BTC USD 49,340.2 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perjelas isu kos rawatan Sultan Kelantan

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KOTA BHARU 18 Dis. - Kerajaan negeri diminta memberi penjelasan berhubung desas-desus yang bayaran kos rawatan Sultan Kelantan di Singapura tertunggak lebih RM1 juta.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin berkata, sekiranya benar masalah itu berbangkit adalah wajar kepimpinan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikannya.

Beliau berkata, ia tentunya mengecewakan baginda, pihak istana malah rakyat sendiri dan juga boleh memberi gambaran yang amat tidak menyenangkan serta menjejaskan institusi istana yang amat dihormati.

''Kita berharap desas-desus ini tidak benar, apatah lagi ketika baginda masih mendapat rawatan dan mendoakan baginda pulih dan kembali ke Kelantan," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas laporan Utusan Malaysia kelmarin berhubung penafian Nik Abdul Aziz tentang desas-desus beberapa pegawai utama negeri akan digugurkan daripada jawatan ekoran kemelut pentadbiran yang dikatakan mula wujud.

Desas-desus itu dikaitkan dengan isu layanan pihak pentadbiran negeri yang dikatakan tidak begitu menyenangkan terhadap Sultan Kelantan sepanjang baginda mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth Singapura.

Tuanku Ismail Petra mendapat rawatan di sana Mei lalu dan anakanda baginda, Tengku Muhamad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja sehingga baginda pulih.

Nik Abdul Aziz sebelum ini turut dilaporkan berkata, kerajaan negeri telah memutuskan memohon agar Tuanku Ismail Petra kembali mendapat rawatan di tanah air namun bergantung kepada tahap kesihatan baginda.

"Faktor kewangan adalah perkara kedua, tetapi yang pertama psikologi rakyat, seorang raja perlu ada dalam negeri," ujar Nik Abdul Aziz.

Dali juga berharap kerajaan negeri memaklumkan dari semasa ke semasa mengenai status kesihatan baginda agar rakyat tidak tertanya-tanya.
 
Sponsored Post

abahmu

Legendary Member
Messages
17,952
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,952
Reaction score
126
Points
123
istana kelantan skrg tgh kucar kacir...
 

kuhik

CG Top Poster Club
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
inilah masalahnya, Sultan nak berubat, rakyat plak kena bayar kos perubatan Sultan. apa jenis Sultan la...

kan Raja Perempuan banyak buat duit, guna duit sendiri la...
 

fotosintesis

Active+ Member
Messages
2,505
Joined
Dec 11, 2008
Messages
2,505
Reaction score
19
Points
25
tu tertunggak 1 juta, bila mmber bapak aku doc kat usm dtg umah raya haji ari tu. dia kata da abis 7 juta dah duit rakyat kltn. makin hebat la MPKB angkut moto, kunci tayar keter, saman parking, saman kedai abis semua la pas ni. :eek::eek::eek:
 

hyde

Active Member
Messages
1,688
Joined
Nov 11, 2009
Messages
1,688
Reaction score
1
Points
25
tu tertunggak 1 juta, bila mmber bapak aku doc kat usm dtg umah raya haji ari tu. dia kata da abis 7 juta dah duit rakyat kltn. makin hebat la MPKB angkut moto, kunci tayar keter, saman parking, saman kedai abis semua la pas ni. :eek::eek::eek:

Sultan bukan macam PM..

xde pilihan raya..

dahlah banyak menyusahkan rakyat Kelate
~X(
 

ejalmlk

Legendary Member
Messages
10,530
Paid Membership
Joined
Aug 8, 2008
Messages
10,530
Reaction score
43
Points
120
banyak nya habisssssssssssssss
 
Sponsored Post
Top
Log in Register