Perlembagaan Tak Sebut Agong Boleh Ketepi Sabitan Kes - Peguam

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
14.08.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan telah memberikan nasihat yang salah dalam pengampunan diraja kes liwat Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata demikian ketika prosiding mahkamah terbuka di hadapan Hakim Akhtar Tahir pagi ini.

Haniff bertindak sebagai peguam kepada Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Khairul Azam, yang juga pengamal undang-undang, pada 26 Februari memfailkan saman untuk mencabar nasihat Lembaga Pengampunan pada 16 Mei 2018 terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam kes itu.

Pada tarikh itu Anwar dibebaskan dari penjara selepas mendapat pengampunan penuh diraja dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya Mohd Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pendengaran Mahkamah Tinggi hari ini berkaitan dengan permohonan oleh Anwar dan defendan bersama Lembaga Pengampunan, untuk mengetepikan cabaran Khairul Azam.

Semasa prosiding, Haniff Khatri berkata mahkamah patut menolak usaha mengetepikan saman itu dan mendengar sepenuhnya saman utama, bagi membolehkan semua isu boleh bicara didengar.

Haniff berkata ini termasuk isu berkaitan pembentukan lembaga itu dan dakwaan nasihat salah berkaitan kuasa Agong memberikan pengampunan yang diperuntukkan dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu menyebut:

“Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.”

Haniff berkata, peruntukan itu jelas menyebut “memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum” bermaksud ia terhad kepada hukuman dan tidak boleh melebihi perkara itu.

“Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut Seri Paduka boleh mengetepikan sabitan kes,” kata Haniff.

Screenshot-2549.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/538623
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Lembaga Pengampunan Beri Nasihat Salah Berhubung Pengampunan Penuh Anwar

14.08.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan memberikan nasihat yang salah kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam memberikan pengampunan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipenjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz selaku plaintif berkata, komposisi Lembaga Pengampunan juga tidak teratur ketika itu, maka nasihat yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan kepada YDPA adalah tidak sah.

"Dalam isu ini, yang salah adalah Lembaga Pengampunan dan bukannya YDPA. Pihak kami mencabar nasihat yang salah diberikan oleh Lembaga Pengampunan kepada YDPA di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika berhujah terhadap permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan bagi membatalkan saman dikemukakan Mohd Khairul Azam berhubung pengampunan penuh yang diberikan terhadap presiden PKR itu.

Menurut Mohamed Haniff, pengampunan hanya boleh diberi kepada pesalah bertujuan untuk menamatkan atau menggantung sesuatu hukuman dan bukannya membatalkan sabitan yang diputuskan oleh mahkamah.

"Jika sesuatu sabitan itu dibatalkan, ia bermaksud kita memainkan peranan mahkamah kerana hanya mahkamah yang boleh mendengar (keterangan dan bukti) dan mahkamah juga yang boleh membuat keputusan," katanya.

Peguam J.Leela yang mewakili Anwar pula berhujah bahawa pengampunan penuh yang diberikan oleh YDPA tidak boleh dicabar di mahkamah dan plaintif (Mohd Khairul Azam) juga tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk meneruskan tindakan saman berkenaan.

"Tuntutan saman plaintif adalah remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah," katanya yang turut memaklumkan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh membatalkan sabitan yang diputuskan oleh mahkamah.

Peguam Kanan Persekutuan Natra Idris berkata pihaknya juga bersetuju dengan peguam Leela bahawa Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan membolehkan YDPA mengeluarkan perintah pengampunan untuk sabitan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir kemudiannya menetapkan 21 Sept untuk keputusan permohonan itu dan mengarahkan kesemua pihak terlibat memfailkan hujahan lanjut, sekiranya ada sebelum atau pada 21 Ogos.

Pada 26 Feb lepas, Mohd Khairul Azam selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Raja Riza & Associates dengan menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan pertama dan kedua.

Mengikut penyataan tuntutan, Mohd Khairul Azam berkata pada 10 Feb 2015, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Ahli Parlimen Port Dickson itu atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, peguam itu mendakwa pada 9 Mei 2018, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 dan kerajaan baharu dibentuk, beberapa tindakan salah dan tidak berperlembagaan telah dilaksanakan bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan dan dibebaskan daripada hukuman penjara yang sedang dijalaninya.

Dakwa plaintif, selepas dua hari kerajaan baharu dibentuk, perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang media pada 11 Mei 2018, mengumumkan bahawa YDPA telah bersetuju memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

Mohd Khairul Azam mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar adalah bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan oleh YDPA hendaklah dilaksanakan dengan nasihat oleh Lembaga Pengampunan.

Dakwanya, Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna selepas pembentukan kerajaan baharu dan adalah mustahil bagi Lembaga Pengampunan dapat bersidang memberikan nasihat kepada YDPA bagi memberikan pengampunan kepada Anwar.

Oleh itu, plaintif antara lain memohon pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan telah ditubuhkan secara tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan bersidang dan seterusnya menasihati YDPA berkenaan rayuan pengampunan Anwar, mengakibatkan nasihat yang diberikan kepada YDPA adalah tidak sah dan terbatal.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1870280
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,952
Reaction score
1,496
Points
151
Mahkamah tolak permohonan Anwar ketepi saman peguam
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan untuk mengetepikan saman seorang peguam berhubung pengampunan diraja untuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan untuk menolak permohonan dibuat Anwar itu dalam prosiding terbuka pagi ini

Untuk rekod saman tersebut dikemukakan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz pada 26 Feb lalu bagi mencabar nasihat Lembaga Pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan kes liwat Anwar.

Ekoran itu Anwar -melalui peguamnya - mengemukakan permohonan untuk mengetepikan permohonan Khairul Azam pada 2 Jun lalu.

[Berita lanjut menyusul]
 
Sponsored Post
Top
Log in Register