Covid-19 Perkembangan COVID-19 di UK | 1.01M Cases 46,555 Deaths

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201
Perancis, Belanda dalam senarai kuarantin perjalanan di UK

LONDON: Britain akan menguatkuasakan semula peraturan kuarantin kepada pelancong dari Perancis dan Belanda susulan peningkatan kes COVID-19, di kedua-dua negara itu.

Menteri Pengangkutannya, Grant Shapps, berkata pelancong dari dua negara itu yang tiba di United Kingdom (UK) selepas jam 4 pagi mulai esok diwajibkan untuk menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

"Data menunjukkan bahawa kita perlu mengeluarkan Perancis, Belanda, Monaco, Malta, Turks, Caicos dan Aruba daripada senarai Koridor Perjalanan COVID-19, kami untuk memastikan kadar jangkitan menurun.

"Sehubungan itu, jika anda tiba di UK selepas jam 4 pagi, pada Sabtu ini anda perlu mengasingkan diri selama 14 hari, " katanya, semalam.

Langkah itu berkemungkinan akan membuatkan kira-kira 500,000 pelancong dari Britain yang kini berada di Perancis 'keluar' dari negara itu secara beramai-ramai.

Britain pada mulanya menguatkuasakan kuarantin secara meluas kepada semua pengunjung yang tiba ke negara itu, namun kemudiannya mewujudkan 'koridor perjalanan' yang mengecualikan pelancong dari negara tertentu untuk menjalani tempoh pengasingan diri.

Bagaimanapun, negara itu memperkenalkan semula kuarantin untuk pelancong dari Sepanyol pada akhir Julai lalu, sekali gus mengejutkan syarikat penerbangan dan ribuan warga Britain yang sedang bercuti ke negara itu.

Minggu lalu, Britain menguatkuasakan semula peraturan kuarantin kepada pelancong dari Andorra, Belgium dan Bahamas.

Dengan lebih 41,000 kematian disebabkan COVID-19, Britain menjadi negara yang paling teruk terjejas di Eropah menyebabkan Perdana Menterinya, Boris Johnson dikritik dalam menangani krisis berkenaan. - AFP
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201

Rising coronavirus infections have led to renewed travel restrictions across Europe. Hundreds of thousands of tourists have had their travel plans thrown into chaos after the UK added several new countries, including France and the Netherlands, to its quarantine list.

This means that anyone arriving in Britain from those nations will have to quarantine for 14 days. It’s part of the UK’s plan to protect itself from the resurgence of coronavirus cases in certain parts of Europe. Sarah Morice reports.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201
UK records 1,441 new COVID-19 cases, highest in 2 months

uk-coronavirus.jpg

Medical staff prepare to test a NHS worker at a drive through NHS COVID-19 testing facility at Hopwood Hall College in Rochdale, Greater Manchester. (Photo: AFP/Anthony Devlin)


LONDON: The United Kingdom recorded 1,441 new COVID-19 cases on Friday (Aug 14), the highest daily count since Jun 14, as the country prepared to reopen its casinos, theatres and stadiums.


This takes the UK's total number of COVID-19 cases to 316,367.

Daily cases have come in above the 1,000 mark for five of the last six days.

The UK's COVID-19 death toll rose by 11, taking its total fatalities to 41,358.

Prime Minister Boris Johnson has ordered the reopening of the economy in England to resume.

The move highlights the government's delicate balance between protecting the economy and preventing the virus's spread, coming at the same time as the announcement of quarantine on arrivals from France and tougher penalties for those refusing to wear masks.

"Today, we are able to announce some further changes which will allow more people to return to work and the public to get back to more of the things they have missed," he said.

His government announced that casinos and bowling alleys will be allowed to reopen after being shut during the lockdown, but that those not wearing masks face harsher fines.

Skating rinks can also reopen and pilot schemes of larger crowds at sporting events will be introduced following a two-week delay to the initial plans caused by a spike in cases.

Indoor theatres, music and performance venues will be able to reopen with socially distanced audiences.


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201
Rakyat Britain mula jalani kuarantin

LONDON: Rakyat Britain yang pulang ke negara itu dari beberapa bahagian Eropah dan luar mula menjalani kuarantin pada Sabtu di bawah peraturan sekatan baharu, ketika Russia mendakwa sudah menghasilkan kumpulan pertama vaksin COVID-19 yang mencetuskan kontroversi.


United Kingdom (UK) memilih untuk mengeluarkan Perancis, Belanda, Malta dan tiga lagi negara daripada senarai tempat yang dikecualikan peraturan pengasingan diri, selepas gelombang kedua jangkitan virus itu menyebabkan lebih banyak gangguan dan kekacauan ekonomi di benua itu.

Sekatan baharu yang diumumkan Khamis lalu, mencetuskan perebutan tiket pesawat, kereta api dan feri dalam tempoh 36 jam, dalam kalangan rakyat Britain yang terdesak untuk pulang sebelum perubahan peraturan pada jam 4 pagi (0300GMT).

Semua ketibaan dari negara yang disenarai hitam selepas tamat tempoh itu mesti menjalani kuarantin diri selama 14 hari, dengan langkah pelaksanaan sudah pun ada bagi mereka yang pulang dari beberapa negara termasuk Sepanyol dan Belgium.

Pelajar Perancis, Antoine, 23, memendekkan percutiannya dan bergegas pulang ke universiti di Bristol di tenggara England.

"Saya seorang pelayan di kafe kecil berdekatan kolej, saya tidak mampu untuk menghabiskan masa 14 hari di rumah," katanya di stesen kereta api St Pancras, London selepas tiba dengan kereta api Eurostar.

Perniagaan Eurotunnel dilaporkan melonjak.

"Perkhidmatan Penumpang Le Shuttle membawa kira-kira 30 peratus lebih aliran trafik semalam berbanding ramalan awal, menambah 22 tambahan pelepasan kepada jadual musim panas waktu puncak, yang membawa lebih 300,000 penumpang.

"Kakitangan tambahan turut bersedia untuk mempercepatkan penumpang melalui terminal dan Shuttles, bagi membantu Eurotunnel membawa 11,600 kenderaan pada waktunya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Perancis berdepan peningkatan semula penyakit yang muncul di China pada akhir tahun lalu itu dan sehingga kini sudah menjangkiti lebih 21 juta orang di seluruh dunia serta membunuh lebih 760,000 orang.

Pihak berkuasa Perancis melaporkan lebih 2,500 kes baharu setiap hari sejak empat hari lalu, lebih 3,000 kes pada Sabtu, tahap yang tidak dilihat sejak Mei ketika negara itu keluar daripada pelaksanaan perintah berkurung.

Dengan kes yang semakin meningkat di seluruh dunia, Moscow berkata, penghantaran pertama vaksin "Sputnik" sudah dikeluarkan, hanya empat hari selepas Presiden Vladimir Putin mengumumkan Russia memenangi perlumbaan global bagi meluluskan vaksin.

Dakwaan itu menimbulkan maklum balas skeptikal daripada saintis Barat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang mengatakan bahawa vaksin itu masih memerlukan kajian keselamatan yang ketat. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201
UK dementia patients face challenges during lockdown


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201
UK to launch media campaign to encourage return to office work


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201
UK ethnic minorities at higher risk of Covid-19
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201
COVID-19: Kes UK meningkat hampiri 3,000 dalam 24 jam

LONDON: United Kingdom mencatatkan hampir 3,000 kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, tahap yang tidak pernah disaksikan sejak akhir Mei, kata kementerian kesihatan, semalam.

Kerajaan berkata, dua lagi orang telah meninggal dunia selepas didapati positif dalam tempoh 28 hari terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di United Kingdom (UK) menjadi 41,551, tertinggi di Eropah.

Di samping itu, 2,988 kes baharu dicatatkan, jauh lebih tinggi daripada 1,813 kes yang dicatatkan pada Sabtu.

"Peningkatan jumlah kes yang kita lihat hari ini membimbangkan," kata Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock ketika Britain mencatatkan jumlah kes harian tertinggi sejak mencatatkan 2,959 kes pada 23 Mei.

Hancock berkata, untuk kes terbaharu, mereka yang dijangkiti kebanyakannya adalah orang muda, tetapi memberi amaran terhadap tingkah laku yang memungkinkan penyebaran terhadap orang tua.

Menurut Hancock 'penting supaya orang ramai tidak membiarkan penyakit itu menjangkiti datuk dan nenek mereka dan membawa kepada masalah seperti yang disaksikan pada awal tahun ini' ketika sistem kesihatan bergelut untuk membendung virus apabila jumlah korban meningkat.

Kebimbangan adalah jika peningkatan penularan secara umum meningkatkan risiko virus disebarkan kepada orang tua dan orang-orang dengan masalah kesihatan yang kronik.

Jurucakap kesihatan Parti Buruh yang juga pembangkang, Jonathan Ashworth mendesak Hancock untuk memberi maklumat terkini kepada penggubal undang-undang mengenai pendekatan kerajaan di Parlimen hari ini.

Kerajaan Konservatif Perdana Menteri, Boris Johnson berkata, ia akan akan mengetatkan sekatan tempatan di kawasan yang menunjukkan peningkatan kes yang mendadak berbanding mengenakan perintah berkurung nasional kedua kerana bimbang kesannya terhadap ekonomi.

Sekatan seperti itu merangkumi pembatasan hubungan rumah tangga.

Semalam menyaksikan 124 kemasukan baharu ke hospital bagi pesakit COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 756 dengan 69 pesakit terpaksa menggunakan ventilator. Setakat ini, sejumlah 347.152 kes COVID-19 disahkan di seluruh UK. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201
New Covid-19 restrictions for Bolton following spike in coronavirus cases | ITV News


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201
England to limit gatherings to six amid coronavirus resurgence


 
Sponsored Post
Top
Log in Register