Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika gubal akta lompat parti

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,226
Reaction score
3,177
Points
201
KUALA LUMPUR: Perkara 10(1)(c) dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, perlu dipinda jika undang-undang berkaitan lompat parti mahu digubal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Perkara 10(1)(c) jelas menyatakan kebebasan individu untuk berpersatuan.

"Jika Perlembagaan Persekutuan (Perkara 10(1)(C) tak benarkan semua warganegara untuk membentuk persatuan, baru kita boleh gubal akta orang lompat parti," katanya menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengulas isu yang dibangkitkan Datuk Seri Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) dalam sesi perbahasan sebelum ini yang mencadangkan supaya Akta Pilihan Raya 1958 dipinda bagi membolehkan pertandingan membabitkan parti yang bertanding, bukannya nama individu untuk mengatasi isu lompat parti.

"SPR sentiasa terbuka menerima cadangan penambahbaikan, namun cadangan ini membawa maksud menukar sistem pilihan raya yang sedang digunapakai di Malaysia.

"Oleh itu, cadangan ini memerlukan kajian lanjut oleh SPR dan memandangkan ia membabitkan pindaan kepada beberapa undang-undang bukan sahaja Akta Pilihan Raya, tetapi juga Perlembagaan Persekutuan khasnya, Perkara 47, 48, 49, 50, 51 dan 54," katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu lompat parti, Takiyuddin turut mencabar kerajaan Pulau Pinang supaya mengosongkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu yang melompat parti.

Empat kerusi DUN itu membabitkan Bertam (Khaliq Mehtab Mohd Ishaq), Teluk Bahang (Zolkifly Md Lazim), Seberang Jaya (Dr Afif Bahardin) and Sungai Acheh (Zulkifli Ibrahim), semua mereka bertindak keluar PH dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

"Dalam semua 14 negeri di Malaysia, Pulau Pinang satu-satunya negeri yang meminda perlembagaan negeri yang menyatakan mana-mana wakil rakyat yang melompat parti, perlu mengosongkan kerusi mereka.

"Jika pembangkang mahukan akta anti lompat parti ini, saya cadang supaya kerajaan Pulau Pinang mengosong empat kerusi DUN terbabit," katanya.

Tindakan itu akan membolehkan keputusan Mahkamah Agong pada 1992 dalam kes Nordin Salleh di Kelantan, membabitkan lompat parti yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dalam kebebasan berpersatuan, dicabar.

"Jika kerajaan Pulau Pinang mengosongkan kerusi terbabit dan ADUN berkenaan membawa kes ke mahkamah, di situ kita akan lihat sama ada keputusan dalam kes Nordin Salleh dikekalkan atau sebaliknya.

"Jika (keputusan) berubah, barulah kita boleh bercakap mengenai akta anti lompat parti ini," katanya.

Menyentuh isu pendaftaran automatik bagi pengundi berusia 18 tahun, Takiyuddin berkata, SPR sedang membuat persiapan berhubung perkara itu, selaras dengan pindaan Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan Parlimen sebelum ini.

Katanya, persiapan meliputi penyediaan pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan prosedur operasi standard (SOP) dan penyediaan sistem dan infrastruktur, bagi pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,537
Reaction score
10,320
Points
1,896
aah betul dah tu, kena amend hak utk berpersatuan tu yg dlm perlembagaan persekutuan, dengan two third majority
barulah boleh ambik tindakan undang undang vs Adun yg lompat parti
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,537
Reaction score
10,320
Points
1,896
Kamarul Yusoff
5m ·

BILA MENTERI PAS DIAKUI SEBAGAI BIJAKSANA

Ahli-ahli PAS seharusnya berbangga bila Menteri Undang-Undang dari PAS diakui sebagai bijaksana (“berotak”) oleh Dr Wong Chin Huat yang bertugas selama 6 tahun (2012-2018) di sebuah badan pemikir milik Kerajaan DAP Pulau Pinang, iaitu Penang Institute, apatah lagi bila pihak yang dicabar oleh Menteri Undang-Undang adalah Kerajaan DAP Pulau Pinang itu sendiri.

Memang terserlah sekali bahawa hari ini adalah hari Menteri Undang-Undang, tahniah.

1597069657230.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,537
Reaction score
10,320
Points
1,896
Malaysiakini (BM Version)
2m ·
PARLIMEN l Hassan Karim, berkata berdasarkan kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan membenarkan sekatan ke atas gejala lompat parti.

1597120831725.png


Akta anti lompat parti boleh digubal jika PH ada keazaman politik


Diterbitkan Hari ini 12:28 pm

PARLIMEN l Akta anti lompat parti boleh digubal jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai keazaman politik untuk melaksanakannya.

Ahli Parlimen Pair Gudang Hassan Abdul Karim, berkata berdasarkan kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan membenarkan sekatan ke atas gejala lompat parti.
"Ini boleh ditafsirkan bahawa Perkara 10(1)(C) bukanlah muktamad. Perlembagaan Persekutuan membenarkan Parlimen Malaysia membenarkan gejala lompat parti di kalangan ahli-ahli Parlimen atau Adun-Adun semacam aksi katak di bawah Fasal (2)(C) untuk digubal satu akta anti lompat parti demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya ketenteraman awam atau prinsip moral.

"Jika isu keperlembagaan ditimbulkan sebagai alasan untuk menghalang penggubalan akta anti lompat parti, maka dinasihati supaya Perkara 10(1)(C) hendaklah dibaca sama dengan Fasal 2 (C).

"Adakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin mempunyai keazaman politik untuk menggubal akta lompat parti," katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Semalam, menteri undang-undang Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang harus melucutkan empat Adun mengikut undang-undang antilompat parti negeri itu, jika pembangkang benar-benar mahukan undang-undang berkenaan dilaksanakan di peringkat persekutuan.

"Saya mencadangkan agar Pulau Pinang memecat para Adun tersebut dan membawa perkara ini ke mahkamah dan melihat apakah mahkamah akan menyokong keputusan mahkamah dalam kes 1992 Dewan Undangan Negeri Kelantan lawan Nordin Salleh," kata Takiyuddin ketika sesi penggulungan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Untuk rekod, dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan lawan Nordin Salleh, mahkamah memutuskan bahawa pindaan terhadap perlembagaan Kelantan, yang melarang melompat parti tidak sesuai dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan kebebasan berpersatuan.

Takiyuddin pada mulanya menyorot tiga Adun Pulau Pinang yang berpaling tadah dari parti mereka baru-baru ini, iaitu wakil Bertam Khalid Mehtab Mohd Ishaq, wakil Teluk Bahang Zolkifli Md Lazim dan wakil Seberang Jaya Afif Bahardin.

Oleh itu, katanya, kerajaan Pulau Pinang harus memaksa ketiga-tiganya mengosongkan kerusi mereka berdasarkan Enakmen Perlembagaan Pulau Pinang (Pindaan) 2012, yang merujuk kepada undang-undang antilompat parti negeri.

Undang-undang tersebut menyatakan bahawa wakil rakyat harus mengosongkan kerusi mereka jika mereka bertukar parti atau menjadi Adun bebas ketika penggal perkhidmatan mereka.

Dalam pada itu, mengulas keputusan mahkamah pada tahun 2012 yang dibangkitkan Takiyuddin di Parlimen semalam, Hassan berkata pada waktu itu belum ada akta anti lompat parti.

Katanya sebuah kerajaan Persekutuan yang diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tumbang angkara lompat parti tentu saja menjejaskan kepentingan keselamatan negara.

"Isu prinsip moral dalam demokrasi berparlimen juga timbul apabila ahli-ahli Parlimen yang melompat itu mengkhianati para pengundi yang memilih mereka di dalam pilihan raya.

"Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sempat berkuasa selama 22 bulan telah gagal menggubal akta anti lompat parti.

"Kesan daripada kegagalan itu kerajaan PH telah menjadi mangsa apabila ditumbangkan oleh perbuatan melompat parti di kalangan ahli Parlimen PH yang hilang prinsip moral kerana mengkhianat mandat rakyat," katanya lagi.

Kata Hassan, akta anti lompat parti tidak memerlukan sokongan dua pertiga sokongan di Dewan Rakyat serta tidak perlu meminda perlembagaan.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,226
Reaction score
3,177
Points
201
Kaukus ahli Parlimen ditubuhkan, cari jalan halang lompat parti

KUALA LUMPUR - Kaukus Ahli Parlimen Reformasi Sistem Pilihan Raya ditubuhkan secara rasmi hari ini dengan tujuan utama bagi mencari jalan untuk menghentikan amalan lompat parti dalam kalangan ahli politik.


Pengerusi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) Malaysia, Anthony Loke berkata, IPU Malaysia dalam mesyuarat hari ini turut sebulat suara bersetuju mencadangkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai pengerusi kaukus berkenaan.

Menurutnya, kaukus bipartisan itu akan diwakili wakil daripada setiap parti politik dalam negara dengan tugas pertama mereka menyiapkan laporan mengenai mekanisme bagi reformasi sistem pilihan raya negara dalam tempoh enam bulan untuk dibentang kepada kerajaan.

“Kita yakin bahawa Nazri sebagai seorang ahli Parlimen senior dan bekas menteri, adalah seorang yang sangat disanjungi dan dihormati di dalam Dewan dan beliau orang paling sesuai mengetuai kaukus ini,” katanya pada sidang akhbar bersama Mohamed Nazri di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamed Nazri menyifatkan tindakan lompat parti sebagai satu perbuatan paling hina yang menyebabkan negara menjadi tidak stabil.

“Ini masalah kita hadapi lebih 30 tahun dah... ada (langkah) yang dah diambil... undang-undang antilompat parti, tapi seperti yang kita tahu, mahkamah paling tertinggi sekali telah putuskan undang-undang antilompat parti tidak boleh dikuatkuasakan kerana ia menghalang hak asasi manusia dan Ahli Parlimen dan ahli dewan (undangan) negeri.

“Jadi, kita perlu lakukan sesuatu, kita kena fikir ini semua yang berlaku ialah perbuatan manusia, akta, perlembagaan, jadi kita boleh gunakan pemikiran kita untuk hentikan perkara ini... kita perlu hentikannya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pakar perlembagaan, badan-badan bukan kerajaan, Majlis Peguam dan ahli akademik untuk mendapatkan pandangan mereka.

“Kita akan lakukan yang terbaik untuk merumuskan sesuatu yang kemudiannya kita terpaksa berurusan dengan kerajaan juga, kita akan berjumpa dengan Menteri (di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) (Datuk) Takiyuddin (Hassan), kita akan berurusan dengan beliau untuk membolehkan supaya satu pindaan pada Akta Suruhanjaya Pilihan Raya dapat dibuat.

“(dari segi) Perlembagaan, kita dah beri maklum kepada urus setia supaya berurusan dengan Pejabat Peguam Negara untuk lihat kalau ada apa-apa yang kita nak pinda ini bertentangan dengan perlembagaan, ini tindakan pertama kita,” katanya. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...men-ditubuhkan-cari-jalan-halang-lompat-parti
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,226
Reaction score
3,177
Points
201
Nazri Aziz dilantik pengerusi kaukus ahli Parlimen
799018.jpg


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Kaukus Ahli Parlimen Reformasi Sistem Pilihan Raya yang berfungsi mencari mekanisme terbaik bagi mengelakkan wakil rakyat daripada lompat parti.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berkata, penubuhan kaukus itu susulan ucapan Mohamed Nazri pada sesi perbahasan menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong di mana beliau mencadangkan supaya wujud perubahan kepada sistem pilihan raya di Malaysia.

"Ucapan dia mendapat reaksi baik daripada pelbagai pihak dalam Parlimen termasuk Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH). Susulan itu saya menyatakan secara terbuka di media bahawa Mohamed Nazri untuk mengetuai satu kaukus ahli Parlimen.

"Saya bersama Mohamed Nazri telah bertemu dengan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di mana kami menyatakan hasrat menubuhkan kaukus ahli Parlimen. Beliau bersetuju menubuhkannya dan memberikan sokongan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, kaukus tersebut juga akan dianggotai oleh wakil daripada setiap parti yang mempunyai ahli Parlimen.

"Kita yakin bahawa Mohamed Nazri sebagai seorang ahli Parlimen senior dan bekas menteri cukup disanjungi serta dihormati. Kaukus ini akan melihat mekanisme untuk kita mengubah sistem pilihan raya kita.

"Kita memutuskan memberi tempoh selama enam bulan bagi menyiapkan laporan untuk dibentangkan kepada kerajaan dan disusuli pindaan terhadap undang-udang.

"Dalam tempoh ini juga kita akan memanggil pakar, ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang dirasakan sesuai bagi memberikan input bagaimana sistem pilihan raya kita boleh ditambah baik," katanya.

Sementara itu Mohamed Nazri berkata, kaukus itu bertujuan menghentikan tindakan tidak bermaruah dan memalukan ahli Parlimen sehingga mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

"Ini masalah yang dihadapi oleh negara sejak 30 tahun yang lalu. Kita tahu bahawa mahkamah tertinggi di Malaysia telah memutuskan bahawa akta anti lompat parti tidak boleh dikuatkuasakan kerana ia menghalang hak asasi manusia, ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Jadi kita perlu memikirkan sesuatu perkara kerana ia perbuatan manusia. Begitu juga dengan akta dan kita boleh menggunakan pemikiran kita bagi menghentikan tindakan ini," katanya.

Jelasnya, parti-parti besar di Dewan Rakyat seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS), DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Barisan Nasional (BN) dan Pas telah bersetuju menyertai kaukus tersebut.

"Kita perlukan kekuatan mental dan jangan meletakkan rintangan di hadapan. Semua ini demi kebaikan semua pihak termasuklah ahli Parlimen, rakyat dan negara," katanya.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,226
Reaction score
3,177
Points
201
Pindaan peraturan pilihan raya kawal wakil rakyat lompat parti


KUALA LUMPUR: Pindaan terhadap Peraturan-peraturan Perjalanan Pilihan Raya 1998 boleh dibuat tanpa perlu meminda peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi mengawal isu wakil rakyat lompat parti.


Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, berkata dengan pindaan itu, wakil rakyat yang keluar parti, kerusi itu masih kekal milik parti yang ditandingi.

"Saya pernah mencadangkan kita tidak boleh menyekat wakil rakyat yang melompat parti sebab perlembagaan memberi hak kepada rakyat untuk bebas berpersatuan, tetapi di bawah peraturan pilihan raya kita boleh fikir untuk menambah peruntukan (peraturan).

"Jika calon melompat parti lain, kita pastikan kerusi kekal dimiliki oleh parti asalnya. Sebab pada pilihan raya, mereka disokong oleh partinya, bila dia buat keputusan lompat parti, kerusi itu seharusnya dikekalkan milik parti," katanya mengulas isu lompat parti yang berlaku di Sabah memaksa Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan lebih awal.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara BH : Apa Orang Sabah Mahu? Implikasi Pilihan Raya Negeri kepada Politik Nasional berlangsung di Studio NSTP, di sini hari ini.

Turut menjadi panel pada program itu, Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi serta Penganalisis Politik, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Yazid.

Beliau berkata, jika ini dapat dilakukan, amalan wakil rakyat melompat parti akan berkurangan dan ia boleh dilakukan kerajaan tanpa perlu mengubah perlembagaan.

Menyentuh perjalanan PRN Sabah 26 September ini, beliau berkata persekitaran pilihan raya di Sabah berbeza dan lebih mencabar berbanding di Semenanjung.

"Kita lihat sekarang proses berkempen tidak begitu mendatangkan kesan kepada perjalanan pilihan raya. Ketika COVID-19 ini, banyak kempen boleh dilaksana menerusi media sosial. Dulu, musim berkempen mungkin menjadi satu faktor sangat penting. Tapi kini, media sosial memainkan peranan utama dalam menyebarkan maklumat dan memberi mesej kepada pengundi.

"Yang akan memberi kekangan adalah pada hari mengundi. Mungkin akan ada isu masa disebabkan faktor penjarakan fizikal. Pengundi mesti mengundi pada masa sama keselamatan mesti dijaga, pamatuhan SOP (prosedur operasi standard) kesihatan adalah sangat penting. Ini tanggungjawab polis, SPR dan parti politik yang menjaga setiap tempat ini, saya nampak akan ada masalah.

"PRK (Pilihan Raya Kecil) di Semenanjung dapat dilakukan tapi kita tidak tahu kawasan di pedalaman orang mungkin ambil remeh. Ia menambahkan kerja yang dia mahu fokus kepada pengurusan pilihan raya, tetapi fokus kepada keselamatan SOP.

"Namun, di dua PRK termasuk di PRK DUN Slim, tidak mencerminkan COVID-19 mengurangkan orang keluar mengundi. Keghairahan orang keluar mengundi tinggi," katanya.

Beliau berkata, cabaran besar di Sabah juga adalah faktor logistik yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada proses kiraan dan penjumlahan undi di beberapa kawasan terutama pedalaman.

"Penggunaan pengangkutan besar seperti helikopter dan kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pedalaman membawa petugas pilihan raya dan kertas undi satu tugas yang membimbangkan.

"Penggunaan helikopter ada kalanya berdepan kekangan, perlu terbang sebelah pagi, lewat petang tak boleh terbang. Kita tak tahu juga pada hari pengundian cuaca tak bagus, helikopter tak boleh terbang.

"Faktor jalan darat dengan keadaan muka bumi yang sukar, kita perlu banyak kenderaan pacuan empat roda berbanding di Semenanjung, begitu juga di Sarawak.

"Dulu kita bimbang ada bijak pandai memalsukan dokumen, menggunakan nama yang tercatat dalam daftar pemilih. Memang kita ada rekod nama (pengundi), tetapi di kawasan pedalaman pematuhan urusan pilihan raya kadang-kadang tidak dipatuhi petugas. Namun, banyak perkara dilakukan SPR untuk membendung penipuan itu," katanya.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register