BTC USD 37,461.8 Gold USD 1,773.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkhidmatan Aqiqah dan Qurban (urusniaga Dinar dan Dirham juga diterima)

srijatimas

Fun Poster
Joined
Oct 9, 2009
Messages
990
Reaction score
2
Points
15
Assalamualaikum kepada warga CG.
PENGERTIAN ‘AQIQAH
‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.

HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)

SYARAT ‘AQIQAH
Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH
Berdoa semasa hendak menyembelih:
بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".

Menyembelih ketika matahari sedang naik.
Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAKMengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.
Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.
Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

HIKMAH ‘AQIQAH
‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.
Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban:

‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.


Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.

‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.

Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.
......................................................................................................................


Alhamdulillah kini saya dan rakan kongsi, En. Ismail Ahmad selaku pemilik Ladang Ternakan Kambing di Kampung Tengah Jalan Gombak, Kuala Lumpur menyediakan Perkhidmatan Aqiqah dan Qurban kepada anda yang ingin menunaikannya.

Pakej Aqiqah yang ditawarkan:
Pakej A:

[email protected] tempatan/Import
Tunai dan Bawa hidup.

Pakej B:
[email protected] tempatan/Import
Siap sembelih/lapah
Daging sembelih diserah kepada pembeli

Pakej C:
[email protected] tempatan/Import
Daging sembelih dimasak mengikut jenis masakan yang ditawarkan untuk tujuan kenduri dan sebagainya.

Pakej D:
[email protected] tempatan/Import
Siap sembelih/lapah
Daging sembelih disedekahkan kepada fakir miskin/rumah anak yatim.

Penghantaran PERCUMA untuk sekitar Lembah Klang
Anda sendiri akan dibawa untuk memilih kambing untuk Aqiqah dan Qurban.


sekiranya anda berminat, sila hubungi saya 0196046589/0195054821
*saya akan update dari masa kesemasa
 
Last edited:
Sponsored Post

srijatimas

Fun Poster
Joined
Oct 9, 2009
Messages
990
Reaction score
2
Points
15
salam...
Salam Aidiladha Buat Warga CG..
semoga setiap amalan kita di berkati oleh-Nya..
 

srijatimas

Fun Poster
Joined
Oct 9, 2009
Messages
990
Reaction score
2
Points
15
salam semua warga CG,

Berikut senarai sebutharga:
Jenis Kambing:
1.Biri-biri
2.Jamnapari
3.Kacukan
4.kambing Kampung

Harga Kambing:
Saiz Kecil: RM480/ekor
Saiz Seberhana: RM580/ekor
Saiz Besar: RM680/ekor

Harga Lembu:
1. RM2,800.00: berat daging 120kg.
2. RM2,200.00 (saiz kecil), berat daging 60-70kg


Jenis Masakan yg Disediakan:
Kurma/Kari: RM200.00/ekor
Briyani:RM300.00/ekor
Kurmu Hijau:RM300.00/ekor
Masala: RM300.00/ekor
Kurzi: RM300.00/ekor


Susu Kambing Segar:
1.RM10/250ml
2.RM12/320ml


Set BBQ Kambing/Biri-Biri RM1,200.00:
Harga termasuk:
Seekor Kambing
2 sos pilihan
Mixed salad
Khidmat Chef untuk memanggang
 
Last edited:

srijatimas

Fun Poster
Joined
Oct 9, 2009
Messages
990
Reaction score
2
Points
15
kepada anda yang berminat boleh call/sms saya 0196046589/0195054821
 
Last edited:

srijatimas

Fun Poster
Joined
Oct 9, 2009
Messages
990
Reaction score
2
Points
15
Sepanjang Aktiviti Aqiqah Eijaz Muzaffar Bin Jamin Jamil 170511

P1010302.JPG
P1010304.JPG

P1010303.JPG
DSC02133.JPG
DSC02131.JPG


terima kasih kami ucapkan kepada En. Jamin Jamil Bin M Anas sekeluarga.

Kepada warga CG yg berhajat untuk menghulurkan sumbangan
kepada anak-anak yatim di Rumah Amal Anak Yatim YPIN,
sila berhubung: Pn. Asmah Bt. HJ Nordin (Penyelaras Asrama) 012-6353164
 
Last edited:

srijatimas

Fun Poster
Joined
Oct 9, 2009
Messages
990
Reaction score
2
Points
15
salam semua warga CG,

Berikut senarai sebutharga:
Jenis Kambing:
1.Biri-biri
2.Jamnapari
3.Kacukan
4.kambing Kampung

Harga Kambing:
Saiz Kecil: RM480/ekor
Saiz Seberhana: RM580/ekor
Saiz Besar: RM680/ekor

Harga Lembu:
1. RM2,800.00: berat daging 120kg.
2. RM2,200.00 (saiz kecil), berat daging 60-70kg


Jenis Masakan yg Disediakan:
Kurma/Kari: RM200.00/ekor
Briyani:RM300.00/ekor
Kurmu Hijau:RM300.00/ekor
Masala: RM300.00/ekor
Kurzi: RM300.00/ekor


Susu Kambing Segar:
1.RM10/250ml
2.RM12/320ml


Set BBQ Kambing/Biri-Biri RM1,200.00:
Harga termasuk:
Seekor Kambing
2 sos pilihan
Mixed salad
Khidmat Chef untuk memanggang

Assalamualaikum,
Sedia menerima tempahan daripada warga CG.. :)cgrock
 

srijatimas

Fun Poster
Joined
Oct 9, 2009
Messages
990
Reaction score
2
Points
15
Assalamualaikum...
kami menyediakan perkhidmatan bagi aqikah, kepada anda yang berminat sila call/sms 0196046589 untuk maklumat lanjut..
kami sedia membantu.
 

MyWork

Active+ Member
Joined
Mar 3, 2011
Messages
4,502
Reaction score
6
Points
25
gud servis, free bump ntuk TT
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register