BTC USD 57,583.5 Gold USD 1,793.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PERKASA : Pecat Liow Tiong Lai

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
http://www.kuda-kepang.blogspot.com/

Dengan takzimnya di bawah ini saya siarkan kenyataan rasmi saya selaku Ketua Penerangan PERKASA mengenai apa yang dikatakan oleh Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

Kenyataan ini telah direstui oleh YB Datuk Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA. – Ruhanie Ahmad

Kenyataan Akhbar
Datuk RuhanieAhmad
Ketua Penerangan PERKASA
Dikeluarkan Pada 29 Oktober 2008

Mutakhir ini terdapat beberapa pihak yang seolah-olah sengaja bertindak untuk memprovokasi kesabaran Bumiputera dan mempertikaikan semangat Fasal 152 dan Fasal 153 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Terbaru sekali, Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai, telah dilaporkan oleh pelbagai media perdana pada 28 Oktober 2008, sebagai telah meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Liow juga dipetik sebagai berkata pada 27 Oktober 2008, bahawa “ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing.”

PERKASA amat kesal dengan kenyataan di atas. Ia adalah satu tindakan ekstrim oleh pihak yang seolah-olah buta sejarah, sengaja cuba memprovokasi perasaan Bumiputera seluruhnya, dan dengan terang-terang mempertikaikan Fasal-Fasal tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan itu juga hanya mencerminkan ketidakbijaksaan dan kedangkalan minda segelintir barisan kepimpinan baru MCA dalam memahami serta menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan, terutamanya yang termaktub dalam Fasal 152 dan Fasal 153.

Oleh itu, PERKASA memberi amaran keras kepada pemimpin MCA terbabit dan pihak-pihak lain yang kini cuba menyemarakkan sentimen perkauman di kalangan rakyat Malaysia pelbagai keturunan, agama, budaya dan latarbelakang ekonomi, supaya jangan ulangi apa jua kenyataan atau tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan dan ketahanan nasional.

PERKASA juga mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memecatkan Liow daripada kabinet negara dengan seberapa segera. Mana-mana individu yang tergamak mempersoalkan semangat Fasal 152 dan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan tidak layak dan tidak boleh diizinkan berada dalam Jemaah Menteri Malaysia. Liow juga wajar dikenakan tindakan ini kerana beliau juga telah meminggirkan nasihat Majlis Raja-Raja Melayu mengenai kontrak sosial yang terkandung dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini.

Terima kasih.

Ruhanie Ahmad
Ketua Penerangan PERKASA
 
Sponsored Post

SOUL86F

Legendary Member
Messages
10,969
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
umno x mau angkut sumbat dlm ISA ke??
menggugat keselamatan negara nih :)):))
 

sfauzie

Active+ Member
Messages
3,792
Joined
Dec 8, 2007
Messages
3,792
Reaction score
10
Points
25
umno x mau angkut sumbat dlm ISA ke??
menggugat keselamatan negara nih :)):))

Aku setuju ngan pendapat ni...depa tengah penin kapla tu...nak sumbat...kawan...tak sumbat kena desak...macamana nak buat...:mad:
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Messages
36,821
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
Kepala pak lah kene siku lagi. :)) zombi zombi umno yg alin semua jilat sampai trgadai semuanya. :))
 

zinedine

Banned
Messages
5,741
Joined
Jan 11, 2007
Messages
5,741
Reaction score
22
Points
65
PERKASA ni amenda haaa? aku tak tau laa. Pertubuhan apa ni? cuba bagitau aku. Kalau HICOM PERKASA aku tau laa.
 

zinedine

Banned
Messages
5,741
Joined
Jan 11, 2007
Messages
5,741
Reaction score
22
Points
65
umno x mau angkut sumbat dlm ISA ke??
menggugat keselamatan negara nih :)):))

Tak boleh sumbat Tiong Lai tu. Dia tu kan kawan UMNO dlm BN. ISA ni utk pihak di luar UMNO & luar BN jer.
 

RyomaKun

Active+ Member
Messages
4,329
Joined
Jun 5, 2008
Messages
4,329
Reaction score
6
Points
25
PERKASA ni amenda haaa? aku tak tau laa. Pertubuhan apa ni? cuba bagitau aku. Kalau HICOM PERKASA aku tau laa.

samala aku...perkasa per dia eh..
klu perkasa baju hitam aku tahu ler..

jap lagik sapa lak kena pecat nih
 

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Aku setuju ngan pendapat ni...depa tengah penin kapla tu...nak sumbat...kawan...tak sumbat kena desak...macamana nak buat...:mad:

pak lah tau nak buat macam mana...

buat2 tidur

:eek::eek::eek:

paklah.jpg
 

rising_spirit

Active Member
Messages
1,456
Joined
May 24, 2008
Messages
1,456
Reaction score
1
Points
25
NAJIB pun dah kata nak hapuskan DEB, napa PERKASA tak desak dia di masukkan ISA atau di pecat?????

PERKASA nie double standard ke ape????????
 

azarulez

Super Active Member
Messages
8,360
Joined
Jul 9, 2008
Messages
8,360
Reaction score
1,155
Points
151
ni taktik parti komponen BN ni mengambil peluang yg ada..guna kesempatan yg ada utk suruh BN ikut semua arahan diorg..kalau x, diorg kuar parti, join PR..so, kat sini kita boleh tgk sama ada BN ni perjuangkan nasib melayu ke x..kalau diorg ikut kehendak MCA ni sebab takut UMNO kalah, kompem mereka sayangkan periuk nasik mereka lebih drp mempertahankan bangsa..:(scam
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register