PERLEKEH DARURAT: Bukit Aman Panggil Azwan Ali

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,489
Reaction score
12,170
Points
2,376
PERLEKEH DARURAT | Bukit Aman Panggil Azwan Ali

Selebriti Azwan Ali telah dipanggil ke Bukit Aman untuk direkod keterangan berhubung kenyataan didakwa memperlekeh Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kertas siasatan dibuka susulan laporan mengenai klip video berdurasi 41 saat mengandungi kenyataan selebriti itu ditularkan di laman sosial pada 12 Januari lalu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,489
Reaction score
12,170
Points
2,376
Berani dia perlekehkan darurat
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,856
Reaction score
217
Points
33
Diva AA dipanggil ke Bukit Aman

azwan-dalam-1.jpg


PETALING JAYA – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengesahkan pihaknya telah memangil Azwan Ali atau lebih dikenali Diva AA bagi membantu siasatan berhubung satu klip video yang memperlekehkan proklamasi diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong.

Pengarah JSJ, Datuk Huzir Mohamed berkata, klip video berdurasi 41 saat itu telah ditularkan di laman Facebook oleh pemilik akaun yang dikenali sebagai Zai Mikail 12 Januari lalu.

“Siasatan telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), JSJ Bukit Aman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Huzir, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik dan menularkan klip video tersebut.

Katanya, orang ramai digesa menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform tersebut sehingga boleh mendatangkan kegetaran awam serta menganggu gugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,”ujarnya.


== kosmo
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,376
Reaction score
1,996
Points
201
Retis je panggil
Awat tak panggil ahli politik lain :unsure:
Nampak kan pemainan depa huhu
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,105
Reaction score
2,598
Points
206

darurat darurat darurat malu malu malu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register