TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
BEREGU muda negara ini turut memiliki corak permainan menyerang yang menakjubkan
HEBAT dan mantap.
Itu rumusan buat pemain badminton beregu wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei.
Meskipun gagal meraih sebarang kejayaan pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia baru-baru ini, namun gaya permainan mereka menjanjikan masa depan yang cerah.
Jika mahu melihat beregu dalam pembikinan ini melangkah lebih jauh, maka Persatuan Badmin- ton Malaysia (BAM) perlu memberi lebih banyak pendedahan kepada mereka beraksi pada kejohanan bertaraf lima bintang.
Pada Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dua minggu lalu, pasangan muda negara itu tampil dengan aksi yang agak memukau.
Prestasi mereka tidak menghampakan apabila memeranjatkan beregu pilihan ketiga dari Jepun, Maeda Miyuki-Suetsuna Satoko 15-21, 21-19, 21-17.
Juara Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Indonesia itu telah bekerja keras selama 1 jam 20 minit untuk menundukkan beregu dari ‘Negara Matahari Terbit’ itu pada pusingan pertama.
Meskipun masih banyak lagi yang perlu mereka lakukan sebelum melangkah lebih jauh tetapi permata baharu badminton negara ini sudah tidak mahu menoleh ke belakang lagi.
Mereka ada sasaran untuk direalisasikan iaitu mahu melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012 selain berazam untuk berada dalam skuad Piala Uber.
Tanpa berselindung, Khe Wei, 23, menjelaskan bahawa perkara yang perlu diutamakan oleh mereka kini ialah membuat persediaan rapi bagi menghadapi kejohanan kompetitif sepanjang tahun ini.
“Buat masa ini, fokus utama saya adalah persediaan menghadapi Piala Uber serta mahu layak ke Sukan Olimpik.
“Saya juga tidak mahu meletakkan sasaran yang tinggi seperti mahu mengejar ranking kerana apa yang penting buat kami sekarang adalah untuk terus mempamerkan aksi yang lebih konsisten,” jelas Khe Wei.
Azam Khe Wei turut dikongsi rakan gandingannya, Vivian yang turut meletakkan matlamat yang sama.
“Apa yang penting sekarang adalah memberi fokus pada kejohanan yang terdekat dan bermain dengan sebaik mungkin, sekali gus menum- paskan setiap lawan,” jelas pemain berusia 22 tahun itu.
Kebimbangan Vivian sekarang adalah kecederaan Khe Wei yang mungkin boleh menjejaskan persiapan mereka.
Khe Wei mengalami kecederaan buku lali ketika menentang beregu China pada pusingan kedua Terbuka Malaysia yang menyaksikan mereka terpaksa menarik diri pada set kedua.
Dia berharap kecederaan rakan seperjuangnya itu pulih dengan segera bagi membolehkan mereka meneruskan latihan seperti biasa menjelang pusingan kelayakan Piala Uber di Macau bulan depan.
“Saya berharap dia akan segera pulih supaya dapat memberi tumpuan pada latihan dan pada masa yang sama mengekalkan prestasi kami,” tambahnya.
Namun berbeza bagi Khe Wei, yang masih belum dapat melupakan detik ‘hitam’ buat kali pertama sepanjang kariernya ekoran terpaksa berundur sebelum menamatkan perlawanan.
“Sudah tentu saya merasa sangat kecewa dan sedih kerana tidak dapat menamatkan perlawanan tersebut. Saya yakin kalau tidak kerana kecederaan, kami boleh menang.
“Sebelum ini, kami telah mengalahkan beregu China itu, Yixin-Bong pada kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Indonesia dan kami yakin untuk mengulangi kemenangan itu sekali lagi,” kata pemain kelahiran Selangor itu.
Apa yang jelas, selepas melihat aksi dan pencapai- an beregu yang menduduki ranking ke-21 dunia itu, Vivian-Khe Wei sudah mula menjadi sebutan peminat sukan badminton negara, malah ada yang menaruh harapan bahawa mereka mampu menggegar dunia suatu hari kelak.
Prestasi cemerlang mereka pasti ditagih untuk melakarkan bebe- rapa lagi kejayaan di peringkat antarabangsa, sekali gus meningkatkan imej beregu wanita di persada dunia.
Justeru, beregu muda yang dilatih jurulatih Rexy Mainaky itu berharap gandingan mereka akan terus dikekalkan memandang Vivian merasai keserasian beraksi bersama Khe Wei.
Sejak mendapat sentuhan Rexy, beregu muda ini dilihat semakin mantap dan buktinya, mereka muncul juara GP Emas Terbuka Indonesia tahun lalu.