strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
BANDUNG 1 Nov. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) melebarkan sayapnya ke negara ini dengan penubuhan Kelab Pribumi Perkasa Bandung yang dilancarkan oleh Presidennya, Datuk Ibrahim Ali di sebuah hotel di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Penaja kelab tersebut, Syed Abdul Kadir Al-Haddad Syed Osman; Ketua Penera*ngan Perkasa, Hasan Basri; Pengerusi Biro Antarabangsa Perkasa, Datuk Mustapha Yaakob dan barisan Ahli Dewan Tertinggi pertubuhan tersebut.
Majlis itu turut dihadiri lebih 100 ahli kelab tersebut yang terdiri daripada pelajar dan rakyat Malaysia yang tinggal di bandar ini.
Sementara itu, Ibrahim berkata, penubuhan kelab itu amat penting untuk menjadi benteng bagi menyekat golongan liberalisme dan pluralisme mempengaruhi pelajar di luar negara.
“Perkasa perlu hadir cepat di peringkat global kerana trend sekarang menunjukkan gelombang li*beralisme dan pluralisme menular dengan hebat dengan membawa budaya dari luar ter*utama Barat.
“Dalam budaya Barat, sudah lama berlaku liberalisme dan pluralisme tetapi tidak mengancam negara kita, cuma sejak dua tiga tahun kebelakangan ini wujud Melayu liberal yang membawa budaya pluralisme dan menidakkan Perlembagaan negara walaupun golongan se*perti ini tidak ramai.
“Pelajar di luar negara boleh menjadi benteng kepada perkara ini daripada dibawa masuk de*ngan cara kita mengadakan program dengan memberi penerangan supaya mereka benar-benar faham keadaan yang sebenar,” katanya ketika berucap melancarkan Kelab Pribumi Perkasa Bandung di sini hari ini.
Pada Mei lalu, beliau melancarkan Kelab Pribumi Perkasa United Kingdom dan Eropah. Ia merupakan kelab pertama yang ditubuhkan oleh Perkasa di luar negara.
Ibrahim berkata, selain itu, ahli kelab tersebut juga boleh menjadi ejen untuk membersihkan nama baik negara yang diburukkan oleh pihak pembangkang.
“Kita boleh tidak bersetuju de*ngan dasar negara tetapi kita tidak boleh memburukkan nama negara sendiri di luar negara, buruk macam mana sekali pun ia negara kita,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan melancarkan Kelab Pribumi Perkasa Jakarta malam esok.
Katanya, kehadiran pertubuhan tersebut ke negara ini adalah atas permintaan pelajar dan rak*yat Malaysia yang tinggal di sini.
“Selain itu, mereka boleh memainkan peranan untuk merapatkan hubungan dua hala antara rakyat kedua-dua negara yang satu rumpun nusantara,” kata*nya. – MINGGUAN
http://www.utusan.com.my/berita/politik/perkasa-lebarkan-sayap-ke-indonesia-1.19600