akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 57,610
Top Poster #6
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,610
- Reaction score
- 6,736
- Points
- 881
- Awards
- 1
Perlembagaan angkat Islam, jamin hak agama lain
Izwan Abdul HalimNovember 5, 2024
KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 3(1) menetapkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
- Advertisement -
Hal ini bertujuan bagi menjamin kedudukan orang bukan-Islam serta menjamin perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
Ustaz Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) berkata, peruntukan itu telah lama termaktub dalam Perlembagaan, namun adalah lebih baik peruntukan ini diberi kefahaman kepada masyarakat definisi Islam sebagai agama Persekutuan.
“Apakah ia hanya sekadar amalan spiritual, khususiyah, ataupun ia adalah sebagai agama kepada negara ini yang menjadi perkara utama dalam setiap tindak-tanduk yang dilakukan oleh yang pemerintah termasuklah dalam menggubal apa-apa juga perkara.
“Oleh kerana sesungguhnya Islam adalah ad-Deen yang termaktub dalam firman Allah SWT yang bermaksud, iaitu memberikan bahawa sembahyang kita, ibadat kita.
“Dan segala perkara yang bersangkutan dengan kehidupan dan kematian adalah kerana Allah SWT yang memberikan bahawa itulah ruang Islam mengikut apa yang sepatutnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Justeru, beliau berharap agar pelaksanaan Islam berjalan dengan baik di seluruh institusi yang berkait rapat dengan Islam perlulah diperkukuhkan. – HARAKAHDAILY 5/11/2024