BTC USD 32,364.3 Gold USD 1,783.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkhidmatan Percubaan RapidKL Untuk Wanita Sahaja Sehingga 31 Dis

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Perkhidmatan Percubaan RapidKL Untuk Wanita Sahaja Sehingga 31 Dis

rapid

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- RapidKL telah memulakan tempoh percubaan bagi perkhidmatan bas untuk golongan wanita sahaja, yang dikenali sebagai Rapid Bas Wanita, mulai Rabu hingga 31 Dis.

Menurut kenyataan Bas RapidKLi, ia adalah tambahan kepada operasi biasa syarikat berkenaan dan menyediakan perkhidmatan berbaloi kepada orang awam.

Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).

Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dab U81 (Hab Pasar Seni).

Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

Beliau berkata Rapid Bas Wanita tidak akan menjejaskan perkhidmatan sedia ada syarikat itu kerana ia akan menggunakan bas tambahan.

Walaupun dikhaskan untuk wanita sahaja, kanak-kanak di bawah usia dua belas tahun dibenarkan menggunakan perkhidmatan bas tersebut dengan ditemani rakan atau saudara perempuan.

Ikon bas 'untuk wanita sahaja' akan diletakkan pada cermin depan bas, tingkap, pintu dan skrin LED dalam kenderaan itu bagi membezakannya daripada bas biasa.

-- BERNAMA
 
Last edited:
Sponsored Post

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
138
bas untuk laki tak ada ka?????????
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
bas utk warga asing tadak ka????
 

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,741
Reaction score
563
Points
171
Perkhidmatan yang sedia ada pun masih tak terurus dengan betul. Bertambah malang lah agaknya pengguna bas yang sentiasa lambat/tak ikut jadual ketibaan!
 

ilhamic

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2009
Messages
7,370
Reaction score
52
Points
70
asingkan juga warga asing..kekekee~
 

am2020

Active+ Member
Joined
Nov 1, 2009
Messages
2,731
Reaction score
8
Points
25
bas utk mahluk asing nk kena ade gak
 

LeptoSpyra

Active Member
Joined
Nov 22, 2010
Messages
1,013
Reaction score
2
Points
25
satu usaha untuk mengurangkan gangguan seksual terhadap wanita. syabas rapid kl. heheh :D
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,921
Reaction score
541
Points
161
bas utk lelaki sahaja xde ke,ini dah lebih,yg x selamatnye bila ada penungpang lelaki warga asing
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,248
Reaction score
723
Points
171
Bas utk lelaki saje takde ke? Aku pun takut ganguan seksual.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register