- Joined
- Sep 3, 2008
- Messages
- 10,160
- Reaction score
- 359
- Points
- 131
Kebelakangan ni, kita sering mendengar berita tentang penceraian, umumnya kerana curang dan yang amat popular, tentang kekurangan layanan batin.
Maka, seperti cendawan tumbuh selepas hujan, banyak sekali produk-produk kesihatan lelaki dan wanita dicipta, sehingga masyarakat kita dan umat Islam khususnya di Malaysia ni dimomokkan bahawa layanan batin itu amatlah penting, melebihi segala keperluan ibadah yang lain.
Jarang sekali kita dengar pasangan yang bercerai kerana pasangannya tidak solat, tidak puasa, tidak mengikut sunnah, atau tak mahu menutup aurat.
Hinggakan kadang-kadang, layanan batin itu seakan lesen atau gred untuk menilai tahap kasih sayang sesebuah ikatan perkahwinan tersebut.
Memang tak salah kalau kita menggunakan produk2 tertentu yang baik, untuk kesihatan diri, akan tetapi kadang-kadang tidakkah kita merasa bahawa kita seolah-olah terlalu mementingkan keperluan batin dari mementingkan keperluan beragama?
Tidak salah kalau si lelaki nak berpoligami, tapi biarlah atas kerana Allah dan tujuan meramaikan umat Nabi Muhammad SAW, bukan kerana pasangan tak mampu melayan karenah batin anda.
Tujuan berumahtangga ni bukan sekadar tuntutan nafsu semata-mata, 50% agama anda dapat jika berkahwin kerana Allah dan RasulNya, 50% lagi ibadah-ibadah yang lain, janganlah jadikan nafsu sebagai nakhoda perkahwinan, memang binasa padahnya.
Saya berpesan kepada diri sendiri dan tuan tuan semua, agar kita menjaga hal yang remeh temeh ini sebelum ianya menjadi barah kepada kita semua...wallahu'alam.....betulkan saya jikalau salah