Covid-19 Perkembangan COVID-19 di UK | 1.01M Cases 46,555 Deaths

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,258
Points
201
UK: Data of nearly 16,000 COVID-19 cases lost due to glitch


 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,258
Points
201

Liverpool faces highest level of COVID-19 restrictions in England
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,258
Points
201
England restrictions: New measures imposed on half the country


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,258
Points
201
COVID-19: Britain kenakan sekatan lebih ketat terhadap Manchester

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson semalam berkata, beliau akan mengenakan sekatan pergerakan lebih ketat di wilayah Manchester, di utara England walaupun gagal mencapai kesepakatan dengan pemimpin tempatan mengenai sokongan pembiayaan.

Britain - negara Eropah paling teruk dilanda pandemik COVID-19 dengan hampir 44,000 kematian berkaitan - kini menyaksikan gelombang virus kedua, mencatat 21,331 kes baharu dan 241 kematian semalam.

Johnson menolak tekanan untuk mengenakan penutupan kebangsaan kedua, bimbang akan kesan ekonomi yang buruk, dan sebaliknya melaksanakan strategi bersifat tempatan, mengenakan tiga tahap sekatan yang semakin ketat di kawasan panas virus di England.

Rancangan itu ditentang oleh pemimpin di utara, di mana wabak terburuk terbaharu tertumpu, yang mengatakan bahawa kerajaan tidak memberikan mereka sokongan kewangan yang cukup untuk menghadapi sekatan ketat.

Johnson secara satu pihak mengenakan sekatan tahap tertinggi - yang merangkumi penutupan paksa pub yang tidak menyajikan makanan dan nasihat supaya tidak melakukan perjalanan ke dalam atau di luar wilayah - selepas perbincangan dengan pemimpin tempatan mengenai langkah sukarela ke peringkat terbabit gagal.

"Petang ini, dengan diberitahu oleh data yang baru saja kita lihat, saya boleh mengumumkan bahawa Greater Manchester akan bergerak ke tahap amaran Sangat Tinggi," kata Johnson pada sidang media.

Beliau bertkata, larangan itu akan bermula pada Jumaat dan bahawa beliau menyesali kegagalan perundingan: "kita akan memiliki peluang yang lebih baik untuk mengalahkan virus itu jika kita bekerjasama."

Sebelumnya, Datuk Bandar Manchester dari Parti Buruh, Andy Burnham pada sidang akhbar berkata bahawa kerajaan telah gagal memenuhi jumlah minimum yang diperlukan oleh wilayah itu untuk melindungi yang termiskin, dan menteri yang menarik diri dari perbincangan.

"Tiada kesepakatan hari ini, adakah kita ditawarkan cukup untuk melindungi orang-orang termiskin dalam masyarakat kita melalui realiti yang menghukum pada musim sejuk yang bakal tiba," kata Burnham. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,258
Points
201
Wales restrictions: 17-day lockdown to come into force


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,258
Points
201
COVID-19: 'Perkauman berstruktur' ragut nyawa minoriti UK

LONDON: Etnik minoriti Britain yang sejak bertahun lamanya diabaikan kini menjadi kumpulan berisiko tinggi terdedah pada pandemik COVID-19.

Kumpulan merangkumi warga kulit hitam, Asia dan etnik minoriti lain atau digelar BAME (Black, Asian, minority ethnic), sememangnya lebih berisiko menghidap kencing manis, penyakit jantung dan kegemukan.

Namun, faktor genetik tidak dapat menjelaskan sepenuhnya mengapa kumpulan itu menghadapi ketidakseimbangan terbabit, menurut laporan hasil kajian selama enam bulan oleh aktivis minoriti, Doreen Lawrence.

Laporan itu ditaja oleh parti utama pembangkang, Parti Buruh, yang bakal dijadikan asas kritikan politik terhadap cara Parti Konservatif menguruskan pandemik, hingga Britain mencatat jumlah kematian tertinggi di Eropah.

Lawrence berkata, individu kulit hitam, Asia dan etnik minoriti lain terdedah, tidak dilindungi, berdepan stigma serta diabaikan bukan saja ketika pandemik, sebaliknya sudah berlarutan sejak sekian lama.

"Kesan COVID-19 bukan secara rambang, sebaliknya sudah dijangka dan tidak dapat dielakkan akibat kesan ketidakadilan struktur, penindasan rata dan diskriminasi sejak puluhan tahun dalam masyarakat kita.

"Kita berada dalam krisis yang boleh dielakkan. Laporan ini adalah rayuan memohon pertolongan untuk memecahkan corak yang jelas lagi tragik ini," katanya dalam laporan berkenaan.

Lawrence antara individu disegani dalam kempen menentang ketidakadilan kaum sejak anak lelakinya yang berusia 18 tahun, Stephen, ditikam sehingga mati oleh kumpulan remaja berkulit putih pada 1993.

Beliau dilantik sebagai Baroness di House of Lords di Parlimen United Kingdom (UK) pada 2013.

Laporan yang dihasilkannya adalah berasaskan kajian oleh ahli statistik kerajaan, yang mendapati individu kulit putih Britain kurang berisiko maut akibat COVID-19 berbanding kumpulan etnik lain, kecuali bangsa Cina.

Individu kulit hitam negara itu pula didapati empat kali ganda lebih berkemungkinan maut berbanding kumpulan kulit putih.

Menurut laporan itu, jika kadar kematian individu kulit putih sama dengan individu kulit hitam, Britain mungkin mencatatkan lebih 58,000 lagi kematian akibat penyakit itu berbanding hampir 45,000 kematian sekarang.

Memetik beberapa penyelidik, laporan itu menjelaskan, faktor genetik tidak membuktikan mengapa setiap kumpulan etnik minoriti berisiko tinggi maut akibat COVID-19 berbanding individu kulit putih.

"Sebaliknya, ketidaksamaan ini berkemungkinan berpunca daripada struktur dan institusi bersifat perkauman... dan akses berbeza untuk penjagaan kesihatan," jelas laporan itu. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,258
Points
201

Growing divide between northern and southern England
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,258
Points
201
COVID-19: UK sekat eksport vaksin selesema

LONDON: Britain mengumumkan akan menyekat pengeksportan vaksin selesema ketika negara itu memulakan program vaksinasi besar-besaran bagi meredakan tekanan terhadap sistem kesihatan yang sedang bergelut memerangi pandemik COVID-19.

Sekatan yang diumumkan Jumaat itu akan menghentikan eksport ubat-ubatan bagi membolehkan ia dikhususkan untuk kegunaan di United Kingdom.

"Kami akan selalu bertindak untuk memastikan ubat-ubatan dan vaksin untuk pesakit di UK dilindungi dan sampai kepada mereka yang memerlukannya," kata Menteri Kesihatan, Matt Hancock.

"Tindakan ini akan melindungi bekalan vaksinasi selesema, sebagai sebahagian daripada program pemberian 30 juta vaksin selesema menjelang musim sejuk yang belum pernah terjadi sebelumnya."

Britain kini berada di tengah gelombang kedua pandemik COVID-19 dengan pegawai kesihatan memberi amaran bahawa beberapa hospital tidak lama lagi tidak lagi mampu menampung pesakit. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,258
Points
201
Coronavirus spreading faster in England than government's worst-case scenario - BBC News


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,258
Points
201
COVID-19: Perintah berkurung kali kedua di England

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Sabtu mengumumkan perintah berkurung untuk kali kedua selama empat minggu di England, sekali gus menyertai negara lain di Eropah.

Perintah berkurung akan bermula pada Khamis ini dan berakhir pada 2 Disember. Penduduk England perlu berada di rumah.

Pengecualian diberikan untuk mereka yang bekerja, dalam sektor pendidikan dan sukan dengan semua kedai akan ditutup. Sekolah, kolej dan universiti akan terus dibuka.

"Sekarang adalah masanya untuk bertindak kerana kita tiada alternatif lain. Virus kini merebak lebih cepat berbanding jangkaan paling buruk oleh penasihat saintifik," katanya dalam perutusan dari Downing Street yang disiarkan di televisyen.

COVID-19 kini membunuh sekurang-kurangnya 1,189,892 nyawa dan menjangkiti 45,650,850 individu di seluruh dunia sejak ia dikesan akhir tahun lalu.

Kes jangkitan di United Kingdom (UK) melepasi angka satu juta selepas merekodkan hampir 22,000 kes baharu pada Sabtu.

Scotland, Wales dan Ireland Utara sudah melaksanakan separa perintah berkurung dalam usaha mengurangkan lonjakan kes.

Tindakan Johnson yang menangguhkan perintah berkurung mengundang kritikan yang mendakwa tindakan itu menyebabkan tempoh lama dikenakan untuk penguatkuasaannya.

"Kelewatan kerajaan mengorbankan nyawa dan mata pencarian," kata Datuk Bandar London, Sadiq Khan, dari parti pembangkang. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register