BTC USD 38,798.4 Gold USD 1,874.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkataan "Bodoh" Di Tuju Kepada MySejahtera

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,446
Reaction score
3,988
Points
236
12.05.2021 - Kuala Lumpur, Pelakon popular, Datuk Adi Putra semalam mencuri perhatian gara-gara perkataan ‘bodoh’ yang tulis pada hantaran Instagram miliknya bagi meluahkan kekecewaannya. Ia berkenaan lokasi dirinya untuk mengambil suntikan vaksin AstraZeneca yang tiba-tiba ditukar dari Kuala Lumpur ke

Pengkalan Kubor, Kelantan. Tindakannya itu telah mengundang kecaman daripada netizen yang menganggap pelakon berkenaan seperti tidak hormat kepada petugas kesihatan. Adi memberitahu apa yang ditulis itu sebenarnya telah disalah tafsir oleh segelintir pihak.

“Sebenarnya saya tidak tujukan perkataan ‘bodoh’ itu kepada petugas kesihatan, sebaliknya terhadap aplikasi MySejahtera. Ramai yang tidak tahu sebenarnya aplikasi itu diuruskan oleh pihak ketiga dan saya rasa marah dengan pihak yang menguruskan aplikasi tersebut. Berkenaan akaun rasmi media sosial KKM, saya cuma letakkan supaya pihak berkenaan ambil maklum sahaja,” katanya memetik laporan sebuah portal.

Adi berkata, dia bersuara berkenaan kesilapan itu kerana risau jika ada yang mendaftar tetapi tidak mendapat suntikan pada tarikh yang sepatutnya. Ujarnya, dia tidak mahu golongan sasar yang sepatutnya mendapat vaksin boleh terlepas jika perkara seperti ini berlaku. Dalam pada itu, pelakon berkenaan memberitahu yang dia tidak terasa hati dengan kecaman netizen kerana beranggapan mereka tersalah sangka.

“Saya tidak berkecil hati dengan kecaman netizen. Saya maafkan mereka kerana terkeliru dengan apa yang cuba saya sampaikan,” katanya.

Adi bakal mengambil suntikan vaksin AstraZeneca yang dijadualkan pada 16 Mei depan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Screenshot-4.jpg

Berita asal https://malaysiagazette.com/2021/05/12/perkataan-bodoh-dituju-kepada-mysejahtera-adi-putra/
 

CG Sponsors




Top
Log in Register