BTC USD 27,088.6 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Twitter "Perlukah Saya Berundur?" - Elon Musk Lancar Undian Di Twitter

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Elon Musk hari ini melancarkan undian di Twitter dengan meminta pengguna untuk mengundi sama ada beliau perlu meletakkan jawatan sebagai ketua platform media sosial itu. Sebagai tambahan, pemilik Twitter dan CEO Tesla itu menyatakan akan mematuhi terhadap apa jua keputusan bagi undian tersebut. Ketika ini, hampir 6 juta undian telah direkodkan, yang mana 57.8% daripadanya memilih "Yes" dan selebihnya memilih "No". Sementara itu, undian yang dibuat pagi tadi akan akan ditutup pada 7.20 malam hari ini.

Terdahulu, Musk telah dikritik kerana perubahan dasar yang dibuat baru-baru ini. Antaranya termasuk menyekat akaun yang menjejak dan menyiarkan lokasi masa nyata seseorang serta sekatan terhadap ciapan yang mempromosi platform media sosial lain seperti Instagram, Facebook dan sebagainya.

1671445630295.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Bancian Perlihat Elon Musk Perlu Berhenti Dari Terus Mengetuai Twitter

Elon Musk
pada awal hari ini telah memulakan sebuah bancian pada platform sosial Twitter, bertanyakan sama ada beliau perlu berhenti daripada mengetuai Twitter atau sebaliknya. Daripada respon yang diperolehi, hampir 58% pengguna mengundi mengatakan Ya, dan Elon Musk perlu berhenti daripada terus mengetuai Twitter.Bancian ini dilakukan oleh Elon Musk selepas melakukan pelbagai perubahan yang membuatkan pengguna kurang gemar dan tidak lagi selesa menggunakan platform sosial tersebut. Ini ditambah dengan beberapa polisi yang diubah mengikut suka hati tanpa mengambil kira pengguna platform tersebut.

Ia tidak diketahui sama ada Elon Musk akan mengikut keputusan bancian tersebut dan berhenti menjadi ketua Twitter atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan apakah langkah seterusnya Elon Musk lanjutan daripada keputusan bancian ini.

 
Sponsored Post

Top
Log in Register