member
- Messages
- 3,949
- Joined
- Nov 7, 2007
- Messages
- 3,949
- Reaction score
- 158
- Points
- 43
KUALA LUMPUR: Syarikat Permata Hijrah, semalam mencabar Kementerian Kesihatan supaya mengambil sampel produknya untuk dikaji bagi melihat sejauh mana kandungan produk itu boleh memberi kesan sampingan dan berbahaya kepada pengguna.
Pengasas Produk, Mohd Zulkifli Dollah, berkata pihaknya kesal apabila Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya semalam, melarang produk syarikatnya diedarkan, digunakan dan dijual kerana dianggap melanggar syarat ditetapkan.
"Kenyataan itu seolah-olah menganggap produk keluaran syarikat kami beracun dan berbahaya walhal bahan digunakan ialah Air Zam Zam dan Mutiara tanpa campuran bahan kimia
"Saya cabar Kementerian Kesihatan mengambil sampel produk untuk dikaji bagi melihat kandungan yang digunakan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh merugikan kami.
"Kalau betul produk kami bahaya, saya bersedia menerima sebarang keputusan kementerian kerana dengan cara itu saja kami boleh meyakinkan pengguna produk yang kini sudah hilang kepercayaan terhadap kami," katanya ketika dihubungi, semalam.
Dalam kenyataan akhbar semalam, Kementerian Kesihatan melarang penggunaan 27 produk yang dinotifikasi sebagai bahan kosmetik tetapi digunakan untuk tujuan perubatan dan rawatan, termasuk digunakan bagi menitis dalam hidung atau mata.
Sumber Berita Harian Keluaran 27/11/2009