Perkongsian Tips / Panduan Penjimatan Sepanjang 2010.

CG Sponsors




razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
Salam hormat,

Memandangkan ada minat, dan InsyaAllah sepanjang 2010 ini.
Segala bahan berkaitan penjimatan seperti artikel, video atau
sebagai ingin dikongsikan disini. Diharap rakan CG juga turut
memeriahkan ruang ini dengan informasi berkaitan penjimatan dan pengurusan kewangan juga.
Diharap pihak Admin, mod, dan pengurusan tidak bermasalah dalam menyediakan ruang ini supaya menjadi
rujukan pada semua. Segala info akan dikemaskini dari masa ke semasa. :)




--------------------------------------------
Tips Penjimatan Di Tahun Baru 2010
--------------------------------------------


Dalam kita melakukan penjimatan, kita
juga wajib menjaga wang kita daripada
dibazirkan. Ianya amat penting bagi
menampakan hasil yang lebih berkesan
dalam teknik penjimatan kita. Oleh itu,
di tahun 2010 adalah satu permulaan
yang amat sesuai untuk kita bermula;
antaranya ialah, 5 perkongsian untuk anda.


1) URUS PERBELANJAAN DENGAN BIJAK!
Sebagai permulaan, kaji semula perbelanjaan anda
dan kenal pasti perbelanjaan tetap dan boleh ubah.
Bagi perbelanjaan boleh ubah seperti makan di tempat
kesukaan atau membeli belah, anda boleh mengurangkan
atau mengehadkan kekerapannya dan apa yang diperlukan
adalah sedikit disiplin dan perubahan kepada aktiviti
sosial anda.

Perbelanjaan tetap pula ialah perbelanjaan yang tidak
boleh dielak atau dikurangkan terus untuk disesuaikan
dengan keadaan kewangan anda. Perkara yang selalunya
dalam kategori ini melibatkan perbelanjaan besar seperti:
~ Pembiayaan rumah, kenderaan atau pinjaman pendidikan
~ Bil-bil utiliti seperti air, elektrik, telefon dan Internet.



2) JADILAH PENGGUNA BIJAK!
Berkemungkinan akan tiba masanya kerajaan akan melaksanakan
pakej rangsangan ekonomi seperti mengurangkan kadar faedah
untuk menggalakkan orang ramai berbelanja. Anda boleh mendapat
manfaat daripada pakej ini dengan mencari kadar yang lebih murah
dan tawaran yang lebih baik untuk membiayai semula gadai janji
yang ada.

Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan oleh bank-bank
perdagangan dan anda hanya perlu memilih tawaran yang terbaik,
iaitu yang boleh menjimatkan kadar faedah yang dibayar. Langkah
ini semestinya boleh menjimatkan wang anda dalam jangka masa panjang.



3) KAWAL PERBELANJAAN ANDA!
Ketika cuba mengurangkan kadar faedah yang dibayar dan memberi
lebih nilai untuk wang, anda sepatutnya tidak lagi berbelanja
dengan sewenang-wenangnya. Segala usaha anda dalam berjimat-cermat
akan menjadi tidak berguna jika wang tunai berkurangan dan komitmen
lain bertambah. Jadi, cuba kawal perbelanjaan anda. Ingat! Hanya
berbelanja untuk keperluan dan tangguhkan apa yang boleh.



4) HADKAN PENGGUNAAN KAD REDIT!
Jika anda gemar berbelanja menggunakan kad kredit tanpa sebarang
rasa bersalah, sudah tiba masanya sifat tersebut dikikis. Dengan
kebanjiran pelbagai jenis kad kredit di pasaran, sudah menjadi
lumrah untuk seseorang memiliki banyak kad kredit. Kad kredit
memang memberi kemudahan, namun ia boleh menyusahkan jika anda
tidak berdisiplin apabila menggunakannya. Dengan kad kredit,
anda sebenarnya berbelanja menggunakan duit yang anda tidak
ada pada masa ini. Lagi banyak anda berbelanja dan berhutang
dengan bank, lagi tinggi bayaran dikenakan selepas
dicampur dengan bayaran kadar faedah dan caj-caj lain.

Oleh sebab itu, bagi menguruskan perbelanjaan anda
dengan lebih baik, hadkan penggunaan kad kredit
kepada satu atau dua kad sahaja serta sentiasa awasi
baki bulanan yang ada. Elakkan hutang kad kredit anda
daripada terus bertambah dan jika boleh, jelaskan
kesemua hutang kad kredit setiap bulan.

Kegagalan untuk menyelesaikan hutang kad kredit boleh
menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk. Jika anda
melihat kepada bilangan orang yang telah muflis
di Malaysia, anda akan dapati jumlah tersebut
agak membimbangkan, tambahan pula ramai daripadanya
terdiri daripada golongan muda.


5) BINA SIMPANAN ANDA!
Apabila anda telah mampu menguruskan wang,
besar kemungkinan anda mempunyai lebihan wang tunai.
Gunakan lebihan ini untuk membina simpanan. Simpanan
ini hendaklah mampu bertahan selama 6 bulan untuk
menanggung perbelanjaan kehidupan seharian. Andaikan
anda diberhentikan kerja, manalah tahu... Jangan pula
gunakan pampasan tersebut untuk mengubah suai rumah
atau membeli kereta baru. Ia adalah simpanan anda.
Simpan untuk waktu-waktu kecemasan. Jika anda mempunyai
lebihan daripada simpanan, anda boleh ke langkah seterusnya.


Dibawah adalah langkah seterusnya jika anda telah
berjaya melakukan simpanan hasil penjimatan anda...!
Jika tiada simpanan, adalah mustahil untuk anda
melakukan langkah ke-6 dibawah ini:


LANGKAH KE-6 BAGI MENGKAYAKAN DIRI ANDA.


6) CARI PELUANG-PELUANG PELABURAN HALAL YANG ADA...!

“Inside of every problem lies an opportunity” - Robert Kiyosaki

Kebanyakan orang gagal kerana apabila peluang datang, mereka
tidak mampu kerana tiada lebihan wang, tiada simpanan kerana
tidak pernah melakukan penjimatan. Anda pasti tidak mahu termasuk
dalam golongan ini. Jadi, mulakan tahun 2010 anda dengan cemerlang.

Sebenarnya, ketika waktu yang tidak menentu maka akan muncul
peluang-peluang yang baik dalam pelaburan, tidak kira dalam pasaran
saham, hartanah atau produk pelaburan yang lain. Oleh itu, jika anda
mempunyai lebihan wang, pelajari kaedah dan cari peluang-peluang pelaburan
yang ada dengan mengambil kira tahap toleransi risiko anda.

Walaupun begitu, anda perlu berhati-hati dengan keputusan pelaburan
yang dibuat terutamanya apabila anda melabur dengan wang hasil titik
peluh dan penat lelah anda. Dengan perancangan dan disiplin diri,
anda mampu untuk mengharungi apa juga keadaan ekonomi di tahun 2010.


:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Sponsored Post

Overclock

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2006
Messages
14,056
Reaction score
42
Points
120
baru nak jimat barang dah start nak naik..1st day tahun baru.. support WanMalaysia.. rakyat dikenekandulu.
 
Last edited:

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
Itulah...

hope kalau ada mana2 artikel/ info yang boleh berjimat,
kongsikan juga..

Sebab macam 2010 nie... semakin tak terancang je ekonominya...
 

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
PENJIMATAN DARI KTM SEMPENA 2010...

KUALA LUMPUR: Sempena tahun baru 2010, KTM Bhd menawarkan penjimatan istimewa kepada penumpang komuter mulai 1 hingga 3 Januari ini.

Menurut kenyataan KTMB hari ini, tawaran itu membabitkan Pas Hujung Minggu Tahun Baru 2010 berharga RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak berbanding harga biasa pas harian RM36 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak.

Tawaran itu memberi penjimatan sehingga hampir 45 peratus jika menggunakan perkhidmatan komuter sepanjang tiga hari itu.

Pas Hujung Minggu itu akan dijual dari 1 hingga 3 Januari ini di kaunter-kaunter tiket perkhidmatan komuter.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej istimewa itu dengan menghubungi pusat panggilan KTM di 1300 88 5862. - Bernama
 

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
5 Tips Untuk Azam Kewangan Tahun Baru Anda

Perkongsian dari sumber:
Pakdi.my

5 Tips Untuk Azam Kewangan Tahun Baru Anda
Posted: December 31st, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Motivasi, Perancangan Kewangan | 5 Comments »

Barangkali anda masih mencari-cari apakah azam kewangan anda untuk tahun 2010. Mari saya kongsikan 5 tips untuk anda melakukan sesuatu yang lebih baik pada tahun 2010:


1. Saya akan menggunakan 1 kad kredit sahaja

Sekiranya anda mempunyai 5 kad kredit, anda akan mengeluarkan lebih banyak duit. Sedangkan anda sebenarnya masih boleh hidup dengan 1 kad kredit.

Sebelum ini, sekiranya anda seorang yang berdisiplin, 10 kad kredit pun tidak mengapa. Tetapi anda akan “membuang” lebih kurang RM 500 setahun hanya untuk membayar cukai untuk 10 kad kredit anda selepas ini.

Jadi anda perlu merancang kembali penggunaan kad kredit anda.



2. Saya akan tambah jumlah simpanan bulanan saya

Sekiranya anda sudah berjaya mendisiplinkan diri untuk membuat simpanan setiap bulan, barangkali 10% dari gaji, apa kata anda tambah 2.5% lagi pada tahun ini menjadi 12.5%.

Mari kita buat kira-kira. Sekiranya pendapatan tahunan anda adalah RM 60,000 maka dengan hanya menambah 2.5%, maka anda akan dapat menyimpan sebanyak RM 7,500 berbanding RM 6,000 sahaja.



3. Saya akan beli 1 buku berkaitan bisnes, pengurusan kewangan dan pelaburan setiap bulan

Ya. Sudah tentu anda boleh mendapat tips percuma dari blog saya dan beberapa blog berkaitan lagi di internet. Tetapi masih ramai yang tidak memberikan tips percuma di internet seperti saya.

Ada banyak lagi ilmu-ilmu pengurusan kewangan yang anda boleh dapat dengan membaca. Saya sendiri tidak mampu menulis semua topik, semua bab, dan menulis semua yang saya tahu dalam blog ini.



4. Saya mesti bina aset saya sendiri

Ramai yang saya lihat hari ini ada hobi tersendiri. Tetapi tidak ramai yang membina aset dari hobi tersebut. (Untuk anda yang baru membaca blog saya, aset yang saya maksudkan adalah sesuatu yang membuatkan poket anda kembung!)

Anda boleh menjual barang di Ebay. Anda boleh membina minisite jualan sendiri. Anda boleh menulis buku. Anda boleh menulis lirik lagu. Anda boleh mengajar how to breastfeed anak kepada bakal-bakal ibu. Anda boleh menjadi jurugambar. Anda boleh jual tudung Ekin. Anda boleh mulakan portfolio hartanah anda. Anda boleh … (sila isikan tempat kosong sendiri)

Sekiranya anda sudah bina pada tahun lepas dan berjaya, ulang sahaja resipi kejayaan anda atau tambah satu lagi aset baru yang berlainan jenis. Selagi mana aset itu halal, buat sahaja.

Kalau sudah bermula, tetapi masih belum belum berjaya, jangan berputus asa.



5. Saya mesti gunakan produk kewangan yang halal

Baik akaun simpanan, akaun semasa, akaun pelaburan. Dan pelbagai akaun lagi termasuk kad kredit, sila lah berhijrah ke produk yang halal. Produk yang mempunyai pengesahan halal dari pihak mempunyai autoriti untuk membuat pengesahan tersebut.

Saya tidak mengatakan apabila anda guna produk kewangan halal sahaja, anda terus boleh jadi jutawan. Bukan begitu. Cuma ada beberapa kisah benar, dulu hidup mereka “sempit”. Bukan tidak berduit. Ada duit, bergaji besar. Tetapi masih tidak lapang pintu rezekinya. Hati sentiasa berkeluh kesah dan tidak tenang. Lalu satu hari dibukakan hati untuk berhijrah menggunakan produk kewangan Islam, dan lama kelamaan mereka tidak lagi berasa “sempit” dan gundah gulana, hati sudah menjadi tenang. Kalau dirasakan tidak cukup rezekinya, entah macam mana akhirnya tetap menjadi cukup.

Itu kerja Allah swt. Sebab dalam Islam ada konsep suci dan berkat.

Hm.. saya rasa saya perlu tambah lagi 2 tips. Tips yang istimewa.


+1. Saya wajib berhenti merokok

Harga rokok semakin mahal. Kalau gaji anda setiap tahun bertambah mahal juga tidak mengapa. Tetapi saya harap anda bukan tergolong dalam golongan yang mengutamakan kepuasan merokok dari kualiti hidup anak-anak dan keluarga.

Kadang-kadang saya berasa pelik, kenapa duit merokok boleh sentiasa ada setiap bulan tetapi untuk menyimpan ada sahaja alasannya.


+2. Saya mesti daftar haji tahun ini juga

Salah satu syarat haji mesti ada keupayaan. Antaranya keupayaan kewangan untuk pergi dan balik, juga untuk perbelanjaan tanggungan yang ditinggalkan di tanah air.

Saya fikir tidak kena kalau selama ini kita berfikir ingin tambah duit sahaja tetapi terlupa untuk bertindak bagi membolehkan naik haji. Banyak tempat di dunia ini kita sudah pergi, tetapi dengan sengaja kita melambatkan pula urusan haji sedangkan sudah mampu.

Daftar haji tahun ini bukan tahun depan boleh terus pergi. Silap haribulan, 10-15 tahun lagi baru anda dipanggil. Kalau sudah mampu, tapi masih belum daftar haji, sekali sudah ‘padam’ dulu… amacam?

Semoga saya dapat membantu anda untuk membina azam kewangan tahun 2010

:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 

Dobit127

Active+ Member
Joined
Oct 29, 2007
Messages
2,875
Reaction score
85
Points
35
+2. Saya mesti daftar haji tahun ini juga

Salah satu syarat haji mesti ada keupayaan. Antaranya keupayaan kewangan untuk pergi dan balik, juga untuk perbelanjaan tanggungan yang ditinggalkan di tanah air.

Saya fikir tidak kena kalau selama ini kita berfikir ingin tambah duit sahaja tetapi terlupa untuk bertindak bagi membolehkan naik haji. Banyak tempat di dunia ini kita sudah pergi, tetapi dengan sengaja kita melambatkan pula urusan haji sedangkan sudah mampu.

Daftar haji tahun ini bukan tahun depan boleh terus pergi. Silap haribulan, 10-15 tahun lagi baru anda dipanggil. Kalau sudah mampu, tapi masih belum daftar haji, sekali sudah ‘padam’ dulu… amacam?

Semoga saya dapat membantu anda untuk membina azam kewangan tahun 2010



yang ni aku mesti buat jugak tahun ini..dah 3 tahun miss...adohaiii..benda senang , apasai x leh buat lagi.....
 

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
Ya bro Dobit127,

Syarat dia park dalam akaun Tabung Haji (RM1300 sahaja)
Dan mengikut rekod daftar, jika daftar sekarang,
tahun dijangka pergi adalah pada 2028... Jadi,
berdaftarlah cepat-cepat... :)
 

ameant

Super Active Member
Joined
Mar 27, 2007
Messages
6,332
Reaction score
143
Points
73
start tahun ni mmg dimulakan dgn berjimat sbb smalam 31 hb disember 2009

dah settle loan keta n dah potong nama
dah settle 2 cardcredit

tahun ni nak beazam open akaun kat tabung haji
 

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
Yup... Pastikan kita berjimat...

Mungkin ada sesuatu peluang untuk kita di masa depan...

4hb Januari... :) Kemaskini la buku apa yang patut...
 

razif1224

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2006
Messages
5,113
Reaction score
38
Points
70
Menetapkan Bajet:

Topik ini mungkin sudah banyak ditulis sebelum ini tetapi ia amat penting ditekankan sekali lagi di sini kerana tidak ramai rakyat Malaysia yang memilikinya.

Apa itu Bajet?

Bajet hanyalah satu pelan perbelanjaan anda (ha, seronok bukan?). Ya, kebanyakan kita suka berbelanja tetapi tidak ramai yang dapat mengawal perbelanjaan mereka. Bajet adalah satu cara untuk mengimbangi duit yang anda miliki dengan duit yang anda belanjakan. Anda membuat satu perancangan dengan membuat pilihan. Anda putuskan pada apa yang anda akan belanjakan, berapa banyak yang akan dibelanjakan dan berapa banyak yang anda akan simpan.

Pelan anda berdasarkan pada pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan ialah duit yang masuk ke dalam poket anda. Perbelanjaan ialah perkara yang mengambil duit dari poket anda. Oleh kerana pendapatan setiap orang berbeza, pelan anda perlu padan dengan situasi anda (atau poket anda!). Bajet anda diasaskan kepada Matlamat, Keperluan dan Kehendak.

Mari kita lihat beberapa contoh:

MATLAMAT
Memiliki sebuah Kereta
Memiliki sebuah Rumah
Berkahwin
Perniagaan sendiri
Memberikan pendidikan yang baik untuk anak
Pencen dengan selesa
Bersedekah


KEPERLUAN
Makan Minum
Tempat Tinggal
Pakaian
Masa berkualiti dengan keluarga
Kereta/Motosikal
Telefon mudah alih
Komputer

KEHENDAK
Makan malam yang mewah
Banglo seperti-rumah peranginan
Pakaian mahal berjenama
Percutian mahal
Kereta mewah
Telefon canggih yang terkini
Komputer yang tercanggih
Dan lain-lain lagi...

Seperti yang anda boleh lihat di atas, kadang kala sukar untuk membezakan antara Keperluan dan Kehendak. Semakin lama, keperluan asas kita mungkin berkembang lebih daripada makan dan minum, tempat tinggal dan pakaian. Seorang juru jual mungkin akan melakukan kerjanya dengan lebih efektif dengan sebuah kereta (melainkan sistem pengangkutan awam kita amat efisien!). Pada zaman IT masa kini, telefon mudah alih adalah praktikal dan penting (malah murid sekolah juga berpendapat begitu!), begitu juga dengan komputer. Namun, terdapat kereta yang berharga RM30,000+, sementara ada juga yang RM300,000+; telefon mudah alih yang berharga RM100+ dan yang lain berharga RM1,000+ dan komputer yang berharga RM1,000+, sementara yang lain sehingga RM10,000+!

Kita cuma Perlu beberapa perkara tetapi Kehendak kita tiada penghujungnya! Sukarkah untuk membezakannya sekarang???


Mengapa Saya Perlu Ada Bajet?

Sesiapa yang ada pendapatan dan perbelanjaan, perlukan bajet. Perancangan boleh membantu anda menggunakan duit untuk mencapai matlamat anda. Anda boleh mempelajari dan melatih kemahiran yang diperlukan untuk membuat bajet. Pelan kewangan ini akan membantu anda mengawal kewangan anda. Anda dapat mengelak daripada masalah kewangan dan capai matlamat anda dengan lebih mudah.


Bagaimana Saya Boleh Mula Buat Bajet?


Untuk membuat satu perancangan kewangan, senaraikan Pendapatan dan Perbelanjaan Tetap anda, iaitu perbelanjaan yang tidak berubah dari bulan ke bulan, seperti sewa rumah, ansuran rumah dan kereta atau premium insuran. Perbelanjaan yang lain adalah Pemboleh Ubah, iaitu berubah-ubah dari bulan ke bulan, seperti bil air dan elektrik, pakaian atau hiburan.

Kemudian, anda perlu tahu bagaimana anda membelanjakan duit anda sekarang. Anda boleh buat begini dengan menulis apa yang anda beli dan berapa yang anda belanjakan. Ini akan mengambil masa dan usaha tetapi ia bermanafaat kerana, ia akan membantu anda melihat ke mana anda membelanjakan duit anda. Jangan terlalu terkejut dengan apa yang anda pelajari tentang diri anda dan duit anda!

Untuk 30 hari seterusnya, setiap kali anda berbelanja, catatkannya dalam buku perancangan (gunakan Excel spreadsheet, jika anda pandai teknologi), berapa yang anda belanja dan ke mana anda membelanjanya. Apabila anda membayar bil, mengisi minyak kenderaan, pergi menonton wayang, bersedekah/membayar zakat, malah membeli nasi lemak kegemaran anda daripada gerai makcik depan rumah anda, semuanya perlu dicatat.

Di hujung bulan, gunakan kalkulator untuk jumlahkan setiap kolum di bawah carta agar dapat lihat berapa banyak duit yang anda telah belanjakan dalam setiap kolum. Kemudian, jumlahkan semua kolum untuk melihat berapa banyak duit yang anda belanjakan dalam sebulan secara purata. Babitkan anak-anak anda juga kerana latihan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran matematik mereka tetapi, ia juga mendedahkan kepada mereka tentang konsep berbajet (namun satu amaran: mereka akan tahu bila masa yang terbaik untuk meminta permainan baru mereka!).


Bagaimana Saya Hendak Memutuskan Di Mana Untuk Berbelanja?

Dengan melihat semula spreadsheet/carta anda yang sudah siap, anda dapat melihat ke mana duit anda dibelanjakan. Membincangkan carta anda dengan kauselor atau dengan seorang yang anda kenal, yang mengurus duit dengan baik, adalah tindakan yang bijak.

Sebahagian besar duit anda digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, rumah dan pakaian. Semua ini adalah keperluan dan anda akan sentiasa membelanjakan duit padanya untuk hidup tetapi anda boleh memilih berapa banyak yang perlu dibelanjakan. Perbelanjaan lain mungkin termasuk, membeli pakaian baru, pinggan mangkuk baru atau permainan baru untuk anak-anak anda. Ini pula adalah kehendak. Walaupun anda mungkin gemar membelanjakan duit cara ini, sebenarnya anda boleh hidup tanpanya.

Soalan berikut mungkin dapat membantu anda membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan:


* Perbelanjaan manakah yang tidak boleh dipotong?
* Berapakah perbelanjaan minimum yang saya perlukan untuk hidup?
* Perbelanjaan yang mana satu ialah Keperluan dan yang mana satu ialah Kehendak?
* Apakah yang akan berlaku jika saya menangguhkan beberapa perbelanjaan?
* Bolehkah saya membeli barang pengganti yang lebih murah?



Sekarang, setelah anda mengkaji carta anda dan membincangkan soalan di atas, anda sudah bersedia untuk membuat bajet peribadi anda. Catatkan berapa banyak duit yang anda perlukan untuk setiap jenis perbelanjaan dalam sebulan. Sebagai contoh: RM300 untuk makan minum, RM100 untuk pengangkutan, RM50 untuk simpanan dan sebagainya.

Cuba tetapkan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Sebagai contoh matlamat jangka pendek: hadkan duit untuk makan minum kepada RM10 sehari, naik bas/LRT daripada memandu ke tempat kerja dan baca surat akhbar (jiran anda) untuk mencari hiburan keluarga secara percuma. Contoh matlamat jangka panjang: simpan RM1,000 untuk membeli peti sejuk baru (model yang jimat tenaga dan mesra alam adalah ideal!), melangsaikan hutang atau mungkin berpindah ke kawasan perumahan baru (atau setengah orang mungkin berkata, balik kampung!)


Bagaimana Saya Dapat Mematuhi Bajet?

Ini adalah bahagian yang mencabar! Ia akan memerlukan latihan dan disiplin diri untuk mematuhi bajet anda. Hanya anda seorang saja yang boleh mematuhi perancangan anda. Di sini ada beberapa cadangan yang boleh membantu anda terus mematahi bajet anda:


* Bayar bil yang diperlukan terlebih dahulu. Jika boleh, cuba aturkan supaya bil-bil anda tidak perlu dibayar serentak pada hari yang sama.
* Simpan duit setiap bulan, tidak kira berapa jumlahnya. Anda cuma mahu jadikan ia tabiat.
* Buat satu senarai sebelum anda pergi membeli-belah. Semasa anda membeli-belah, ingat perbezaan antara keperluan dan kehendak.
* Buat perancangan terlebih dahulu dan beli barangan ketika ada jualan murah. Membeli-belah di kedai diskaun dan pasar lambak. Kongsi barangan yang boleh digunakan semula dengan keluarga dan rakan.
* Jauhi daripada kedai atau tempat yang membazirkan duit anda!
* Pelajari cara-cara menyimpan duit daripada keluarga dan rakan, dan patuhi satu pelan.
* Rekodkan apa yang anda belanja dan berapa perbelanjaan anda. Jadikannya mudah dan senang untuk dibuat. (Tip: mungkin “buku kecil 555” amat berguna!)
* Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang anda telah tulis supaya anda boleh lihat jika anda telah mematuhinya.



Bilakah Perlu Saya Ubah Bajet Saya?

Jangan panik atau kecewa jika anda tidak dapat mengikut bajet anda sepenuhnya. Ia mengambil masa dan memerlukan latihan untuk mengubah sebarang tingkah-laku, lebih-lebih lagi tabiat berbelanja! Anda mungkin perlu mengubah bajet anda mengikut perubahan keperluan anda dan keluarga anda. Jika pendapatan anda bertambah atau berkurangan, anda perlu mengubahnya. Yang penting anda mempunyai satu pelan dan anda dapat mengurus kewangan anda.


:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Sponsored Post
Top
Log in Register