Covid-19 Perkembangan COVID-19 di UK | 1.01M Cases 46,555 Deaths

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,240
Reaction score
4,258
Points
201
COVID-19: Lebih 3,000 kes dicatatkan pada hujung minggu di UK

LONDON: United Kingdom (UK) mencatatkan lebih 3,000 kes COVID-19 semalam iaitu kenaikan harian tertinggi sejak pertengahan Mei lalu.

Menurut makluman rasmi kerajaan, sehingga jam 9 pagi semalam (waktu tempatan), lebih 3,330 kes COVID-19 disahkan oleh makmal di UK.

Rekod ini menyusuli kenaikan jangkitan COVID-19 kepada 3,497 kes pada hari sebelumnya, yang juga antara kenaikan tertinggi pernah dicatatkan sejak Mei lalu.

Secara keseluruhan, 368,504 kes disahkan positif COVID-19 di UK dengan lima mangsa meninggal dunia semalam selepas 28 hari disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban seramai 41,628 orang.

Kebanyakan yang meninggal dunia adalah pesakit berusia antara 67 hingga 86 tahun dan mereka yang ada masalah kesihatan lain.

"Seramai 244 orang diuji positif COVID-19 di Scotland dalam tempoh 24 jam lalu, juga jumlah kes harian tertinggi sejak 6 Mei lalu," menurut pihak berkuasa negara itu.

Statistik menunjukkan, 22,679 orang kini positif di Scotland, berbanding 22,435 sehari sebelumnya.

Sebanyak 162 kes lagi sudah disahkan di Wales, menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara ini meningkat kepada 19,390 orang.

Menurut pihak berkuasa Kesihatan Awam Wales, tiada kematian dicatatkan dan jumlah kematian kekal 1,597 mangsa. - AGENSI
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,240
Reaction score
4,258
Points
201
Denda £10,000 jika langgar larangan COVID-19 di England

LONDON: Penduduk England yang mengingkari arahan pengasingan diri bagi mengekang penularan COVID-19 boleh didenda sehingga £10,000 (RM53,145) di bawah peraturan baharu lebih tegas yang diumumkan semalam.

Perdana Menteri, Boris Johnson, berkata Britain kini sedang menghadapi gelombang kedua serangan virus itu dan mengumumkan perintah larangan baharu terhadap jutaan penduduknya di barat laut, utara, dan tengah England.

"Selain itu, mulai 28 September ini, mereka yang disahkan positif COVID-19 atau terbabit dalam pengesanan kontak oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), diwajibkan menjalani pengasingan diri.

"Kaedah terbaik bagi melawan virus ini ialah dengan semua orang mematuhi peraturan dan melakukan pengasingan diri jika berisiko menyebarkan virus.

"Jangan pandang remeh kerana di bawah peraturan baharu ini anda diwajibkan oleh undang-undang untuk melakukan pengasingan diri jika positif COVID-19 atau diarah berbuat demikian oleh NHS," katanya dalam satu kenyataan.

Buat masa sekarang, mereka yang mempunyai simptom atau disahkan positif virus itu diminta melakukan pengasingan diri selama 10 hari dan 14 hari bagi mereka yang tinggal bersama individu mempunyai simptom atau disahkan positif.

Denda pula bermula dari £1,000 (RMRM5,314) bagi kesalahan melanggar perintah kuarantin selepas ke luar negara, sehingga £10,000 (RM53,145) bagi kesalahan berulang dan pelanggaran peraturan yang serius.

Antara lain termasuk tindakan terhadap majikan yang mengugut mahu membuang pekerja yang terpaksa menjalani pengasingan diri.

Sebagai insentif bagi mendorong orang ramai mematuhi peraturan itu, golongan berpendapatan rendah boleh menuntut bayaran tambahan £500 (RM2,657) jika mereka tidak dapat bekerja dari rumah ketika pengasingan diri.

Kata Johnson, walaupun orang ramai secara umumnya melakukan yang terbaik bagi mematuhi peraturan baharu, beliau tidak mahu melihat ada yang merasakan tidak mampu bagi melakukannya dari segi kewangan.

Hampir 42,000 mangsa yang disahkan positif Covid-19 menemui ajal di Britain iaitu kadar kematian terburuk di Eropah.

Selepas kes berkurangan semasa musim panas, kini jangkitan semakin memuncak dan kelmarin, Johnson mengeluarkan amaran mengenai gelombang kedua

"Kita sudah melihatnya di Perancis, Sepanyol dan serata Eropah, saya amat yakin kita tidak akan dapat mengelakkan gelombang kedua di Britain," katanya.

Peraturan baharu melarang perhimpun lebih enam orang dari isi rumah berbeza mula berkuatkuasa minggu ini dan perintah lain pada peringkat tempatan turut diperkenalkan.

Johnson juga mengakui keengganannya untuk mengisytiharkan perintah berkurung sekali lagi di seluruh negara berikutan sekatan yang sedia ada dikritik hebat anggota parti Konservatif pimpinannya.

Di London semalam, kumpulan penunjuk perasaan anti-vaksin dan anti perintah berkurung bertembung dengan polis di Medan Trafalgar, menyebabkan 32 orang ditahan. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,240
Reaction score
4,258
Points
201
UK umum langkah baharu bendung penularan virus

LONDON: United Kingdom (UK) hari ini akan mengumumkan langkah baharu untuk membendung peningkatan kes COVID-19, dengan penasihat tertinggi memberi amaran jumlah kematian akan meningkat dalam tempoh dua bulan jika tiada tindakan segera diambil.

Di bawah peraturan baharu yang akan berkuat kuasa pada Khamis ini, semua pub, bar dan tempat kemudahan awam akan ditutup pada jam 9 malam sementara kedai makan dan minuman hanya terhad untuk perkhidmatan hidang bufet saja.

"Kami tahu ini tidak mudah, tetapi kami mesti mengambil tindakan ke hadapan untuk mengawal peningkatan semula kes jangkitan COVID-19," kata jurucakap kerajaan British.

Sekatan serupa dilaksanakan di seluruh wilayah utara dan tengah England. Scotland, Wales dan Ireland Utara juga diharap melaksana peraturan mereka sendiri di seluruh negara.

Tindak balas segera itu berikutan amaran pada Isnin yang negara berkenaan boleh mencapai sehingga 50,000 kes jangkitan sehari pada pertengahan Oktober dan sebulan kemudian, melebihi 200 kematian setiap hari.

Ketua pegawai perubatan, Chris Whitty mengatakan kadar jangkitan semula yang meningkat dilihat di Perancis dan Sepanyol, kira-kira dua kali ganda setiap tujuh hari.

"Kami melihat kadar kenaikan di sebilangan besar negara. Ini bukan masalah orang lain. Ini semua masalah kita," katanya, sambil mendesak masyarakat menghormati garis panduan yang lebih ketat mengenai penjarakan sosial.

Pusat Biokeselamatan Bersama kerajaan kemudian mengubah tahap amaran COVID-19 dari tiga menjadi empat bagi mencerminkan peningkatan kes.

Perdana Menteri, Boris Johnson akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kecemasan Britain pagi ini sebelum membuat kenyataan di Parlimen.

Beliau dijadual berucap di televisyen secara langsung sekitar jam 7 malam untuk memperincikan bagaimana sekatan itu akan membantu meratakan lengkungan jangkitan pada musim sejuk yang kebiasaannya menyaksikan jangkitan pernafasan lain juga meningkat.

Negara itu mencatat 4,368 kes lagi semalam, tahap yang tidak ketara sejak awal Mei ketika negara itu masih melaksana perintah kawalan yang ketat. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,240
Reaction score
4,258
Points
201
Lebih 30 universiti UK catat kes COVID-19

LONDON: Lebih 30 universiti di seluruh Britain melaporkan kes COVID-19 sejak penggal pengajian baru bermula awal bulan ini, dengan ribuan pelajar mengasingkan diri, lapor media tempatan semalam.

Tiada angka rasmi dari kerajaan atau pengawal selia Britain, tetapi laporan tempatan menunjukkan bahawa kira-kira 40 dari 130 universiti di Britain telah mengalami kes COVID-19 setakat ini, kata BBC.

Sekurang-kurangnya 33 universiti di Britain kini mengesahkan kes COVID-19, dengan dua lagi mempunyai kes yang disyaki, lapor Sky News semalam.

Lebih 717 kes COVID-19 telah dikenal pasti dalam kalangan pelajar dan kakitangan sejak universiti dibuka semula, kata Sky News.

Manchester Metropolitan University telah meminta kira-kira 1,700 pelajar untuk mengasingkan diri selepas 127 kes disahkan.

Universiti Glasgow mempunyai 172 kes yang disahkan, dengan 600 pelajar menjalani kuarantin kendiri, kata Sky News.

Banyak universiti di United Kingdom (UK) telah menjanjikan kepada pelajar gabungan pengajaran secara bersemuka dan dalam talian, menimbulkan persoalan mengenai apakah mereka harus mendapat bayaran balik jika pengajaran hanya dalam talian atau sama ada mereka harus membayar penginapan universiti jika semua pelajaran mereka disampaikan dari jarak jauh.

Setiausaha pendidikan, Kate Green, berkata kepada BBC bahawa pilihan untuk rebat yuran pelajar seharusnya "dinyatakan dengan jelas".

University of Glasgow telah bersetuju untuk mengembalikan wang sewa sebulan kepada pelajar dan menyediakan sebanyak 50 pound (RM268) untuk makanan.

Media tempatan semalam melaporkan bahawa kurang satu perempat orang di Britain kini hidup di bawah sekatan perintah berkurung yang berbeza, kerana kes COVID-19 terus meningkat di seluruh negara.

Penemuan itu hadir ketika negara seperti Britain, China, Russia dan Amerika Syarikat, berusaha untuk membangunkan vaksin COVID-19 secepat mungkin.

Ketua Penasihat Saintifik kerajaan Britain, Patrick Vallance sebelum ini berkata, ada kemungkinan beberapa vaksin boleh didapati dalam jumlah kecil pada akhir tahun ini, tetapi kemungkinan besar vaksin akan tersedia pada awal tahun depan, walaupun ia tidak dijamin. - AGENSI
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,240
Reaction score
4,258
Points
201
UK: Boris Johnson apologises for confusion over COVID-19 curbs


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,240
Reaction score
4,258
Points
201
Pakar kesihatan beri amaran COVID-19 di luar kawalan

LONDON: Pakar kesihatan British semalam mengakui pandemik COVID-19 berada di luar kawalan berikutan peningkatan kes dan kemasukan pesakit ke hospital walaupun kerajaan memperketatkan sekatan bagi melarang perjumpaan sosial secara berkumpulan.

Ketua Penasihat Saintifik Kerajaan, Patrick Vallance, dalam satu sidang media berkata, sebanyak 7,108 kes dan 71 kematian menunjukkan penularan COVID-19 di United Kingdom (UK) berada di tahap semakin membimbangkan.

"Perkara ini yang pastinya sedang menuju ke arah yang salah.

"Buat masa sekarang, kami juga tidak mampu mengawalnya," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Perubatan England, Chris Whitty, turut memberi amaran berikutan kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU) yang mencatatkan peningkatan ketara.

Seramai 42,000 terkorban akibat COVID-19 di Britain setakat ini, angka terburuk di Eropah walaupun kerajaan telah menguatkuasakan perintah berkurung sejak penghujung Mac lalu.

Pelonggaran sekatan hanya diumumkan pada Jun, namun berikutan angka kes COVID-19 terus meningkat, kerajaan telah menguatkuasakan semula larangan berhubung penganjuran perhimpunan sosial, termasuk bagi perjumpaan yang dihadiri lebih enam orang.

Selain itu, kerajaan turut mengarahkan penutupan awal kelab malam sebagai langkah membendung penularan COVID-19.

Sementara itu, Perdana Menteri, Boris Johnson berkata, masih terlalu awal untuk mengumumkan kesan akibat peningkatan kes COVID-19 di negara itu dan mengharapkan rakyat akan terus mematuhi semua peraturan yang dikuatkuasakan.

"Sekiranya kita bersatu sekarang, berkemungkinan kita dapat mengatasi impak dan langkah lain yang terpaksa diambil bagi mengatasi masalah ini," katanya.

Walaupun pelbagai amaran mengenai peningkatan kes COVID-19, kira-kira 50 ahli Parlimen parti konservatif yang marah dan tidak berpuas hati berikutan sekatan terhadap kebebasan peribadi rakyat.

Mereka mengancam untuk menyokong usul di Parlimen yang menuntut lebih banyak pengawasan terhadap peraturan yang dikuatkuasakan pada masa depan. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,240
Reaction score
4,258
Points
201
Ahli Parlimen UK positif Covid-19 naik kereta api sejauh 600km
840976.jpg

Gambar fail menunjukkan Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon (kanan) bersama Ahli Parlimen United Kingdom yang dijangkiti Covid-19, Margaret Ferrier (kiri). - Foto AFP

LONDON - Seorang ahli Parlimen di United Kingdom (UK) semalam digantung daripada partinya kerana melakukan perjalanan beratus-ratus kilometer balik ke kawasan pilihan raya dari London, England hingga ke Scotland dengan menaiki kereta api setelah didapati positif koronavirus (Covid-19).

Margaret Ferrier daripada Parti Nasional Scotland (SNP) pada asalnya melakukan perjalanan ke London dan menghadiri sesi Parlimen di Westminster sementara menunggu keputusan ujian swab koronavirusnya, lapor portal berita MailOnline pada 1 Oktober lalu.

Beliau mengatakan 'tidak ada alasan untuk tindakan saya itu' dan 'saya meminta maaf tanpa syarat kerana melanggar sekatan Covid-19 dengan melakukan perjalanan minggu ini ketika saya tidak seharusnya berbuat demikian'.

Ian Blackford, pemimpin parti SNP di Parlimen UK menegaskan, beliau telah menggantung Ferrier yang bersetuju untuk merujuk dirinya kepada suruhanjaya standard Parlimen dan pihak polis.

Pemimpin SNP dan Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon dalam responsnya mengatakan tindakan ahli Parlimen itu sama sekali tidak dapat dipertahankan.

Sturgeon menambah: "Suka untuk menyatakan betapa marahnya perasaan saya atas nama rakyat di seluruh negara yang melakukan pengorbanan setiap hari untuk membantu mengalahkan Covid-19."

Dalam satu kenyataan, Ferrier yang mewakili kawasan Rutherglen dan Hamilton West dekat bandar raya Glasgow di Scotland mengatakan bahawa beliau mengambil ujian swab koronavirus pada hari Sabtu lalu, setelah mengalami gejala ringan selesema pada hari itu.

"Setelah saya berasa lebih baik, saya kemudian pergi ke London dengan kereta api pada hari Isnin untuk menghadiri sesi Parlimen seperti yang dirancang," katanya.

London terletak kira-kira 600 kilometer dari kawasan Parlimennya di Scotland.

"Ini salah dan saya sangat menyesal atas kesalahan saya," ujar Ferrier.

Pada hari Isnin lalu, beliau terlibat dalam satu perbahasan koronavirus di dewan House of Commons.

Kemudian pada malamnya, Ferrier mengatakan bahawa beliau mendapat keputusan positif Covid-19 dan berkata: "Saya pulang ke rumah (di Scotland) dengan kereta api pada hari Selasa pagi tanpa meminta nasihat daripada pihak berkuasa kesihatan.

"Ini juga salah dan saya minta maaf. Sejak itu saya menjalani kuarantin di rumah.

"Saya telah memberitahu pentadbir House of Commons yang telah bercakap dengan pihak berkuasa kesihatan England. Saya juga telah memberitahu polis mengenai tindakan saya.

"Walaupun saya berasa sihat, saya sepatutnya melakukan kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan ujian Covid-19 saya.

“Saya sangat menyesali tindakan saya. Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan saya menggesa semua orang untuk tidak melakukan kesalahan yang sama seperti saya dan memastikan mereka dapat membantu mengehadkan penularan Covid-19."

Di bawah undang-undang di UK, perbuatan seperti itu boleh dikenakan hukuman denda 1,000 pound sterling (RM5,348).

Jurucakap House of Commons mengatakan Ferrier hanya memberitahu parti SNP mengenai ujian swab positifnya pada petang Rabu.

"Speaker diberitahu dan pihak berkuasa segera mengambil semua langkah yang sewajarnya.

"Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam sistem pengesanan Covid-19, hanya satu individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dalam kes ini dan dia

sekarang sedang menjalani kuarantin," katanya seperti dilaporkan akhbar Scottish Sun.

Ferrier menyiarkan beberapa keping gambar dalam akaun Twitternya pada hari Sabtu lalu mengenai lawatannya ke tempat-tempat di kawasan Parlimennya termasuk ke

salun kecantikan dan pusat rekreasi tetapi tidak jelas apakah lawatan itu dilakukan pada hari yang sama. – Agensi

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...positif-Covid-19-naik-kereta-api-sejauh-600km
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,240
Reaction score
4,258
Points
201
COVID-19: UK catat 10,000 kes harian

LONDON: United Kingdom (UK) mengumumkan lebih 10,000 kes jangkitan COVID-19 direkodkan pada Sabtu, kali pertama sejak ujian saringan berskala besar dilaksanakan bagi menangani pandemik itu.

Sebanyak 12,872 kes baharu dilaporkan, sementara 49 individu maut dalam tempoh 28 hari selepas diuji positif COVID-19, lapor agensi berita BBC.

Bagaimanapun, kerajaan berkata, terdapat masalah teknikal apabila beberapa kes minggu ini tidak direkodkan pada waktu itu dan dimasukkan dalam data semalam.

Ini berikutan data sebelum ini menunjukkan jangkitan meningkat secara perlahan berbanding minggu sebelumnya, namun begitu kerajaan akan tetap memantau kes jangkitan harian dengan lebih terperinci lagi.

Jurucakap Jabatan Kesihatan menjelaskan isu berkenaan tidak mempengaruhi individu yang menerima keputusan ujian saringan COVID-19 dan mereka yang disahkan positif diberitahu secara normal.

Editor Kesihatan BBC, Hugh Pym berkata, kesalahan dalam angka harian itu dilihat tidak sepatutnya berlaku ketika pemeriksaan ketat terhadap data harian dan usaha menilai kadar penyebaran dilakukan.

"Selepas kritikan dalam beberapa bulan lalu mengenai cara jumlah ujian dihitung, menteri dan pegawai sekarang akan menghadapi lebih banyak pertanyaan mengenai penyusunan data kes harian," katanya.

Jumlah harian sebelum ini menyaksikan kenaikan ketara dari 4,044 kes pada Isnin lalu ke tahap tertinggi pada 7,143 keesokan harinya.

Namun, rekod harian kes COVID-19 bagi empat hari berikutnya stabil antara 6,914 kes dan 7,108 kes seperti yang dijangka.

Kenaikan jumlah kes yang diumumkan pada Sabtu, turut dikaitkan dengan bilangan 264,979 individu yang menjalani ujian saringan, ketika teramai yang dilakukan bagi tempoh 24 jam.

Angka kes diumumkan pada Sabtu mejadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di UK ialah 480,017 kes.

Pada hari yang sama, Perancis mencatatkan 16,972 kes baharu, Belanda dan Belgium pula 3,967 dan 3,157 kes positif, Rusia sebanyak 9,859 kes tertinggi sejak Mei lalu.

Semalam, perintah larangan yang lebih ketat turut dilaksanakan di utara England, malah ada sebahagian kawasan seperti di Liverpool City Region, Hartlepool, Middlesbrough dan Warrington tidak membenarkan penduduk keluar rumah berjumpa jiran.

Ini menunjukkan satu pertiga di UK sekarang berada di bawah sekatan yang ketat.

Begitu juga sekatan dilakukan di Newcastle, Northumberland, Gateshead, North Tyneside, South Tyneside, Sunderland dan County Durham serta empat kawasan di utara Wales.

Ini berikutan ratusan pelajar Universiti Northumbria sedang menjalani kuarantin kendiri selepas diuji positif COVID-19, mereka yang tiba dari Turki dan Poland juga perlu kuarantin kendiri. - AGENSI
 
Sponsored Post
Top
Log in Register