BTC USD 26,668.5 Gold USD 1,962.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perlis Tetapkan Zakat Fitrah RM7

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,846
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,846
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2

Perlis tetapkan zakat fitrah RM7​

22 Mac 2023 09:54am

2135258.jpg


MAIPs menetapkan bayaran zakat fitrah di Perlis kekal dengan kadar RM7. - Gambar hiasan


KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan bayaran zakat fitrah di negeri ini kekal dengan kadar RM7.

MAIPs menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan kadar tersebut diperkenankan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah mendapat nasihat daripada Persidangan Mesyuarat MAIPs yang telah memperakukan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bahawa ia berdasarkan harga beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

Menurut kenyataan itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat melancarkan kadar berkenaan di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah, Bukit Keteri pada Rabu.

"Selain bayaran tunai melalui Amil MAIPs, umat Islam yang ingin menunaikan zakat fitrah dengan beras, boleh mengeluarkannya sebanyak satu gantang Nabawi bagi setiap seorang yang bersamaan dengan berat 2.6 kilogram,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua MAIPs.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Sementara itu, menerusi kenyataan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, setiap orang Islam yang tinggal di Perlis wajib mengeluarkan zakat fitrah sepertimana yang ditetapkan bagi dirinya, anak isteri, begitu juga tanggungannya.

"Umat Islam boleh mengeluarkan zakat fitrah melalui amil-amil kariah di seluruh negeri Perlis serta turut boleh menunaikannya dalam talian melalui laman portal MAIPs di www.maips.gov.my,” katanya. - Bernama


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,846
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,846
Reaction score
28,305
Points
2,836
Awards
2
"Selain bayaran tunai melalui Amil MAIPs, umat Islam yang ingin menunaikan zakat fitrah dengan beras, boleh mengeluarkannya sebanyak satu gantang Nabawi bagi setiap seorang yang bersamaan dengan berat 2.6 kilogram,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua MAIPs.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register