Covid-19 Perkembangan COVID-19 di UK | 1.01M Cases 46,555 Deaths

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,247
Reaction score
4,259
Points
201
Johnson locks down England as UK COVID-19 cases pass 1 million Non-essential shops must close and people will only be able to leave home for a short list of reasons.

For more: https://aje.io/u9xz3
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,247
Reaction score
4,259
Points
201
UK parliament approves month-long COVID-19 lockdown for England


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,247
Reaction score
4,259
Points
201
England kuat kuasa sekatan pergerakan nasional kedua

LONDON: Jutaan rakyat Britain mula duduk di rumah berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan nasional kedua bagi membendung jangkitan COVID-19, bermula hari ini, lapor agensi berita Anadolu.

Di bawah sekatan itu, orang ramai diminta duduk di rumah kecuali, jika boleh bekerja dari rumah dan elak berkumpul lebih seorang pada satu masa.

Kedai barangan kurang penting, pub, restoran, dan gimnasium akan ditutup sehingga tempoh sekatan pergerakan berakhir pada 2 Disember.

Langkah-langkah baharu ini berkuat kuasa di tengah-tengah gelombang kedua pandemik yang telah menyebabkan peningkatan ketara kes jangkitan dan kematian dalam beberapa minggu terakhir.

Data pemerintah yang dikeluarkan semalam menunjukkan 25,177 orang lagi diuji positif untuk COVID-19 di seluruh United Kingdom (UK) dalam tempoh 24 jam terakhir, angka kedua tertinggi dalam catatan, menjadikan jumlah keseluruhan hampir 1.1 juta (1,099,059).

Sebanyak 492 kematian lagi menambah jumlah kematian kepada 47,742 orang.

Perdana Menteri Boris Johnson kelmarin berkata, 'tidak bersedia untuk merisikokan nyawa rakyat Britain', menekankan tanpa sekatan pergerakan baharu, kematian akan berlaku 'dalam skala yang menyedihkan.'

Beliau berkata, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) kemungkinan akan menghadapi 'masalah luar biasa' bulan depan jika tiada sekatan.

Canselor Rishi Sunak dijangka membuat pengumuman mengenai skim furlough, iaitu pemerintah membayar 80 peratus gaji mereka yang kehilangan pekerjaan disebabkan langkah sekatan pergerakan. - BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,247
Reaction score
4,259
Points
201
UK: Several arrested as hundreds protest against lockdown in Manchester

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,247
Reaction score
4,259
Points
201
Pesakit paling lama hidap COVID-19 di Britain pulang selepas 7 bulan terima rawatan
ali_1605236617.jpg

Ali Sakallioglu menerima rawatan 222 hari di hospital akibat COVID-19. - Foto Mail Online

CATFORD, LONDON: Lebih tujuh bulan bertarung nyawa, seorang pesakit COVID-19 di Britain akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas 222 hari menerima rawatan akibat virus itu.

Ali Sakallioglu, 56, yang disifatkan sebagai pesakit COVID-19 paling lama di Britain menerima rawatan rapi berikutan koma selepas dijangkiti COVID-19 yang kini membunuh lebih 50,000 orang di United Kingdom.

Ali yang juga seorang pemandu teksi mengalami serangan jantung selain menderita strok, kegagalan paru-paru dan organ serta sepsis.

Lebih menyedihkan apabila ahli keluarga Ali diberitahu sebanyak tiga kali bahawa lelaki itu akan menemui ajal akibat penyakit yang dihadapinya.


Bagaimanapun bagi Ali ia ternyata tidak mematahkan semangatnya untuk melawan virus itu dan ia ternyata berbaloi apabila beliau akhirnya disahkan bebas COVID-19.

Ali yang berharap dapat kembali bekerja sebagai pemandu teksi, dibenarkan pulang ke rumahnya di Catford, di tenggara London pada Armistice Day.

Bercakap kepada akhbar the Sun, datuk kepada sembilan cucu itu memberi semangat buat rakyat Britain dengan menegaskan bahawa semua pihak boleh menumpaskan COVID-19 bersama.

"Britain, kita boleh melakukannya. Kita boleh menewaskan COVID-19 bersama dan memenangi peperangan ini seperti mana kita memang Perang Dunia pertama dan kedua," katanya.

Ali turut menggesa rakyat Britain mematuhi peraturan dibuat kerajaan dalam usaha memerangi COVID-19.

Menurut the Sun, Ali yang menghidap diabetes tahap satu, mengalami gejala COVID-19 pada akhir Mac lalu di mana ketika itu Britain pertama kali menguatkuasakan perintah sekatan nasional.

Dengan mematuhi nasihat kerajaan ketika itu, Ali kemudiannya menghubungi talian kecemasan 111, di mana ketika itu mereka menyuruhnya supaya melakukan kuarantin kendiri.

Berdasarkan laporan the Sun, Ali bagaimanapun dikejarkan ke Hospital Universiti Lewisham pada awal April berikutan keadaannya semakin teruk sebelum disahkan positif COVID-19.

Katanya, beliau kemudiaan menerima rawatan di Hospital King College di Camberwell, bagi pembedahan selepas mengalami serangan jantung dan diletakkan dalam keadaan koma selama tiga bulan.

Beliau kemudiannya dibawa ke pusat penjagaan untuk membantu proses penyembuhan termasuk keupayaan untuk berjalan semula.

Sebelum ini pada bulan lalu, seorang lagi rakyat Britain, Mark Gregory, 58, yang menderita COVId-19 selama enam bulan juga dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan di Hospital Besar Weston, Somerset pada April. - AGENSI
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,247
Reaction score
4,259
Points
201
COVID-19: PM Britain kuarantin kendiri selepas kontak disahkan positif

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, sedang menjalani kuarantin kendiri selepas individu kontak beliau disahkan positif COVID-19, menurut seorang jurucakap Downing Street, semalam.

"Beliau akan terus bertugas dari Downing Street, termasuk menerajui tindak balas kerajaan terhadap pandemik itu," katanya.

Johnson pernah dimasukkan ke wad akibat jangkitan wabak berkenaan, April lalu.

"Kali ini, Perdana Menteri adalah sihat dan tidak mengalami sebarang gejala," kata jurucakap itu.

Johnson diminta menjalani kuarantin kendiri berikutan pertemuan dengan sekumpulan kecil Ahli Parlimen di Downing Street, Khamis lalu, termasuk seorang yang kemudian mengalami gejala dan disahkan positif COVID-19.

April lalu, Johnson, 56, dijangkiti wabak itu dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selama tiga malam, sekali gus menzahirkan penghargaan kepada petugas hospital kerana menyelamatkan nyawanya.

Beliau memaklumkan, keadaan penyakitnya itu diburukkan lagi dengan faktor berat badan berlebihan, namun kini ia sudah menurun sebanyak 12 kilogram.

"Saya akan meneruskan diet itu, kerana anda perlu mencari hero dalam diri anda, dengan harapan bahawa individu itu adalah lebih kurus," katanya berseloroh, bulan lalu.

Britain yang muncul negara paling terkesan dengan pandemik itu di Eropah, mencatatkan lebih 50,000 kematian daripada kira-kira 1.2 juta kes positif. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,247
Reaction score
4,259
Points
201
Perdana Menteri Britain umum ujian virus besar-besaran

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, hari ini mengumumkan ujian percubaan terbesar bakal dijalankan di kawasan mencatatkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi ketika negara itu melaksanakan sistem sekatan berperingkat.

Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan di Parlimen mengenai kemasukan bantuan tentera ke kawasan yang berisiko tinggi apabila ujian besar-besaran dalam Pelan Musim Sejuk COVID-19 itu dilaksana kerajaan.

Langkah itu dibuat selepas ujian percubaan pertama dijalankan untuk satu bandar di Liverpool bulan ini berjaya dengan kes jangkitan berkurangan secara mendadak.

Bandar di barat laut England itu kini sedang menjalankan percubaan sistem ujian baharu di mana kontak disahkan positif boleh mengambil ujian setiap hari selama seminggu.

Menurut jurucakap Downing Street, mereka hanya akan diasingkan jika disahkan positif sepanjang tempoh itu, berbanding amalan terus dikuarantin ketika ini.

"Jika berjaya, sistem itu boleh digunakan di seluruh negara dengan dikendalikan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), menawarkan penjagaan di rumah untuk semua penduduk mulai Januari ini," katanya.

Menurutnya lagi, sistem baharu itu menumpukan kepada penjagaan di rumah, yang mana ketika ini sebarang kunjungan tidak dibenarkan dengan peraturan penjarakan fizikal.

England akan beralih kepada melaksanakan sistem sekatan berperingkat selepas perintah berkurung berakhir 2 Disember nanti.

Downing Street dilaporkan berkata sistem itu mirip kepada yang dilaksanakan sebelum perintah berkurung tetapi dengan sedikit larangan bagi sesetengah kawasan.

Britain kini mencatatkan 55,000 kematian daripada keseluruhan lebih 1.5 juta kes iaitu antara yang tertinggi di seluruh dunia, yang mana negara itu kini berusaha mengawal peningkatan kes dalam gelombang kedua jangkitan.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancook, memberitahu radio BBC hari ini bahawa peringkat risiko tertinggi kali ini akan lebih sukar berbanding yang sebelumnya.

"Kita harus memastikan kita bukan hanya menurunkan kadar jangkitan virus, bahkan meratakan lengkuknya," katanya.

Johnson, yang kini menerima tekanan berikutan kemerosotan ekonomi kesan wabak itu, turut dijangka mengumumkan kelonggaran sekatan bagi sambutan Krismas supaya pertemuan keluarga dibenarkan. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,247
Reaction score
4,259
Points
201
UK ringankan sekatan COVID-19 sempena Krismas

LONDON: Peraturan sekatan terhadap COVID-19 membabitkan pertemuan sosial dan perjalanan akan dilonggarkan di United Kingdom (UK) sempena sambutan Krismas, bulan depan.

Menurut wakil kerajaan UK, melalui kelonggaran sekatan itu, seramai tiga orang dalam setiap isi rumah dibenarkan menyambut perayaan berkenaan bersama-sama.

Berdasarkan kenyataan bersama oleh pihak pentadbiran di empat negara UK iaitu England, Scotland, Wales dan Ireland Utara, peraturan itu akan dikuatkuasakan bermula 23 hingga 27 Disember depan.

Katanya, dalam pada tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya, mereka menyedari bahawa ini adalah tahun yang amat sukar bagi semua orang.

"Kita semua harus membuat pengorbanan yang besar dalam kehidupan seharian dan ramai kumpulan komuniti serta agama terpaksa mengubah atau 'meninggalkan' sambutan perayaan yang lazim diraikan bagi membendung penularan COVID-19, sekali gus menyelamatkan lebih banyak nyawa.

"Ini tidak boleh menjadi sambutan Krismas yang 'normal'. Justeru dalam kita menuju ke musim perayaan ini, kami bekerjasama secara rapat untuk mencari jalan bagi keluarga dan rakan bertemu antara satu sama lain.

"Pertemuan itu perlu dilakukan untuk masa yang singkat kerana menyedari ia harus dilakukan dalam keadaan yang terhad serta dengan langkah berhati-hati, " katanya, semalam.

Pada masa sama, kenyataan itu berkata, kelonggaran untuk tiga individu berkumpul dalam setiap isi rumah akan hanya tergunapakai di rumah persendirian, ruang luar dan tempat ibadat.

Peraturan lebih ketat akan tetap dikenakan terhadap perkumpulan lebih kecil di restoran dan pub, yang diberikan kebenaran untuk beroperasi.

Sebelum ini, pentadbir polisi kesihatan yang berbeza di negara bahagian UK mengenakan larangan berlainan dalam usaha memerangi COVID-19.

Di England, perintah sekatan dilaksanakan selama empat minggu dan dijangka berakhir 2 Disember ini sebelum negara itu kembali kepada sekatan wilayah, bergantung kepada jumlah kes di setiap bahagian.

Peraturan itu turut membabitkan batasan perjalanan masuk dan keluar di kawasan panas COVID-19.

Namun, sepanjang tempoh Krismas, semua sekatan perjalanan akan ditarik semula di seluruh UK.

Individu yang melakukan perjalanan dari atau menuju ke Ireland Utara akan mempunyai hari perjalanan tambahan atau ketika lima hari waktu bekerja (five-day window) - AFP.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register